Thursday, March 5, 2015

Alhamdulillah

3.3.2015 lepas keputusan SPM diumumkan. Dalam debaran, makcik pergi ambil result di PPD. Sehari sebelum tu, makcik dah mintak dengan Pengetua, nak gi berdua. Apa-apa hal terjadi nanti, ada kawan. Manalah tahu jika tiba-tiba "ketar lutut" tak boleh tekan pedal minyak. Sampai di sana, rupa-rupanya bukan setakat berdua, ramai juga yang bertiga. Dengan Pengetua-pengetua sekali pun ada. 
Belum pun dapat result, telefon dah kring...kring. Dah la duduk depan sekali. Tak nak angkat, nama Pengetua di skrin telepon. Angkat la jugak. "Belum dapat lagi la Pengetua, dah dapat nanti saya telefon balik" Ok. Sebenarnya dah banyak kali dia pesan sebelum tu, "dah dapat result, telefon saya"."dah dapat result, telefon saya". Hehehe makcik ingat la. Ini mesti kes tak berapa sabar. Makcik pun sama sebenarnya. Masa dalam bilik mesyuarat di PPD tu, makcik cakap, bagi la cepat...bagi la cepat. Tapi makcik cakap dalam hati je. Hehehe.  Dipendekkan cerita, dah dapat result, kami terus masuk kereta dan buka sampul yang diberi. Jeng...jeng...jeng.....  berapa??? berapa??? Wah.. lega. Alhamdulillah, meningkat dan melegakan. Terus telefon Pengetua. 
Tahniah kepada anak-anak Panji yang berjaya dengan cemerlang. Dan terima kasih kepada semua.