Untuk pengetahuan adik kakak sekalian (macam le ramai orang baca blog ni) Air Dingin adalah satu tempat yang terletak di Tumpat, Kelantan. Iaitu tempat asal nasi air dingin yang masyhur itu. Makcik cakap masyhur sebab di KB ni, kebanyakan kedai makan dan kopitiam ada jual nasi ini. Di tepi-tepi jalan pun ada. Di tepi jalan sekitar Panji ni, rasanya 3 tempat ada jual nasi air dingin. Dan jangan tak tahu, tiap pagi nasi ini diterbangkan ke KL. Ianya dijual dengan siap berbungkus macam pic di bawah. Lauknya gulai kuning ikan tongkol atau gulai ayam dan sambal. Itu sahaja. Takde sayur, takde ulam tapi menjadi kegilaan ramai termasuklah makcik. Ok setakat ini sahaja. Makcik bukan duta nasi air dingin ye.
Untuk breakfast ye. Jangan le cari tengahari atau malam