Friday, December 5, 2008

Amaran

Sudah beberapa kali saya terbaca amaran di bawah. Tapi setelah membacanya di Blog Kak G, baru terbuka hati untuk meletakkan di blog ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebarkan…..
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.


Wednesday, December 3, 2008

Hari Ni Panah Molek


Pagi takdi tengok mak ambo ngan worih warah kait daun pisae gallo
hak nak wat bukuh tapei.
Memey la ghayo lambat lagi tapi takut ujae lepas ni , tak pasa-pasa takleh ambik daun pisae. Tak buwwat tapei la.
Kalu sapo-sapo tak tahu, daun pisae ni kena kering baru buleh wat bukuh tapei.
Hak basah buleh jugak tapi tapei jadi masae. Tak makkae la...
Mak ambo kata, biar kecut pun daun tu drp takleh ambik lasung.
Kironyo beringat la nih, takut takleh wat tapei.

Pagi takdi jugak ore mari mesin ruput rumah ambo.
Lega... sebab ruput pendek comei habih dah .

Tengahari takdi, ambo jahit lasir sikit. Sapo seko...ambo jahhit ari nih.
Renyuk petu' pun takpe, puah hati.
Tapi tak siap pun, esok ambo sambung pulak.

Petang pulak, ambo gi patta kemasin ngan ain dan sepupu ambo.
Ajat tu nak cari air nyior tapi takdok. Ada kheppok tokol jah.
Lepas makan minum, teman ain ngan anak sepupu ambo main gelosor, ndo dae cokngik cakdong.
Kalu juppo gottuh, suko bena budak-budak, payoh la nak balik anak betuah nih.

Puko ne lebih petae takdih, ambo gi buwwa rumah mak ambo sambil buka daun palah hok nak wat tuppat.
Mak ambo ni segero sokmo kalu nak wat gapo-gapo.
Hak nih, ambo tak nurron dia. Ambo tak beghehi wat kerejo segero-segero sangat.
Bia lambat, asa dae siap.hehehe
Lepah maghrib pulak, ambo anak beranok gi rumah toktua.
Sekala ambo gi ari Jumaat tapi sebab Jumaat lepah ambo tak gi (dok kualo lupor maso tuh), kiro gati le saknih. Dok semeta rumah toktua, abe ambo hok sulung telepon nak gi rummah.
Ambo royat sebeta lagi ambo sapa kelik.
Maso ambo kelik takdih, seda molek dia anok beranok baru sapa.
Ni dia baru jah kelik.
Ambo tak ngantuk lagi.
Tu yang nullih sikit nih.
Baru royat tak ngattuk.... ngattuk dah eh.
Pahtu takpo lah deh.
Abih dah pon benda hak nk royat.
Hehehe. Saing sobat pehae ko nih??

Sunday, November 30, 2008

Rindu

Sampai di rumah petang semalam, terus pergi pasar.Rindukan dapur dan
sangat teringin nak makan masakan sendiri w pun mungkin tidak menyelerakan bagi orang lain. Dan hasilnya, selepas maghrib terhidanglah ikan kikik masak asam pedas, ikan kembung goreng, udang goreng kunyit, ulam dan budu. Hehehe Sungguh bahagia.........







Ini pula, pic yang diambil -+ pukul 1.30 petang tadi. Sangat gelap......gelap gelita!!!
Sudah banyak hari warga Kelantan di bumi Kelantan ini tidak dapat melihat matahari. Tiap-tiap hari hujan dan hujan. Seronoknya tidur hingga Ain ponteng tuisyen hari ini.




Ain : Ummi ni asyik ambil gambar je. Mesti nak masuk dlm blog.
Saya : ???? Nanti Ain jugak nak tengok.

Saturday, November 29, 2008

KL - Hari Keempat

Lepas breakfast, jalan-jalan sekejap.

Pukul 12.00 sudah bersiap untuk ke LCCT.
Sambil menunggu teksi, sempat lagi berposing di lobby hotel.

Dari LCCT sampai ke Kota Bharu segar je biji mata makcik pada hari ini.
Alhamdulillah pukul 5 lebih, kami telah selamat sampai ke rumah.
Saya tukang ngambik gambar je. Gambar sendiri?? takde...

Friday, November 28, 2008

KL - Hari Ketiga

Malam tadi Ain meminta maksunya yg kebetulan ada urusan di UKM supaya menjadi pemandu pelancong untuk sesi meronda pada hari ini.

