Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Saat gembira pujilah Allah
Saat kesukaran carilah Allah
Saat kesunyian sembahlah Allah
Saat kesakitan yakinlah Allah
Saat demi saat terima kasih Allah




Pagi tadi breakfast
dgn menu special di sini.

Sunday, December 28, 2008

Kenduri Dua Hari

Kedua-dua pengantin adalah bersaudara dan kedua-duanya juga adalah saudara CP.
26 hb kenduri di rumah pengantin perempuan yang selang sebuah rumah dgn rumah pengantin lelaki. 27 hb pula majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki. Maka sanak saudara letih berganda-ganda kerana membantu memasak, menghidang, membasuh, mengemas, makan dan yang seumpamanya.


Selepas maghrib, CP terus terlena dan bangun pukul 3.00 pagi untuk solat Isyak. Uwaa...saya demam. Paginya tidur, tidur dan tidur.


Selepas majlis bersanding, doa dibaca dengan pimpinan saudara Faiz.
Markah bertambah di situ.







Thursday, December 25, 2008

Kota Bharu...Kota Bharu

Pusing punya pusing dan pusing
Lebih setengah jam baru dapat "parking"
Memang sangat menguji tahap kesabaran
Distinasi pertama tidak lain tidak bukan pasar lama MPKB
Dah tidak terlarat membimbit dgn sepuluh tangan, kami menyumbat di kereta kecilku.
Kemudian sambung balik acara yang menyeronokkan ini
Yang dok di Pahang membeli belah utk dibawa ke Pahang
Yang dok di N9 membeli belah utk dibawa ke N9
Yang dok Kemahang pun tidak kurang ligatnya membeli belah
Penulis N3 ini juga sama naiknya
Dari pasar MPKB hingga ke pasaraya berdekatan
Memang berbaloi susah payah utk mendapatkan sepetak pakir
Dan acara berakhir dengan menghadap hidangan nasi berulam budu, berikan bakar

Dalam kesejukan hujan sepanjang hari
Jam 3 lebih sampai rumah dengan handbag kempis tapi puashati


Lewat petang, bermula lagi acara makan-makan sembang-sembang
Dengan menu yang sangat mengancam
Ubi parut bertemankan pulut berkuahkan serawa
Sangatlah kreatif dan membuka selera

Esok ngan lusa kita pakat gi jadi jung dapur pulak.

Wednesday, December 24, 2008

Seronoknya Cuti Sekolah

Malam tadi makan-makan laksa Penang, laksa Kelantan dan laksam
Malam ini makan-makan mee kari
Sembang-sembang, gelak-gelak separuh malam
Wow.....indahnya

Tuesday, December 23, 2008

Meriah Tanpa Gambar

Laporan tertangguh-- Kelmarin
Seawal pagi abang sulung jemput makan pagi di rumahnya
( Anak sedara yg belajar UK dah balik )
Nasi dagang yang speacial sedapnya, kuih muih dan buah-buahan
Dah kenyang, beramai-ramai buka kelab "alik naik"
Seterusnya ibu-ibu menerjah kedai periuk belanga, pinggan mangkuk berhampiran
Petang, dengan rajinnya saya termasak meehon sup
Maka saudara mara, anak beranak yang kebetulan singgah dapat merasa
Kalau ramai cakap sedap, boleh masak lagi. hehehe
Kakak ipar tengah bawak pulak sebekas besar putu mayam
Kita berkelah-kelah jugak depan rumah kuning ini.
Acara makan-makan ini diakhiri dengan collek jambu merah dan pauh epal.
Kesian perut kita....penuh
Malam ZZzzzz



Sangat seronoknya sebab semua sepupu yang mengajar luar kelantan bercuti di kg. Meriahh...

Monday, December 22, 2008

Aduhai

Bertatih-tatih
Merangkak-rangkak
Merayap-rayap
Lambat
Lembab
.................
..............
...........
.........
.......
.....
....
...
..
.
Oh sayangku
Streamyx


Sudah hampir seminggu keadaan begini.
Kenapa ya???

