Sunday, September 25, 2011

Jealous Pun Ada Baiknya

Huhh... pagi tadi makcik tengok dah ada cikgu key in markah di bilik periksa. Cepat bebenor deme menanda ye. Main timbang-timbang je ke? Hehehe jangan marah. Makcik gurau je. Tapi makcik memang tabik spring dgn diorang. Sangat cekap dan tak terlawan oleh makcik yang sekarang ni masih terhegeh-hegeh ada dua bundle belum siap. Tapi OK le tu. 4 bundle dah siap. Itu sebenornya yg nak dikabor. Ulang sekali lagi ya. 4 bundle dah siap. Hehehe. Dek kerana dah ada teman seperjuangan yang key in markah pagi tadi, maka malam ni punyalah makcik bersemangat main fb, terjah blog sana, terjah blog sini menanda sampai dah sakit-sakit leher dan belakang. Ni semua sebab jealous orang dah siap, makcik banyaaak lagi tak siap. OK lah ya. Makcik nak menanda nih (sila baca nak tidur) Hehehe



Mood lega : Cik Putih Gebu ni dah OK. Tak dan nak melamar ltop merah.

Ingat


Jangan ambil mudah. Jangan pandang remeh. Kebocoran yang kecil boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Saturday, September 24, 2011

Siapalah Kita Di Matanya?

Amat menyedihkan bila kita bertemu seseorang yang sangat bererti tetapi akhirnya menjadi tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergiiii.

Monday, September 19, 2011

Sedih....Kehilangannya

Sudah bertahun-tahun lamanya dia menjadi penghuni rumah kuning. Dari kecil dah jadi besar dan panjang dah lebih sekaki. Sudah banyak jugak khidmatnya. Bukan le berkhidmat basuh kain atau mop lantai. Tapi asal datang je budak-budak a.k.a anak-anak, mesti mak bapak cakap : Pergi tengok ikan, pergi tengok fish. Dapat le makpak bersembang dengan lebih khusyuk dan panjang. Seawal jam 5 pagi tadi, disedari dia dah kaku di dlm aquarium. "Hidup lawannya mati" kata en suami. "Tapi kelmarin nampak segar je." kata saya. "Orang segar pun mati jugak." Kata-kata yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa.

Sayangnya....
En suami, satu aquarium dah kosong. Takkan nak biarkan kosong je kan?
Boleh la tinjau-tinjau ikan apa yg comel.

Saturday, September 17, 2011

Maaf, Saya Insan Yang Lemah

Sebelum mencari kesalahan orang, ingat kita pun banyak salah silap.
Sebelum mengkritik orang, ingat hasil kerja kita pun bukanlah semuanya sempurna dan mantap.
Bergossip dan membuka aib orang memang sedap. Bila ditambah garam gula perasa lagilah terangkat macam sup pedas panas berasap. Tapi perlu diingat, balasan memfitnah dan mengumpat adalah berat kerana mengikut nafsu dan telunjuk syaitan keparat.




Friday, September 16, 2011

Eeee Janganlah Mengeluh


Hidup bukanlah untuk mengeluh dan mengaduh. Huhh... nak prakjtiknya tidak sesenang menyebut. Justeru, pada setiap masa sabar dan redha perlu tersemat kemas dalam diri. Juga sukar walaupun tidak mustahil. Untungnya jika kita dapat memandang segala kekurangan dan kesusahan dari sudut positif. Yang penting, mesti sedar setiap yang berlaku sama ada susah atau senang adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk kita. Bersyukur menikmati kesenangan adalah pahala, berusaha mengatasi masalah juga membolehkan kita mengumpul pahala. Apalagi yang terbaik untuk kita kumpulkan selain daripada saham dan pelaburan yang menguntungkan itu.
Salam.

Thursday, September 15, 2011

Fikir-fikirkan

Apa akan jadi apabila zakat dikeluarkan kepada orang yang tidak berhak? Selesaikah tanggungjawab berzakat kita?
Bagaimana pula hati sang fakir bila melihat bantuan diberikan kepada orang yang bergaya dengan pakaian berjenama?
Ingat, kita akan bertemu tuhan dan semua kerja buat kita akan dipersoalkan.

Tuesday, September 13, 2011

Semestinya

Hati yang patah bukanlah dalih untuk melangkah dengan goyah, tapi satu peringatan agar langkah tidak kembali salah

Sunday, September 11, 2011

Lagi Cerita Ain

Dua hari lepas
Abah : Ain ......pergi mandi. Pastu sembahyang.
Ain : Abah le gi mandi dulu.
Abah : Ain le pergi dulu.
Ain : Abah uzur (takleh sembahyang) ke?
Abah : kah kah kah. Orang perempuan je uzur.


Malam tadi
Ain : Abah, abah kena naikkan harga keris-keris abah ni.
Abah : Pandai-pandai pulak.
Ain : Sekali setahun kena naikkan harga. Lepas raya ni boleh la bah. Nasi lauk ayam
sekolah Ain dah naik harga. Sebelum raya baru ni RM1.50. Lepas raya ni naik 20 sen.
Jadi RM1.70.
Abah : ?????

Bermula Percubaan

..... lepas ni tanda kertas. Kemudian mengajar kejap n tak lama lepas tu periksa SPM. Dan seterusnya cuti akhir tahun. Maka habislah tahun 2011. Begitulah putaran hidup. Kejap je dah nak habis setahun. Sedar tak sedar umur kita pun makin bertambah dan saat kematian juga semakin hampir. Walau apa pun kerja buat kita, semoga ianya memberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

Wednesday, September 7, 2011

8 Syawal

Ahad depan dah mula periksa percubaan SPM. Hari ni makcik and the geng susun dewan periksa. Awal sehari sebab esok akan diadakan jamuan hariraya. Letih yang amat hingga makcik tergarang-garang dengan anak-anak murid kesayangan. Makcik memang pantang bila orang terhegeh-hegeh a.k.a curi tulang masa orang lain sudah berpeluh sampai ke kaki. Harap maaf la ya. Nasib baik makcik ada kawan-kawan sekerja terbaik dan sama-sama berpeluh menyiapkan urusan penyusunan 2 dewan periksa hari ni. Terimakasih banyak-banyak.

Esok ada jamuan raya. Apa kebendanya nak dibawa. Takde idea le pulak.. Ohh senang-senang beli je kek sebiji ya dak. Hehehe beres!!!

Tahniah kepada rakan-rakan yang dah mula puasa 6.

Monday, September 5, 2011

Yeayy.... Cuti Raya Ni Kita Dapat Dua Orang Anak Saudara Baru

Aisya tengah membebel. Wahai pengantin-pengantin semua, cepat le upload pic kawin!!!!
Cepat le....
Untuk sementara waktu, kita layan pic hasil ihsan kak Ain dulu.


Thursday, September 1, 2011

Sembang 18SX

Dalam perjalanan balik beraya pagi tadi.
Ummi, macamana kita nak tahu kita uzur?
Uzur macamana pulak??? (buat2 tak faham)
Uzur... macam Kak M hari tu. Dia uzur, tak posa. Macamana dia tahu dia uzur?
Ala... nanti 2 tahun lagi Ain tahu le.
Royat jugak..royat jugak...macamana nak tahu kita uzur.
Orang tu uzur bila ....... keluar dari cik p..... (Abahnya cakap )
Hahahaha tiga beranak gelak serentak.
Betul le kan. Macamana lagi nak jawab.
Berapa hari uzur?
Paling sikit sehari semalam dan paling lama 15 hari. (Yang ni saya jawab)
Oooo.....
Dan Ain berpuashati dgn jawapan tersebut.