Wednesday, October 29, 2008

Sambutan Hariraya

Seperti tahun lepas, sambutan hari ini juga diadakan di dewan SMK Panji.
Setiap kelas disediakan satu meja untuk menghidangkan berbagai juadah yang dibawa. Sangatlah banyaknya makanan hingga tak terlarat nak makan.
Syukur ...banyaknya rezeki kurniaan Allah.

Monday, October 27, 2008

Berinai Pagi

Malam tadi makcik ni dah berinai.
Oleh kerana inai tersebut dari daun pokok inai, maka pemilik blog inilah yang terpaksa rela menumbuk dan menempeknya.
Dan seperti yang telah diduga, bila mata pejam, inai ini hanya memerahkan cadar dan bantal sahaja. ( Ada unsur malas disini....malas nak balut, ikat segala.hehe )
Pagi tadi, sebaik bangun dari tidur dan bertukar baju seluar, makcik ini beria-ia nak berinai lagi. No problem sebab hari ini cuti. Seronoknya....




Semalam, semua sekolah sekitar ni cuti. Sekolah kita je buka. Ain kan? kan?

Tuesday, October 21, 2008

Kerana Mulut

Maksud mengumpat:
Mengata atau menceritakan keburukan orang lain semasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

Maksud Memfitnah:

Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Buruk dan hinanya mengumpat disamakan dengan memakan daging saudara seagama. Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya betul-betul bertaubat melainkan diampunkan oleh orang yang kena umpat.
Di akhirat nanti, pahala pengumpat akan diberi kepada yang kena umpat dan sekiranya tiada pahala lagi dosa yang kena umpat diberi kepada pengumpat.


Ingat,
Yang paling dekat - Mati
Yang paling jauh - Masa

Yang paling besar - Hawa Nafsu
Yang paling berat - Amanah
Yang paling ringan - Tinggalkan solat
Yang paling tajam - Lidah


Sunday, October 19, 2008

Terima kasih Daun Keladi

Dengan berbesar hati CP terima award ini dari Cendawanintim. Terima kasih


Pic di bawah tiada kaitan dgn award di atas.
Buahnya hampir mencecah tanah.
Walaupun tidak lebat tapi rajin berbuah.
Alhamdulillah, rezeki dariNya tidak terhitung banyaknya.


Saturday, October 18, 2008

Cerita Semalam

Semasa saya dan sepupu keluar dari kebuah kedai untuk ke kedai yang lain, sebuah motosikal memecut dgn lajunya hingga nyaris-nyaris merempuh sebuah proton wira di tepi jalan.
Beberapa saat selepas itu, seorang wanita muda yang cantik bergaya berlari, menangis dan berteriak sekuat-kuatnya juga dari arah motosikal tadi.
Kami berdua yang menyangka wanita tersebut gila hilang akal, cepat-cepat berpatah balik untuk memasuki semula kedai tadi.

Oh...Kesian sungguh.... Rupa-rupanya lelaki bermotosikal tadi telah meragut handbag warga Indonesia itu. Melihatkan gaya wanita tersebut, kemungkinan besar beliau seorang pelancong.
Dan lelaki tersebut dapat melepaskan dirinya yang menjadi sampah masyarakat itu.
Sungguh memalukan....

Tuesday, October 14, 2008

Hadiah Utama

Saya sekeluarga baru balik dari sebuah pasaraya di KB
Sangat le selesa kerana pasaraya tersebut sangat lengang
Tak perlu beratur, tak perlu berhimpit
Lebih menggembirakan lagi
Dengan pembelian sebotol syampoo Ain dan sebotol syampoo sendiri
membolehkan saya membuat cabutan bertuah.
Dan malam ini alhamdulillah saya sangat bertuah
Tanpa disangka-sangka mendapat hadiah utama
Sebuah Honda DVD canggih


Ini dia Honda DVD yang dimenangi

Alhamdulillah rezeki datang tanpa diduga.

Perasaanku

Ada cerita nak tulis
Dan memang dah siap tulis
Tapi bila difikir-fikir, berkali-kali fikir
Uwa.... bimbang le pulak
Sebab ramai yg akan baca nanti
Sangat le tidak berpuashati dengan keadaan ini.
Rasa macam nak cerita je apa yg berlaku.
Tapi, betul kata hati
Lebih baik berhati-hati di jalanraya.
Dan kesudahannya
Saya simpan je tulisan itu sebagai draft.
Hehehe


Walaupun blog ini merupakan tempat saya berkongsi cerita suka duka tapi bukan semua cerita sesuai utk dikongsi bersama terutamanya cerita-cerita yg berlaku di sekolah

Sunday, October 12, 2008

Kad Raya Dari Jauh

Noor,
Terima kasih di atas ingatan
Kami terima petang tadi
Boleh je kongsi duit raya dgn Ain
Hehehe Ain sanggup

Saturday, October 11, 2008

11 Syawal

Petang tadi kanak-kanak ribena SMK Panji datang beraya.
Janji sekelas nak datang tapi yang sampai hanya 16 orang termasuk seorang ibu.
Bermula dengan acara makan-makan dan sembang-sembang.


