Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah

Selesai satu masalah dan selesai jugak satu kerja.
Syukur yang teramat sangat.
Dan terimakasih kepada UPP, JPN yang banyak membantu. Berkali-kali menelipon dan ditelipon. Juga kepada kawan-kawan di sekolah yang banyak memberi bantuan. Terimakasih daun keladi.
Oh....Lega yang amat.
Sebenarnya kerja saya, tapi macam kerja suami. Jadi terimakasih yang tidak terhingga kepada "suamiku"kerana susah payah "awak" beli macam-macam gadget untuk menyenangkan kerja saya yang banyak jugak "awak" tolong buatkan. Malam tadi saya kejutkan "awak" jam 3 pagi kerana kertas sangkut di printer. Hehehe.
Terimakasih juga kepada Ain yang tidak pernah mengusik fail-fail dan segala kertas dan borang berkaitan kerja saya walaupun selalu pinjam pensil dan pemadam tapi acapkali tidak bagi balik.
Terimakasih untuk semua.


Esok dan lusa cuti Keputeraan Al Sultan Kelantan. Yeyy yeyyy

Thursday, March 25, 2010

Akhirnya

Rumah Kuning ( BETA )

telah

.

.

.
.

.

.
Tengok gambar le dulu
pic berikutnya adalah khemah rumah kuning dan isi kandungannya.






Tewassssdi dalam Sukan Tahunan SMK Panji semalam.

Sunday, March 21, 2010

Oh...Tolonglah Saya.


Bila terasa tak cukup masa, adakah itu bermakna saya tidak pandai/gagal menguruskan masa dengan bijaksana??? Kesiannya.....
Hanya satu tugas dah selesai.... semua kertas periksa telah selesai ditanda.

Friday, March 19, 2010

Pandangan Pertama

Sejak jadi cikgu kepada budak-budak sekolah yang setakat ini berjumlah 3 buah sekolah, inilah kali pertamanya saya jumpa skrip exam yang diikat dengan gelang besi seperti di bawah. Biasanya kita meletak benda ni di kunci atau yang seumpamanya. Tapi lain pulak fungsinya kepada empunya skrip periksa ni. Kalau ya pun kreatif, jangan le ikat tiga empat helai kertas awak dengan benda ni. Berat nak angkut sana sini. Jangan tak tahu, skrip ni biasanya akan/telah dibawa ke sebahagian besar tempat yang saya pergi. Ke dapur, ke ruang tamu, ke halaman rumah, ke bilik tidur, ke katil. Jadi, cuba bayangkan kalau semua skrip berikat ghupe itu. Tak ke menganiaya namanya? Bawa....tak bermakna tanda!!! Sebab tu belum siap-siap lagi hingga kini.
Tolong.... Masih berbaki 2 longgok lagi.


Thursday, March 18, 2010

Rugilah Sesiapa Yang Tidak Balik Kampung.

Bila berkumpul ramai-ramai dgn sanak saudara, macam-macam boleh jadi. Tengah bersembang lebih kurang jam 6 petang, tiba-tiba my bro terkeluar idea untuk sembelih kambing. Dan 15 minit kemudian, seekor kambing telah berjaya disembelih. Lepas tu baru mencari bawang dan rempah. Malamnya geng bas sekolah sudah dapat mencicah roti dengan gulai kambing dan menjamu nasi berlaukkan gulai kambing. Fuhh..... sedap
Inilah rupanya kambing itu.

Cepat...cepat...dah hampir maghrib.

Surrender!!!

Acara memasak di halaman rumah
Dah boleh makan. Alhamdulillah
*
*
*
Esoknya..... picnic di sini
Hanya geng kami yang tengah mandi. Orang lain...takde. Itu yang syoknya.

Tema biru ke?

Meriah dengan makanan.

Jit, elok-elok nanti tercekik.

Dikelilingi makanan dari tengahari hingga petang. Makan, mandi (geng lelaki n kanak-kanak je), tidur, sembang sepuas hati sampai terlupa skrip exam yang masih berlonggok-longgok belum bertanda. Hehehe



Saturday, March 13, 2010

Kelmarin Seorang Hari ni Berdua

Selamat Pengantin Baru untuk Mat Wan dan isteri. Semoga sentiasa diberkatiNya.

Melalui pemandangan yang mendamaikan ini sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan.

Friday, March 12, 2010

Tahniah


TAHNIAH

Sekali lagi Ajit mengulangi kecemerlangan dengan muncul sebagai best student Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah dalam SPM yang baru diumum. Nampaknya dengan keputusan 11A (10A+ & 1A ), Ajit sudah boleh tersenyum puas. Syukur.

Jit,
nak hadiah gapo? hak murah2 je. gaji lambat lagi nih. kalu nak hak mahal, mintak ngan ab paih. c su tulun pikir deh, nak mintak gapo ngan ab paih..... aaaa....mintak le ....tiket kapal terbang gi US kat kak nor terima ijazah bulan lima nih. Sapa US, mintak pulak tiket ngan ab Je gi tepat dia di German. c su boleh bagi tiket dari German balik Malaysia airport P.Chepa balik ke rumah. hehehe

Tuesday, March 2, 2010

Siapalah Kita....

Usah kecewa, usah bersedih.
Tanggungjawab kita hanya menyampaikan.
Yang memberi hidayah adalah ALLAH.