Sunday, August 30, 2015

Antara Ada Dan Tiada

Jika ada, serupa tiada
Atau ada,  bermasalah sesaja
Lebih baik tiada daripada ada
Ko guano adik kakak kita?

Sunday, August 16, 2015

Esok Periksa Ya Anak-Anak

Hari ini
Semua warga Panji solat hajat. Opss bukan semua, tolak yang uzur dan yang lupa bawa telekung. Lepas solat hajat dan baca Yasiin, ada taklimat untuk calon SPM. Ehh.. Pengetua ada, PKP ada, PKHEM, guru kanan, Cikgu-cikgu ting 5 pun diminta tunggu di dewan. Uwaaa... Lantak le. Makcik bantai je bagi taklimat tu. 
Selepas rehat, susun dewan la pulak. Terima kasih kpd anak-anak pelajar yg banyak membantu. Esok, jawab periksa elok-elok. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua.
Siap.Alhamdulillah.

Saturday, August 15, 2015

Baru Teringat Ada Blog

Lama gila tk update blog. Takde langsung cerita  puasa dan cerita raya sampailah hari ni 30 Syawal. Mood kelaut tak tau sebab apa. hehehe. Sebab lama tak update, makcik tulis je apa yang terlintas ye. Nasib le jika berlaku kecelaruan kpd pembaca sekalian. Perasan ada org buka dan baca blog yang dah bersawang nih.
Sekarang ni kawasan makcik (mcm YB la pulak), tengah musim durian dan rambutan. Dan petang/mlm selalu hujan. Best....   elok je sejukkan badan selepas makan durian. Kadang-kadang hujan sekali ngan  ribut. Hambik..cerita durian sekali ngan laporan cuaca. Peminat durian/ rambutan yang merantau tu, elok le blk kg sekarang ni.
Lusa periksa percubaan SPM akan bermula. Maknanya esok kena siapkan dewan la kita. Harap-harap dipermudahkan segala urusan sepanjang periksa ni berjalan. 
Terjumpa pic kawan-kawan sebilik semasa sambutan hariraya baru-baru ni. Eceli tk cukup sorang sebab dia crk di hari kejadian. Cantik pulak kawasan sekolah makcik nih. Hari-hari tengok macam tak cantik je. huahuahua.
Makcik berhenti dulu la ya. Harap-harap ada update dlm masa terdekat  Assalamualaikum.

wajah-wajah ceria berhari raya