Diikuti dengan acara berposing bergambar gambaran.




Friday, October 10, 2008

Jangan Lepaskan Tawaran Ini

Saya telah beraya, sedang beraya dan akan beraya lagi
Justeru, saya sangat respect kepada rakan-rakan yang telah selesai puasa 6.
Kerana saya belum lagi berpuasa 6 walaupun sehari.
Kwang....kwang... Sungguh tidak patut.

InsyaAllah minggu depan saya akan mula berpuasa.
Ini adalah n3 untuk motivasi diri sendiri.
Seperti rakan-rakan yang telah selesai puasa 6 itu,
saya juga seboleh-bolehnya tidak ingin melepaskan peluang untuk meraih tawaran hebat ini.
Syawal masih berbaki 20 hari.
Jika ditolak 6 hari untuk berpuasa, masih ada 14 hari untuk beraya.
InsyaAllah masih sempat dan sangat le sempat.
Minggu depan kita puasa ya
Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik pakcik.
Kepada rakan-rakan sejantina yang cuti umum bulan Ramadhan lepas, kalau diganti puasa sekarang pun cukup cantik.




Esok, satu kelas kanak-kanak ribena kat sekolah tu nak datang beraya.
Nak masak apa ya? Kejap lagi nak keluar beli barang.
Bagi je makan pisang ngan limau ni aci tak? hehehe

Wednesday, October 8, 2008

Beralih Arah

Kami tidak lagi berminat ke restoran .... kerana harganya yang mahal gila sejak akhir-akhir ini. Mintak maaf le ya, kami tak akan ke sana lagi kecuali bila terdesak.

Di sini pun best

Cerita Semalam

Sebaik melabuhkan punggung di kusyen kereta buruk lagi kecii milikku, Ain meminta untuk membeli keropok lekor .
Saya berhenti betul-betul di tepi gerai berhampiran tadika tempat Ain belajar.
Makcik pemilik gerai memaklumkan keropok telah habis dan mataku ghairah memerhati pisang goreng yang masih panas.
Tak apalah makcik, bagi pisang goreng je lah.
Sebenarnya, di hadapanku telah ada dua orang kanak-kanak yang juga ingin membeli pisang goreng.
Tangan makcik tersebut lincah memasukkan pisang goreng ke dalam plastik untuk kanak-kanak tersebut.
Dan.... Cikgu, cukup untuk demo dua orang ni je. Saya cepat-cepat melihat ke arah kuali di belakangnya....kosong.
Tak apalah makcik.
Saya terus memasuki kereta dan memaklumkan ketiadaan keropok dan pisang goreng kepada Ain.
Untuk tidak menghampakannya, saya singgah pulak di gerai berhampiran untuk membeli milo ais. (Minuman kegemaran kami di gerai tersebut).
Sebaik saja saya menghampiri gerai tersebut, tuannya bersuara: Cikgu nak milo beng ke? Air batu takdak, habis dah.
Sekali lagi, saya bersuara lemah. Tak apelah.
Sebaik saja memasuki kereta, Ain bertanya: Mana air?
Cepat saya jawab: Ais takdak.
Dalam perjalanan pulang, saya kembali membayangkan keropok lekor, pisang goreng dan air kelapa yang biasanya menjadi jualan sebuah gerai berhampiran dengan rumah saya. Tiba-tiba Ain bersuara: Ummi, kita beli keropok ngan air dekat rumah kitalah. Saya hanya mendiamkan diri.
Sampai di gerai tersebut...... Opss....tutup. Kwang...kwang....kwang.
Ain laju je mengomel: Ada kedai sangat....tutup,tutup,tutup.




Pengajarannya: Bukan semua benda yang kita nak, akan kita perolehi.

Saturday, October 4, 2008

4 Syawal

Sambil menunggu ketibaan tetamu, CP melayan model sambilan ini berposing.

Hidangan ala kadar
Anak-anak muridku yang berjaya sampai
walaupun mengalami kesesatan yang teruk. Hehehe
T kasih kerana telah bersusah payah untuk sampai ke teratak ambo.


Friday, October 3, 2008

3 Syawal

Awal pagi kami dikunjungi tetamu jauh dari KL.
Tengah menjamu hidangan istimewa. Besi dan kayu

Beraya di rumah kakanda tengah.
Hensem boy ini cucu sulung saya.
Orang2 nun di obersi don't jeles-jeles ye.

Ini pula cucunda ketiga.
Hail Arif

Thursday, October 2, 2008

2 Syawal

Dari 8.30 pg - 7.30 ptg
Makcik bertugas secara solo
Bersilat di ruangan dapur
Bertaekwando di ruang tamu
Berjogging dari dapur ke ruang tamu
Dari ruang tamu ke dapur
Menendang, menumbuk, menepis,menguis
Lawan tetap lawan walau sesekali mengelak
Uwa...keletihan yang menyeronokkan
Terima kasih kpd rakan-rakan dan saudara mara yang datang
Rupa yg keletihan
Selepas maghrib, mencilok ke rumah saudara.
Antara lain utk menikmati keenakan makanan ini
Yummy.....