90% perjalanan asyik kena bergayut.
Makcik tak kisah...
Jalan-jalan dan makan-makan

Antara yang menarik perhatian
Seterusnya aktiviti berendam



Thursday, November 27, 2008

KL - Hari Kedua

Ronda sampai lenguh kaki
Beli belum tentu.....
Oh Barbie......
Semuanya makcik suka

Aktiviti wajib.
Makan pagi dan makan tengahari di dua tempat yang berbeza.
Acara yang ditunggu-tunggu

Aktiviti petang tadi tergendala kerana hujan turun dengan lebatnya.
Bersambung esok



KL - Hari Pertama

Bertolak dari KB pukul 3.00 ptg
dan sampai di LCCT sebelum 4.00 petang
10 minit perjalanan makcik kecik dah lena

Menyentap tak puas tidur
.
Sambung tidur dalam teksi

Hampir 6.00 ptg check in hotel
Oh.... luas dan selesa

. Menikmati keris dan pelbagai barang antik milik En. Othman yang sangat menarik.
Terima kasih kepada En. Othman sekeluarga kerana jamuan makan malam dan layanan yang sangat istimewa.Balik bilik hampir 1.00 pagi.
Zzzzz.....

Wednesday, November 26, 2008

Jom..........


CUTI-CUTI MALAYSIA
CUTI-CUTI MALAYSIA
CUTI-CUTI MALAYSIA

Tuesday, November 25, 2008

Singgah Muzium


Selepas menyelesaikan beberapa urusan pagi tadi, kami terus ke muzium negeri kerana suami ingin berjumpa dengan seorang pegawai dari muzium negara. Kebetulan tengah berlangsung Pameran Keunggulan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi. Jadi, kami ronda sekejap.

Monday, November 24, 2008

Setakat Yang Termampu

Salah seorang saudara akan berkahwin hujung tahun nanti.
Beliau meminta jasa baik saya untuk menyiapkan kotak
dan raga untuk hantaran. Disebabkan tidak berseni
/fail dalam bahagian ini, pagi tadi saya hanya
mengambil tugas sebagai
driver untuk membeli
barang-barang untuk tujuan tersebut.
Dan pada petangnya saya hanya bertugas menghulur
gunting, gam dan benang sahaja sepanjang seorang lagi sepupu saya
menyiapkan semuanya ini. Alhamdulillah semuanya telah siap kami kerjakan.

Tak Tertelan

Uwa....tiap hari terpaksa menelan ubat-ubat ini. Jemu yang amat.
Walaupun bersaiz kecil molek tapi sangat tidak seronok untuk menelannya.
Tiap-tiap hari wei....tiap-tiap hari sejak + - setahun yang lalu!!!!
Kenapa ubat-ubat ini tidak diletakkan perisa yang sedap-sedap?
Dari dulu sampai sekarang, asal ubat je mesti pahit.
Calcium lactate,thyroxine, calcitriol
Stok untuk sebulan.
Rasanya dalam laci saya, ada lagi sebanyak ini.
Sssst.... kadang-kadang saya terponteng makan ubat-ubat ini
terutamanya semasa saya tidak perlu hadir ke sekolah seperti cuti-cuti begini.
Bila terasa lain macam saja, cepat-cepat le saya makan ubat. hehehe
Walau apa pun, dalam handbag saya sentiasa ada bekalan ini.

Sunday, November 23, 2008

Apa Nak Jadi?

Semasa sedang makan di sebuah kedai makan ( mungkin terlaris ) di bandar Kota Bharu dua tiga hari lepas, anak tuan kedai bercerita beg berisi duit jualan pada hari tersebut telah dilarikan oleh seorang pekerja kedai mereka.

Semasa membeli putu halba yang menjadi pujaan warga Kelantan di musim tengkujuh ini, makcik penjual bercerita beg yang berisi wang hasil jualan telah dilarikan/ragut oleh pembeli selepas berlaku rebut merebut dan "senjah menyenjah" antara mereka berdua.

Sudah berbulan-bulan rumah mertuaku ketiadaan talian telefon setelah beberapa kali kabelnya dipotong dan dicuri.

Manusia yang melarikan beg duit dalam kejadian pertama adalah Melayu beragama Islam.Peragut di gerai putu halba juga Melayu beragama Islam dan pencuri kabel telefon itu juga kemungkinan besarnya adalah Melayu beragama Islam.

Amat memalukan. Kenapa kejadian begini terjadi dan siapakah yang patut dipersalahkan?
Marilah kita bersama-sama menyelamatkan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan kita daripada api neraka.

