Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Sunday, October 22, 2017

Cuti la Jugak

 Kita tak sambut Deepavali tapi kita seronok sebab dapat cuti seminggu. Perancangan awal lepas ambik ain Jumaat 13 Okt, makcik nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Budak PT3 pun dah boleh tido sepanjang jln siang mlm. Rupa-rupanya indah hanya pada perancangannya sahaja tapi tidak boleh dilaksanakan. Ain memang boleh blk selepas jam 2.30 jumaat tu. Tapiii sabtu makcik, pakcik wajib pergi sekolah. Uwa..uwa..uwa... Sekolah ganti untuk cuti Keputeraan Al Sultan.Kelantan Darul Naim. Jadi, lepas sekolah Khamis tu, bertolak juga ke N9, mlmnya tido Gua Musang. Dah abis gas wei. Letih, penat, ngantuk semua ada. Driver le, makcik no hal. Sebab sepanjang perjalanan bole tido. Hehehe.  Jumaat teruskan lagi perjalanan. Dalam pkl 12 Alhamdulillah  dah sampai. Yang bestnya sebelum solat jumaat di masjid Salak Tinggi, kita makan tengahari di Razak Masak Tempoyak. Nama yang sebetulnya tak berapa ingat tapi tang Razak tu memang confirm betul. Rasanya dah banyak kali Mkn di kedai depan masjid Salak Tinggi tu. Memang terbaik. Lepas solat Jumaat, ambil Ain dan terus bertolak balik. Lepas dua tiga kali berhenti tidur, dipendekkan cerita, hampir pukul 3 pagi, sampailah kami ke rumah kuning yang sebenar-benarnya tak kuning pun. Sabtunya makcik berjaya ke sekolah seperti biasa. Maka berhari sukan negaralah kita pada pagi Sabtu itu. 
Ahadnya makcik ada  kelas tambahan. Isnin kenduri. Weh..dah malas menaip. Rabu hampir seharian di rumah sedara yang buat kenduri sambut menantu. Terus Jumaat ya. Jumaat kita adik beradik, sepupu sepapat (macam la ramai sangat) buat "Suro". Bestnya Ya Rabbi. Seharian makan-makan, sembang-sembang. Sabtu bawa Ain makan- makan, pusing kedai cari barang nk gi asrama.  Maka, habislah seminggu cuti deepavali. Harini Ahad,  sekolah seperti biasa. 


SShhh... budak2 SPM SMK Panji ada kelas terus menerus sepanjang minggu.

Friday, December 12, 2014

Kelantan - KL - Melaka - KL - Ipoh - Kelantan.

Selepas ambil Ain di Besut petang Sabtu lepas, kami bertiga menghala ke KL. Nak ke Melaka sebenarnya. Kenduri sepupu sebelah suami. Kelantan - Melaka, Jauh...dan tak berapa ada saudara mara yang dapat pergi. Mak ayah pengantin, dua-dua sakit dan tak dapat pergi.  Fikir punya fikir, Ok lah kita pergi.
Sampai KL dah 9 mlm. Kalau nak terus ke Melaka, tak tahu pukul berapa boleh sampai. Mestila sesat larat, mata mengantuk. Jadi, tidur je di KL. Lepas breakfast kenyang-kenyang esoknya, kami bertolak ke Melaka. Macam biasa 99% dibantu oleh Papago. Sekali sekala Waze mengambil peranan. Alhamdulillah sampai ke SK Ayer Jernih dengan jayanya. Lepas makan minum, bersembang dan bergambar sekeping dua, kami balik semula ke KL. Ada hal sikit. Esoknya,  kami bertolak ke Ipoh sebelum balik ke KB. Yang sadisnya tuan puan sekalian, takde langsung acara membeli belah. Yang ada hanya acara makan minum sahaja. Jadi, makcik tunjuk makanan je lah ya.


Yang paling special n meletop tidak lain tidak bukan
ikan bakar di Tasik Raban. Rasa nak bungkus bawa balik.

Pic bersama pengantin. 
Opsss tiba-tiba makcik jadi paling kecik. Sukaaaa.



Thursday, December 4, 2014

Lega

Kelmarin  3 Dis hari terakhir periksa SPM 2014. Kelegaan tahap nak melompat-lompat. Jadinya, makcik dah malas pergi sekolah dan dah malas nak fikir pasal sekolah. Nak cuti la jugak. Macam le sebelum ni tak cuti. Hehehe.
Kejap tadi makcik hantar Ain pergi kem Little khalifah di Besut. Biar le dia berkawan-kawan dan berdikari 3 hari ni. Lagi pun cuti-cuti ni mengadap internet  je kerjanya. Harap-harap takde la barang yang tertinggal. Makcik dah cakap siap-siap, "kalau tertinggal barang, umi tak gi ata doh"

Opss tiba-tiba ada pic orang bersanding.
29 Nov 2014.
Selamat Pengantin baru
Farihan & Ishak.
Semoga bahagia ke anak, cucu, cicit dan seterusnya.