Friday, December 19, 2008

Terkantoi

Pagi semalam, saya keluar ke Kota Bharu bersama Ain .
Dalam perjalanan, Ain bertanya : Ummi, oren ( kuning) tu maksudnya laju ke?
CP : Oren maksud laju?
Ain : Ain tanya, oren tu maksudnya laju ke? Sebab... masa kat traffic light sakni, bila lampu oren, ummi pun terus bawak kereta laju.
Kwang...kwang...kwang

Kami Sangat Berbesar Hati


Menerima kunjungan sahabat dari jauh


Meriah........
Sesi makan-makan
Berehat setelah penat berjalan
Bapa-bapa dengan agenda mereka
Cenderahati untuk kami sekeluarga.
Terimakasih yang tidak terhingga.




Sunday, December 14, 2008

Malang Tidak Berbau

Sedang saya menyapu beranda rumah, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti sesuatu melanggar benda yang keras.
Saya menjenguk ke arah datangnya bunyi tersebut.
MasyaAllah.... seekor kambing sedang menanduk kereta yang diparkir di bawah garaj.

Ahh sudah... macamana ni?? Wei....kereta aku tu. Saya menjerit sambil menepuk tangan.
Si kambing mengundur dua tiga langkah kemudian kembali menanduk.
Suara saya didengari oleh Ain lalu dia pun turut sama menjenguk ke bawah dan turut menjerit ke arah kambing itu.

Si kambing terintai-intai keretaku yang berkilat (baru basuh) seolah-olah meninjau-ninjau lawannya dan menanduk lagi. Menanduk lagi dan lagi. Semakin lama semakin kuat.
Suara saya yang terjerit-jerit dari beranda rumah langsung tidak dihiraukan oleh kambing tersebut.

Tanpa membuang masa, saya melepaskan penyapu di tangan dan berlari turun ke bawah.
Bila sampai di depan pintu, melilau saya mencari objek yang boleh digunakan untuk memukul kambing tak guna itu. Tanpa apa-apa di tangan saya tidak berani untuk mendekatinya memandangkan tanduknya yang panjang dan tajam berkilat itu.
Rasanya telah berbelas kali kambing sesat itu menanduk kereta saya.



Ohh....ada penyapu di tepi pasu bunga. Apa lagi, saya terus capai dan berlari ke arah kambing tersebut. Berdebuk saya pukul tapi nasib tak baik, langsung tak kena kambing itu.
Walau apa pun mungkin disebabkan terkejut, kambing tersebut melarikan diri sebelum sempat saya mencapai semula penyapu yang terlepas dari tangan dek kuatnya saya memukul tadi.
Uwa.... siapalah tuannya?? !@#$%&!!$$%&&&&&&&!!!!!

Saya terduduk melihat bahagian pintu kereta yang ditanduk kambing tadi.
Banyaknya kemek dan terdapat dua tiga tempat yang hampir tembus.
Habis le gaji saya bulan ini.
Ain...jom le kita tangkap kambing tu. Kita jual untuk baiki kereta kita ni.
Jom le Ain.....

Tiba-tiba saya terdengar kambing mengembek dengan kuatnya.......
Ummi...esok ada tuisyen ke tak?
Saya tersedar dan melihat jam di dinding. Oh...baru 10.00 malam.


Pengajarannya dalam kehidupan seharian, boleh dengar, boleh baca tapi jangan terus percaya.

Thursday, December 11, 2008

Terapi Lepas Banjir

Hari ini saya mengikut suami yang kebetulan ada urusan di Rantau Panjang.
Dalam perjalanan sempat ambil pic sebuah masjid yang disebut-sebut sebagai masjid Beijing.Memang unik dan lain dari yang lain walaupun belum siap sepenuhnya..


Selepas selesai urusan di Rantau Panjang termasuk acara ronda meronda yang wajib itu, kami menghala pula ke Pengkalan Kubur. Sangatlah meriahnya..... Yang tak bestnya bila terpaksa bayar cukai. Walau apa pun memang seronok menjamu mata di sepanjang deretan kedai itu. Harap-harap malam ni saya tak mimpi vantage.

