Friday, February 25, 2011

Sebulan Lebih Di Tahun 3

Suatu pagi di depan TV.
Keadaan di satu sudut dipenuhi dgn macam-macam barang yang mengelilingi sebuah laptop. Dan satu sudut lagi dipenuhi dengan buku-buku teks tahun 3, alat-alat tulis dan beg sekolah.
Ummi : Ih ih ih...kubbang lambang. Abah sejerun, anak sejerun. Sama je....
Dengan selamba Ain menjawab : Bapak borek, anak rintikkkk.....

Hehehe Tahniah le kepada guru B Melayu SK Sering kerana keberkesanan P&P simpulan bahasa.

Thursday, February 24, 2011

Siapapun Kita, Sampai Masa Kita Akan Pulang....

Sudah hampir dua bulan sekolah dibuka. Kerja... kerja... kerja... hingga tidur malamku terganggu kerana termimpi pasal kerja. Rasanya termimpi-mimpi sebab tak reti buat kerja. Hehehe sangat sedar kelemahan diri .... Kelas tambahan dan aktiviti ko kurikulum telah dan sedang berjalan seiring, senada dan seirama. Sangat meriah lalala jadinya sekolah panji ku itu.
Persoalannya, ikhlaskah kerja-kerjaku itu? Membuahkan pahalakah kerja yang disibuk-sibukkan itu? Wallahua'lam. Mudah-mudahan segala kerja buat kita bukan sahaja memberi kesejahteraan untuk kehidupan di dunia bahkan memberi kebaikan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Amin



Monday, February 14, 2011

Misi Berjaya Menjalankan Misi

Lepas sekolah kelmarin, balik rumah kejap dan terus ke HUSM. Alhamdulillah, tak perlu pusing patlima belas kali untuk dapat petak parkir. Tak putus-putus berdoa semoga misi kali ini berjaya dan situasi begini tidak berulang.
Alhamdulillah, sangat lega sebab dengan sekali cucuk sahaja darah keluar dengan meriahnya. Terimakasih kepada misi yang berjaya menjalankan misi yang tertangguh semasa temu janji sebelum ini.

Friday, February 11, 2011

Sedapnya Cakap....

Kata-kata yang manis dan cerita yang sedap tidak semestinya betul. Lebih-lebih lagi bila melibatkan orang ketiga. Berubah nada, akan memberi maksud yang berbeza, apatah lagi bila diselit dengan beberapa perkataan penyedap bunyi dan pemanis kata. Jadi, sebaik-baiknya selidik dahulu sebarang cerita atau berita sebelum diterima dan diguna pakai.

Ingat, mengumpat memang sedap, dosanya pun berat.