Saturday, January 31, 2009

Friday, January 30, 2009

Seronoknya Jadi Surirumah

Rabu dan Khamis saya masih bercuti.(2 beranak tu sek spt biasa)
Tugas utama dua hari tersebut ialah hantar dan ambil Ain dari sekolah.
Selebihnya pergi pasar, masak, mendobi dan seumpamanya.
Paling best dapat memanjangkan masa tidur.
Dan malam tadi saya layan novel Tidak Kupinta sampai jam 3 pagi.
Bahagianya jadi surirumah sepenuh masa.

Wednesday, January 28, 2009

Sukanya

Saya sekeluarga baru balik dari Sabah
Bercuti tiga empat hari sempena CNY
Macam-macam barang kami beli
Pergi dengan sebiji beg, baliknya dengan tiga biji beg
Semuanya cantik-cantik dan memikat hati
Lihatlah..........

Opsss..... Sebenarnya saya baru sahaja menerima bungkusan ini.

Terimakasih untuk sahabatku Combi kerana telah berhabis wang ringgit dan tenaga untuk mengirimkan serbamaknika cenderamata ini untuk saya. Terima kasih daun keladi.

Friday, January 23, 2009

Lagi Cerita Budak Darjah Satu

Ain : Ummi, masa ustazah nak keluar dari kelas, kita cakap Syukran laki ya ustazah.
Kalau ustaz nak keluar, kita cakap Syukran laka ya ustaz.
Ustazah tu perempun, kenapa mesti cakap laki? Laki tu kan orang laki.
Ummi :Laki tu perkataan dalam bahasa arab. Bukan bahasa melayu yang bermaksud orang lelaki.
Ain : Betul le ummi. Laki tu orang lelaki. Ustazah tu perempuan. Mana boleh guna laki.
Ummi :
Bukannn.....@#$%^&*((!!

Thursday, January 22, 2009

Sayang Blog

Sesiapa yang sayang blog, mesti rajin update.
hehehe
Tahniah kepada Iqah yang telah hampir 3 minggu menjadi warga Kolej Tunku Kurshiah. Ain dah tak sabar menunggu Kak Iqah balik Sabtu ni.

Gotong Royong Perdana sabtu lepas.


15 Jan 2009. Dua beranak tengah berbisik/berbincang utk beli hadiah
kepada birthday girl.
Si kecik siap cakap: Sampai supermarket nanti, ummi jangan turun.
Ain ngan abah je boleh turun.

Kesian Kawan Saya

Paginya dia ke sekolah seperti biasa hinggalah dia terasa sesuatu yang agak luar biasa terjadi kepada dirinya.Memang sah tetapi dlm kuantiti yang tidak terduga.Uwaa.....
Sebenarnya persediaan telah dibuat tetapi ia tidak dapat membantu menyelesaikan masalah 100%. Kerosakan telah merebak jauh lebih besar daripada yang dijangka. Jadi, keseluruhan bahagian tersebut mesti diganti baru.

Lebih merumitkan keadaan, dia tidak berani dan terlalu malu untuk meminta izin dari Puan Pengetua untuk balik mengambil dan membaik pulih kerosakan itu di rumah. Sudah semestinya puan pegetua akan bertanya kenapa nak balik? Dan dia tidak sangup untuk memberi alasan tersebut. Oh....memang sangat memalukan.
Jadi, hampir sepanjang hari kawan saya terpaksa berdiri kerana tidak berani untuk menanggung risiko akibat kerosakan itu.
Bila loceng terakhir yang menandakan tamatnya waktu persekolahan tengahari tadi berbunyi, kawan saya itu sangat lega hingga berseri-seri mukanya. Bukan hanya gembira kerana esok akan bermula cuti sempena CNY tetapi kerana dia dapat menamatkan penyiksaan terpaksa berdiri hingga lenguh kaki pada hari ini.
(Maaf jika anda tidak faham)
Manusia merancang
Allah yang menentukan.

Alhamdulillah streamyx dah pulih seperti sediakala.