Memang menakjubkan....masa meronda-ronda itu langsug tak lenguh kaki. Berkesan sungguh terapi ini. Hehehe

Wednesday, December 10, 2008

Terimakasih Sahabatku



Kami belajar dalam satu kelas dari tingkatan satu hingga 6 atas semasa di sekolah menengah, satu fakulti di UM, serumah dan sebilik dari second year hingga dapat ijazah, dari Seksyen 17 hingga ke flat PKNS Kg Kerinchi. Seterusnya sama-sama menceburi bidang pendidikan walaupun bertugas di negeri yang berlainan.
Dan pagi tadi dia datang meninggalkan buahtangan ini bersama dua paket rempah kegemaran saya. Sekalung ucapan terima kasih untuk sahabat yang saya sayangi ini.


Sahabat saya sebelah kiri ya.
Tuan punya blog sebelah kanan.

Monday, December 8, 2008

Alhamdulillah

Dalam rintik-rintik hujan yang kadang-kadang agak lebat
Si Putih dan Si Sawo Matang berjaya dikorbankan



Di bahagian dapur pula para ibu dan si gadis jelita bertungkus lumus
Bersinsing lengan mengupas, memotong, menggoreng, merebus
Bersulam cerita, gelak ketawa semestinya
Syukur segalanya berjalan seperti yang dirancang


Malamnya..... sesuatu yang istimewa

Sunday, December 7, 2008

Esok Raya.......

InsyaAllah jika dipanjangkan usia, esok kita akan bersama-sama merayakan Aidil Adha atau Hariraya Korban. Dan alangkah moleknya jika kita turut sama berkorban dan mensedekahkan daging segar itu kepada orang-orang kurang mampu yang berada di sekitar kita.
Apalah sangat dua tiga ratus yang kita keluarkan jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dan anakanda kesayangannya Nabi Ismail. Pun begitu harus diingat, mahal atau banyaknya wang ringgit yang kita keluarkan untuk ibadat korban ini tidak bermakna andai tidak wujud keikhlasan dalam diri kita.



Friday, December 5, 2008

Amaran

Sudah beberapa kali saya terbaca amaran di bawah. Tapi setelah membacanya di Blog Kak G, baru terbuka hati untuk meletakkan di blog ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebarkan…..
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.


Wednesday, December 3, 2008

Hari Ni Panah Molek


Pagi takdi tengok mak ambo ngan worih warah kait daun pisae gallo
hak nak wat bukuh tapei.
Memey la ghayo lambat lagi tapi takut ujae lepas ni , tak pasa-pasa takleh ambik daun pisae. Tak buwwat tapei la.
Kalu sapo-sapo tak tahu, daun pisae ni kena kering baru buleh wat bukuh tapei.
Hak basah buleh jugak tapi tapei jadi masae. Tak makkae la...
Mak ambo kata, biar kecut pun daun tu drp takleh ambik lasung.
Kironyo beringat la nih, takut takleh wat tapei.

Pagi takdi jugak ore mari mesin ruput rumah ambo.
Lega... sebab ruput pendek comei habih dah .

Tengahari takdi, ambo jahit lasir sikit. Sapo seko...ambo jahhit ari nih.
Renyuk petu' pun takpe, puah hati.
Tapi tak siap pun, esok ambo sambung pulak.

Petang pulak, ambo gi patta kemasin ngan ain dan sepupu ambo.
Ajat tu nak cari air nyior tapi takdok. Ada kheppok tokol jah.
Lepas makan minum, teman ain ngan anak sepupu ambo main gelosor, ndo dae cokngik cakdong.
Kalu juppo gottuh, suko bena budak-budak, payoh la nak balik anak betuah nih.

Puko ne lebih petae takdih, ambo gi buwwa rumah mak ambo sambil buka daun palah hok nak wat tuppat.
Mak ambo ni segero sokmo kalu nak wat gapo-gapo.
Hak nih, ambo tak nurron dia. Ambo tak beghehi wat kerejo segero-segero sangat.
Bia lambat, asa dae siap.hehehe
Lepah maghrib pulak, ambo anak beranok gi rumah toktua.
Sekala ambo gi ari Jumaat tapi sebab Jumaat lepah ambo tak gi (dok kualo lupor maso tuh), kiro gati le saknih. Dok semeta rumah toktua, abe ambo hok sulung telepon nak gi rummah.
Ambo royat sebeta lagi ambo sapa kelik.
Maso ambo kelik takdih, seda molek dia anok beranok baru sapa.
Ni dia baru jah kelik.
Ambo tak ngantuk lagi.
Tu yang nullih sikit nih.
Baru royat tak ngattuk.... ngattuk dah eh.
Pahtu takpo lah deh.
Abih dah pon benda hak nk royat.
Hehehe. Saing sobat pehae ko nih??

