Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting.
Cakap senang, tapi kadang-kadang tak dapat dipilih mana yang terpenting dari yang penting. Sila setuju dengan saya. hehehe
Antara selimut dengan bantal, mana yang lebih penting/menjadi pilihan anda?
Susah juga nak pilih kan??? Ni baru benda kecik....
Bestnye jadi surirumah sepenuh masa.
Pagi hantar anak pergi sekolah, balik siram pokok bunga, basuh kain, lipat kain, kemas rumah. Pastu masak, tghri ambik anak dari sekolah, ajar ngaji, macam-macam boleh buat ................ Kalau rajin le!!!
OK, Selamat menguruskan rumahtangga.
kejap..kejap,
musim panas, saya pilih bantal, musim sejuk saya pilih selimut. hehehe
hbag dengan kasut, mana yang lebih penting ehh?
Sunday, January 30, 2011
Makan Waswas
Suatu pagi yang indah.
Makcik A : Suami dia tu dulu kijo besar. La ni dok sajo, tak kijo.
B : Bakpow tak kijo nyo?
Makcik A : Kena pecat. Makan pitih orang.... makan gappo dah? Tak reti nak sebut.
B : Makan rasuah?
Makcik A : ho ho ho... makan waswas. Peccat kijo kes makan waswas.
B : hehehe rasuah bukan waswas.
Makcik A : Ho la...dia makan waswas. Peccat kijo.

Friday, January 28, 2011
Sesi Berangan Rumah Tepi Masjid
Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Berdekatan dengan masjid ni terdapat beberapa buah rumah yang sangat memikat hati.
Bukan sebab rekabentuk yang sangat2 memikat hati, (tapi memikat hatilah jugak !!!)
Tiap kali melalui kawasan rumah-rumah tu, selalu cakap (kadang-kadang dlm hati..hehehe) rumah siapa le ni? 15x. Kalaulah salah satu daripadanya tu rumah saya. Oh...alangkah indahnya hidup ini. Dan mulalah sesi berangan...Boleh jln kaki je pergi masjid. Lintas jalan kecik tu, terus masuk pagar masjid. Time cuti pulak, duduk je kat beranda rumah. Dah boleh dengar tazkirah atau ceramah dari masjid. Syoknya.......
Wow....Sungguh Comel
Sangat comelkan???
Comel...
Sebab
hari ni cuti
Esok cuti
Lusa cuti
Tulat Cuti
Tubin Cuti
Seminggu cuti........
Comelllll
Sebab
hari ni cuti
Esok cuti
Lusa cuti
Tulat Cuti
Tubin Cuti
Seminggu cuti........
Comelllll
Tuesday, January 25, 2011
Yang Mana Paling Seksi?
Sebagai seorang guru, kehidupan saya sangat dekat dengan aktiviti membaca dan menulis.
Dan pagi tadi, saya sangat teruja melihat cara seorang daripada anak murid memegang ball pen semasa menulis. Sedikit aneh.....Tapi sayang, tidak dapat ditunjukkan di sini kerana beliau cepat-cepat melarikan tangan bila menyedari saya cuba ambil pic tangannya. Tidak pernah seumur hidup saya jumpa orang memegang ball pen sebegitu rupa.
Rupa-rupanya ada macam-macam cara orang memegang ball pen.
Perhatikan pic dibawah.
Adakah?
Monday, January 24, 2011
Tunjang Mesti Kuat, Aqidah Mesti Mantap
Dahan bercabang-cabang, daun merimbun dan bunga yang mewangi akan gugur ke bumi seandainya tunjang/teras reput.
Ibadah ditinggal, kejahatan dibuat dan akhlak hancur bila aqidah rosak.
Ibadah ditinggal, kejahatan dibuat dan akhlak hancur bila aqidah rosak.
Tuesday, January 18, 2011
Kena Tangkap?
Pagi tadi,
Dah sampai sekolah, terpaksa balik semula ke rumah.
Haihhh.... ini gara-gara en suami yg telah terkunci rumah tapi kunci kereta dan kunci rumah tertinggal di dalam rumah.
Dan bila sampai di sekolah untuk kali kedua, Pn Pengetua sudah tercegat depan pintu pagar sekolah. Kwang..kwang...kwang....