Tuesday, January 20, 2009

Laporan Tertunda

13 Jan 2009

Pagi itu sekali lagi cp mengunjungi klinik otorhinolaryngology, HUSM.
Temujanji pukul 9.00 tetapi keluar rumah pukul 7 lebih dan sempat mengaminkan doa pagi bersama staf HUSM yang berkumandang di corong pembesar suara.
Alhamdulillah semasa sampai, tempat parking yang terhad masih ada yang kosong dan dalam hati mengharapkan semoga mendapat giliran seawal mungkin.
Untuk menghilangkan kebosanan menunggu, cp menaip n3 ini dan akan dipublish petangnya.
Dihadapan cp ada seorang pakcik dan makcik berkerusi roda yang sama-sama menunggu untuk berjumpa doktor. Insaf..... Betapa bertuahnya kita kerana masih dikurniakan kesihatan dan bebas bergerak kemana sahaja.
Pukul 9.15 pagi belum nampak kelibat doktor. Sungguh bosan dan mengantuk. Hujan masih turun renyai-renyai.
Alhamdulillah tidak lama selepas itu nama cp dipanggil untuk berjumpa doktor. Orang kedua yang dipanggil.


Petangnya,
Beberapa kali cuba, tak dapat online.

Malamnya,
Masih tak dapat online.

Pagi esoknya,
Dimaklumkan oleh pekerja telekom kabel kena curi.
Memakan masa yang lama untuk dibaiki kerana entah apa-apa yang ditanam dlm bumi pun telah dikebas. Uwaa.....

15 Jan 2009
Birthday cp yang ke 21. Sangat tidak sedar diri.
Semoga dikurniakan kesihatan, sentiasa dirahmati dan diberkatiNya

Sunday, January 11, 2009

Dimana dia

Ku nanti-nanti ku tunggu-tunggu
Siang bertukar malam, malam bertukar siang
Tidak juga dia datang
Telah merata ku cari
Langsung tidak ku temui
Memang sah dia telah tiada
Telah hilang
Telah tercicir entah dimana
Oh kesiannya
Aku telah kehilangannya
Mood ku telah tiada
Entah bila dia akan tiba


la ni musim sura.
th baru cino ni molek
bena kalu ada ore nak kaca
sekawah dua.

Saturday, January 3, 2009

Sudah Bermula

Bermula fasa baru dalam hidup anakanda Ain.
Secara rasminya, pagi tadi kami mendaftarkan empunya nama Nur Ain Syafizah sebagai warga SK Sering, Kota Bharu. Semoga dipermudahkan Allah segala urusannya, menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah dan menyejukkan mata dan hati kedua ibubapa serta memperolehi kejayaan cemerlang dunia akhirat.






Thursday, January 1, 2009

Yang Pasti

Kita telah menempuhi tahun baru 2009 yang mungkin dengan berderet azam baru.
Dan yang pastinya sama ada suka atau tidak, kita juga bukan setakat telah menempuh tahun baru tetapi juga akan menempuh alam baru. Biar pun tarikh dan masanya tidak kita ketahui dan tidak memungkinkan untuk kita mengira sebagaimana mengira ketibaan detik 12 malam tadi.

Sama ada cukup persediaan atau tidak, sampai masanya kita akan dihantar ke kubur dan melalui kehidupan di alam barzakh sebelum tibanya alam akhirat. Segala pangkat, harta, anak-anak, isteri akan ditinggalkan. Yang dibawa hanya amal ibadat, dosa pahala yang telah kita kutip sepanjang kehidupan di dunia ini. Semoga kita tidak tergolong ke dalam golongan yang muflis di sana nanti. Amin.
*
*
*
Alangkah terkejutnya ketika melangkah ke dapur pagi tadi.
Ada makhluk terbujur kaku di atas lantai


Tengok..... Memang sah telah mati

Dia telah melompat dari sini. Mungkin kerana terlalu gembira hingga terjatuh/terkeluar dari rumah ini. Atau mungkin sememangnya dia ingin membunuh diri.