Friday, November 25, 2011

memang musim

Salam
Hari ni dua
Esok tiga
Lusa dua
Kenduri...kenduri....kenduri
T.kasih






Monday, September 5, 2011

Yeayy.... Cuti Raya Ni Kita Dapat Dua Orang Anak Saudara Baru

Aisya tengah membebel. Wahai pengantin-pengantin semua, cepat le upload pic kawin!!!!
Cepat le....
Untuk sementara waktu, kita layan pic hasil ihsan kak Ain dulu.


Friday, July 8, 2011

Opsss Tertinggal.....


Walau sudah lebih sebulan berlalu, nak letak jugak pic yang comel-comel ini. Selamat Pengantin Baru. Sebulan baruuu lagi......


Tuesday, March 15, 2011

Musim Cinta Berbunga-bunga

Kelmarin, seharian berada di sini. Letih kekenyangan asyik makan, makan dan makan. Pic tak cantik sebab hanya guna handphone cap ayam. Dan juru kameranya Ain. Kalau mak dia yang ambik, maybe cantik le sikit. hehehe



Rina, Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia selamanya.


Sunday, March 13, 2011

Ain : Ummi, kenapa Masa Cuti Sekolah Ramai Sangat Orang Buat Kenduri

Dan kita pun buat-buat sibuk. hehehe

Yang bertunang hari ni.
SIL tgh cium tangan bakal mak mentuanya.


esok kelas tambahan lagi. uwaa....

Sunday, December 12, 2010

Pertunangan Ain

Majlis diadakan di rumah MIL dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kalau terasa diri termasuk dalam kalangan keluarga terdekat tapi tidak dijemput, harap maaf le ya. Hujung tahun, bajet ciput, musim hujan pulak tu. Tunggulah pula majlis perkahwinannya nanti. InsyaAllah akan diadakan kenduri yang lebih besar jika pun tidak secara besar-besaran.
Olalala....lukis cantik-cantik ye.
Biar berbaloi dgn bayaran.

Terkini...hitam putih.
Warna kegilaan kebanyakan pengantin akhir 2010 termasuklah Ain.
Zaman mak Ain kawin dulu, warna ini langsung tidak masuk dlm senarai.
Dulu...kami minat kuning, merah, hijau, oren....
Sila lihat tunangan orang yang sudah siap disolek.
Di bawah ya
l
l
l
l
l
l
V
Eh..eh.... Bukan Ain le
My SIL yang bertunang. Makcik Ain!!!!


Sekian

Saturday, November 20, 2010

Sudah Bermula


Cerita kelmarin.
Makcik ada 4 jemputan kenduri tapi hanya satu sahaja yang dapat ditunaikan.
Dari pagi hingga petang tolong menolong bantu membantu di rumah saudara. Malamnya kedemaman sakit tubuh, kejang urat dan tak best, tak selesanya tidur mlm tadi.
Dan harap maaf janji nak pergi makan lagi sekali mlm tadi, tidak tertunai.
Takde pic makanan dan bakal pengantin sebab tak sempat jadi jurugambar pun.
Hari ni gi "belarak" di Kuala Krai pulak.
Banyaknya "bekwah"

Saturday, March 13, 2010

Kelmarin Seorang Hari ni Berdua

Selamat Pengantin Baru untuk Mat Wan dan isteri. Semoga sentiasa diberkatiNya.

Melalui pemandangan yang mendamaikan ini sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan.

Sunday, January 31, 2010

Dari Bachok ke Manjung

Alkisahnya pagi Jumaat lepas, saya bertiga beradik bersama kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara berkonvoi tiga buah kereta ke Manjung, Perak Darul Ridhuan. Tujuannya adalah untuk ke rumah bapa saudara yang akan mengadakan beberapa sesi kenduri bermula Jumaat hingga Ahad.

Tengaharinya singgah solat Jumaat di Parit.
Di tepi Sungai Perak yang penuh nostalgia.

Pada petangnya majlis pertunangan Syikin.
Tahniah untuk bakal Dr kita. Semoga semua impian menjadi kenyataan.


Malamnya pula, diadakan majlis tahlil dan pada hari Sabtu "belarak" ke rumah pihak perempuan. Lupa nak cakap, Fendi, abang kepada Shikin kahwin pada pagi Jumaat dan kenduri di rumah pihak perempuan diadakan pada hari Sabtu.