Monday, January 17, 2011
Melaka Sebuah Pulau?
Tiap-tiap hari saya pergi/melalui sebuah pulau. Kadang-kadang membeli barang-barang dapur pun di pulau itu. Tapi kan, rasanya barang-barang di situ agak mahal. Dan untuk ke pulau itu, kita tak perlu naik perahu, boat, feri atau lain-lain kenderaan seangkatan dengannya. Lori, bas, kereta, motosikal pun boleh sampai ke pulau itu. Petak parkir juga banyak. Dan itulah antara sebab saya tertarik untuk singgah di situ walaupun dalam hati asyik tak puashati sebab barang mahal. Pulau tersebut adalah pulau .......................
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
Melaka
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
Melaka
Balik sekolah tadi saya singgah beli sayur, ikan dan rakan-rakannya. otw ke kereta, singgah pulak beli sebiji tembikai. Setelah ditimbang, Saya tanya : Berapa ringgit?
Penjual : RM9.60.
Saya bagi RM10.00.
Penjual bagi baki 20 sen.
Saya cakap : Tadi kata RM9.60.
Penjual : OOOO....
Dia bagi pulak 40 sen.
Saya : Ishhh... Saya bagi pulak 20 sen.
Tiba-tiba saya jadi seorang yang sangat berkira......

Sunday, January 16, 2011
Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya
Ditujukan kepada orang yang perasan hebat di luar sana.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saturday, January 15, 2011
15 Januari
Semoga diri ini dan seluruh keluarga dianugerahkanNya keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat.
Amin.....
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anak-anak saudara, saudara mara, para sahabat dan anak-anak murid yang mencoretkan ucapan di fb dan mengirimkan sms sejak jam 12 malam tadi. Terima kasih diatas ingatan dan doa untuk kesejahteraan diri ini.
Serius....terasa disayangi.
Hari ni dapat jam baru. Bukan sebab 15 Jan tapi sebab jam lama dah rosak.
Elok je dia rosak sebelum 15 Jan.
Dan itulah yang jadi hadiah birthday saya hari ini. Terima kasih en suami.

Friday, January 14, 2011
Aku Fakir
Ya Illahi
akulah hamba yang fakir
di dalam kefakiranku, hamba yang miskin
di dalam kemiskinanku, hamba yang lemah
di dalam kelemahanku
Sehingga merasa begitu hina di dalam kehinaanku
daripadaku pasti akan terjadi
apa yang layak dengan sifat kerendahan
kekurangan dan kelemahanku
Dan daripadaMu Ya Allah
terbit segala yang layak
dengan kemuliaan dan kebesaranMu
Ustaz Asri Ibrahim

Tuesday, January 11, 2011
Soalan Budak Darjah Tiga
Ain : Ummi, parlimen tu apa?
Ummi : Tempat menteri-menteri bersidang.
Ain : Bersidang tu apa?
Ummi : Berbincang masalah negara.
Ain : Aik...menteri pun ada masalah? Masalah apa?
Ummi : Macam-macam le. Masalah takdak gula, masalah takdak minyak.
Ain : OOO....
Untuk pengetahuan ibu-ibu,
Menurut kamus dewan edisi ketiga, parlimen ialah majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Monday, January 10, 2011
Semoga Kita Lulus Di Dalam Setiap Ujian
Miskin, sakit, gagal, susah adalah ujian Allah. Bukan itu saja. Kaya, sihat, berjaya, senang juga ujian Allah. Ramai yang lalai bila diuji dengan kaya, sihat, berjaya dan sebagainya.
Dan ada yang menganggap ujian Allah hanya bila ditimpa sakit, gagal, susah dan semua yang memeritkan sahaja. Kedua-dua bentuk ujian sama ada senang atau susah sepatutnya tidak melalaikan kita, malah mendekatkan kita kpd Yang Maha Esa. Redha dangan ujian menjanjikan pahala, berusaha menangani ujian juga memberikan pahala.

Thursday, January 6, 2011
Andai ku Tahu
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Ungu

Sunday, January 2, 2011
Esok Sekolah
Pagi-pagi tadi, tulis nama di buku teks Ain yang siap dibalut 2 mlm lepas. Nanti, termasuk dalam beg budak lain, susah nak kenal...tak pasal-pasal kena ganti aka beli lain. Sepanjang tahun lepas, 2 buah buku telah hilang dan terpaksa le makcik melabur di SMO.
Pastu, jahit lencana di tudung sekolah. Basuh beranda-beranda yang penuh dengan tahi burung. Dah buka sekolah, takdan nak basuh. Sebenarnya bukan takdan, tapi malassss.
Kemudian hantar si putih ke klinik. Dr cakap ptg atau pagi esok baru siap. DBL 4271...awak kena bayar tau. Takkan cium free je. Tahi hidung masin, tangkai jeringnya tuan rumah kuning. Hehehe.
Sekarang tengah berehat selepas terjatuh di kaki lima rumah. Makcik ni asyik terjatuh je tau. Dah banyak kali jatuh. Orang rajin le katakan. Mana reti duduk diam. Perasan 15x.... jangan ada yang termuntah pulak. Masa jatuh tadi, sakit jugak...maklumlah terhempas macam nangka busuk je. Nasib baik bukan macam kaca terhempas ke batu.
OK lah, nak iron uniform sekolah kejap.

Subscribe to:
Posts (Atom)