Sunday, November 30, 2008

Rindu

Sampai di rumah petang semalam, terus pergi pasar.Rindukan dapur dan
sangat teringin nak makan masakan sendiri w pun mungkin tidak menyelerakan bagi orang lain. Dan hasilnya, selepas maghrib terhidanglah ikan kikik masak asam pedas, ikan kembung goreng, udang goreng kunyit, ulam dan budu. Hehehe Sungguh bahagia.........







Ini pula, pic yang diambil -+ pukul 1.30 petang tadi. Sangat gelap......gelap gelita!!!
Sudah banyak hari warga Kelantan di bumi Kelantan ini tidak dapat melihat matahari. Tiap-tiap hari hujan dan hujan. Seronoknya tidur hingga Ain ponteng tuisyen hari ini.




Ain : Ummi ni asyik ambil gambar je. Mesti nak masuk dlm blog.
Saya : ???? Nanti Ain jugak nak tengok.

Saturday, November 29, 2008

KL - Hari Keempat

Lepas breakfast, jalan-jalan sekejap.

Pukul 12.00 sudah bersiap untuk ke LCCT.
Sambil menunggu teksi, sempat lagi berposing di lobby hotel.

Dari LCCT sampai ke Kota Bharu segar je biji mata makcik pada hari ini.
Alhamdulillah pukul 5 lebih, kami telah selamat sampai ke rumah.
Saya tukang ngambik gambar je. Gambar sendiri?? takde...

Friday, November 28, 2008

KL - Hari Ketiga

Malam tadi Ain meminta maksunya yg kebetulan ada urusan di UKM supaya menjadi pemandu pelancong untuk sesi meronda pada hari ini.

90% perjalanan asyik kena bergayut.
Makcik tak kisah...
Jalan-jalan dan makan-makan

Antara yang menarik perhatian
Seterusnya aktiviti berendam



Thursday, November 27, 2008

KL - Hari Kedua

Ronda sampai lenguh kaki
Beli belum tentu.....
Oh Barbie......
Semuanya makcik suka

Aktiviti wajib.
Makan pagi dan makan tengahari di dua tempat yang berbeza.
Acara yang ditunggu-tunggu

Aktiviti petang tadi tergendala kerana hujan turun dengan lebatnya.
Bersambung esok



KL - Hari Pertama

Bertolak dari KB pukul 3.00 ptg
dan sampai di LCCT sebelum 4.00 petang
10 minit perjalanan makcik kecik dah lena

Menyentap tak puas tidur
.
Sambung tidur dalam teksi

Hampir 6.00 ptg check in hotel
Oh.... luas dan selesa

. Menikmati keris dan pelbagai barang antik milik En. Othman yang sangat menarik.
Terima kasih kepada En. Othman sekeluarga kerana jamuan makan malam dan layanan yang sangat istimewa.Balik bilik hampir 1.00 pagi.
Zzzzz.....

Wednesday, November 26, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Singgah Muzium


Selepas menyelesaikan beberapa urusan pagi tadi, kami terus ke muzium negeri kerana suami ingin berjumpa dengan seorang pegawai dari muzium negara. Kebetulan tengah berlangsung Pameran Keunggulan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi. Jadi, kami ronda sekejap.

Monday, November 24, 2008

Setakat Yang Termampu

Salah seorang saudara akan berkahwin hujung tahun nanti.
Beliau meminta jasa baik saya untuk menyiapkan kotak
dan raga untuk hantaran. Disebabkan tidak berseni
/fail dalam bahagian ini, pagi tadi saya hanya
mengambil tugas sebagai
driver untuk membeli
barang-barang untuk tujuan tersebut.
Dan pada petangnya saya hanya bertugas menghulur
gunting, gam dan benang sahaja sepanjang seorang lagi sepupu saya
menyiapkan semuanya ini. Alhamdulillah semuanya telah siap kami kerjakan.