Sabtu - Sambil menunggu ahli rombongan yang belum tiba, kami sempat berposing dengan pengantin lelaki berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
wajah-wajah kesayangan hamba

Kami hanya sempat melihat pengantin di meja makan beradab je. Tak sempat nak melihat mereka bersanding kerana nak balik cepat.Almaklumlah perjalanannya masih jauh. (nak balik kelate pulak wei)

Kenduri menyambut menantu di rumah bapa saudara pula akan diadakan pada hari Ahad. Tak sempat le kita nak turut sama memeriahkannya....sebab Ahad kan kerja. Walau apa pun, Selamat pengantin baru untuk Fendi dan Syafrina. Balik dari Timur Leste nanti, boleh le bawa Shy kenal-kenal saudara mara di Kelantan.


Dalam perjalanan balik dari Manjung, beberapa kali kami singgah makan dan minum. Rombongan kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Pagi Ahadnya, terlalu malas (baca letih ye) untuk ke sekolah. Namun, tetap ku gagahi jua. Hehehe

Atie, rugi le awak tak ikut rombongan ni......
kredit utk azhan krn c su ambik 3 keping gambar dari facebook awk.

Friday, June 19, 2009

Kenduri Lagi

Hari ni ada acara masak-masak dan makan-makan di rumah kekanda no 1.
Menunya seperti di bawah.




Tahniah kpd Ika(anak sedara) yg dpt Diploma Pendidikan di UMS.
Dan kpd Jiehah (sepupu) yg dpt UPSI.
Bertambah lagi geng cikgu....

Sunday, June 7, 2009

Selamat Pengantin Baru

Kelmarin adalah hari yang paling padat dgn kenduri kendara. Maaf, hanya 3 rumah sahaja yang sempat saya kunjungi dan menu wajib setiap rumah adalah gulai kawah dari daging lembu yang disembelih dan dimasak secara bergotong royong. Satu aktiviti yang amat baik kerana wujudnya budaya tolong menolong yang boleh mengeratkan tali silaturrahim di antara saudara mara dan jiran tetangga. Harus diingat, mengadakan kenduri kahwin adalah sunat dan jangan biarkan perkara sunat ini menjurus atau bercampur dengan perkara-perkara yang haram. Rasanya semua tahu tapi kenapa ramai yang buat-buat tak tahu.

Sunday, December 28, 2008

Kenduri Dua Hari

Kedua-dua pengantin adalah bersaudara dan kedua-duanya juga adalah saudara CP.
26 hb kenduri di rumah pengantin perempuan yang selang sebuah rumah dgn rumah pengantin lelaki. 27 hb pula majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki. Maka sanak saudara letih berganda-ganda kerana membantu memasak, menghidang, membasuh, mengemas, makan dan yang seumpamanya.


Selepas maghrib, CP terus terlena dan bangun pukul 3.00 pagi untuk solat Isyak. Uwaa...saya demam. Paginya tidur, tidur dan tidur.


Selepas majlis bersanding, doa dibaca dengan pimpinan saudara Faiz.
Markah bertambah di situ.







Monday, November 24, 2008

Setakat Yang Termampu

Salah seorang saudara akan berkahwin hujung tahun nanti.
Beliau meminta jasa baik saya untuk menyiapkan kotak
dan raga untuk hantaran. Disebabkan tidak berseni
/fail dalam bahagian ini, pagi tadi saya hanya
mengambil tugas sebagai
driver untuk membeli
barang-barang untuk tujuan tersebut.
Dan pada petangnya saya hanya bertugas menghulur
gunting, gam dan benang sahaja sepanjang seorang lagi sepupu saya
menyiapkan semuanya ini. Alhamdulillah semuanya telah siap kami kerjakan.

Sunday, August 24, 2008

Cerita Semalam

Hari terakhir cuti pertengahan penggal kedua.
Bermakna hari terakhir untuk merehat-rehatkan diri
Hari terakhir kenduri kendara untuk sesi ini
Hari ini kita " gi belarak" di Nilampuri.
Sebelum bertolak, makcik kecik ni sempat berposing tak sedar diri.

Monday, August 18, 2008

Aktiviti Musim Cuti

Sebaik sampai di rumah dari Johor malam tadi, terus ke rumah saudara yg mengadakan kenduri. Kemudian, lebih kurang pukul 11.00 mlm bergegas pula ke rumah mak saudara yang akan mengadakan kenduri hari ini. Tolong apa yang patut sehingga jam melebihi 1.00 pagi. Dan, hari ini seharian menyambung cerita di tempat kenduri. Makan, makan dan makan sambil sembang, sembang dan sembang.


Mana pic pengantin aa?

Friday, June 6, 2008

Kenduri lagi


Tengah menunggu makanan dihidangkan.
Sabar ya...