Friday, November 21, 2008

Lega


AlhamdulillahSemuanya sudah selesai disemak,
ditanda dan diberi markah
Dan sekarangSaya ingin menikmati cutiiii

Thursday, November 20, 2008

Dua Dua Memikat Hati

Masih hujan
Jom kita layan
.
.
.
Pizza
VS
Tepung Manis


Wednesday, November 19, 2008

N3 Merapu

Musim hujan sudah tiba
Pagi sama gelapnya dengan tengahari
Tengahari sama gelapnya dengan petang
Nasib baik sekarang ni musim cuti sekolah
Tapi bila bercakap tentang cuti
Saya belum lagi bercuti dengan sebenar-benar cuti
Dek kerana skrip jawapan belum lagi siap bertanda
Paling lewat 3 hari lagi InsyaAllah beres ( hehehe...ye ke? )
Minggu depan terpaksa menghadiri 2 mesyuarat
23 hb mesyuarat kurikulum dan 25 hb mesyuarat panitia
Sangatlah tidak seronoknya
Dan.....
Yang seronoknya pulak
Pada 26 hb InsyaAllah saya sekeluarga akan bercuti
Keluar dari bumi Cik Siti Wan Kembang ini
Tak sabar menunggu tarikh tersebut



Siapa kenal pic berkilat kat atas? Ada rupa jelly .... Betul le... Jelly. Jangan tertipu. Sebenarnya longkang yang berisi air hujan. Masa kecik dulu pantang jumpa air dalam longkang begini. Apa lagi....berkubang cari anak ikan.
Kepada ibubapa sekalian, awasilah anak-anak anda di musim hujan begini kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang, parit, sungai dan yang seumpamanya.

Tak Layak

Saturday, November 15, 2008

Tahniah

Alhamdulillah.
Sekalung tahniah untuk Iqah
kerana berjaya mendapat 5A
dalam UPSR yang baru diumumkan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat
untuk Iqah terus mencapai kejayaan dalam peperiksaan seterusnya.

Friday, November 14, 2008

Jumaat Yang Indah

Konvokesyen & Kreativiti
Tadika Intelek Maryam 2008
Tarikh : 14 Nov 2008
Tempat : Hotel New Pacific


Macam biasa, berposing dulu sebelum keluar rumah



Pentas yang masih kosong

Make up tebal nampak...

Bersama guru-guru dan rakan-rakan 3 Green

Antara persembahan yang ditunjukkan

Teater Sejahtera Sepanjang Perjalanan

Bergambar sebelum majlis bersurai

Bersama Kak Iqah, Kak Adar dan Izzati

Tuesday, November 11, 2008

Sudah Bermula

Setelah segala susah payah ditempuh
Mengelek, memikul aneka buku
Bersengkang mata membaca, menelaah
Maka pagi tadi bermulalah peperiksaan yang ditunggu
Diiringi doa ke hadrat Illahi
Semoga kejayaan cemerlang mampu kalian miliki

Saturday, November 8, 2008

Baju Konvo

Jumaat depan (first day cuti sekolah) si kecik ini konvo. Bukan main lagi ye?
Dan boleh dikatakan setiap hari sejak akhir-akhir ini, dia asyik menceritakan perihal persiapan untuk majlis tersebut. Tapi bila ditanya: Ain buat persembahan apa pada majlis tersebut? Senang sahaja jawapan makcik ini: Surprise...mana boleh cakap!! Amboi...amboi...
Untuk majlis tersebut juga, si kecik ini menuntut dibelikan baju dan tudung yang berkerlipan. Jadi, tengahari tadi kami meronda KB untuk mencarinya. Dan inilah baju yang tanpa banyak soal dia terus berkenan.

Tak nampak pulak litlatlitlat tu. Takpe... kat luar baju ni sudah cukup mengerlip.

Friday, November 7, 2008

6 Tahun 2 Hari

Apa yang saya buat pada hari ini.
Semoga buahati yang diraikan sentiasa sihat sejahtera,
dirahmati dan diberkati yang maha esa.
mmuahh.........

Thursday, November 6, 2008

Tajuk Bebas

Semasa menulis n3 ni, saya sangat "kelegaan" kerana esok hari Jumaat.
Bermakna esok kami cutiii......
Masih seronok walaupun skrip periksa yang belum bertanda masih berbundle2.
Dan masih selamba berkali-kali menjawab : Dalam proses kepada murid-murid yang sibuk bertanya markah masing-masing.
Isnin lepas warga SMK Panji makan besar....... annual dinner di Sutera Inn.
Rabu 5 Nov birthday buahatiku Ain.
Tapi saya tak sempat nak buat apa2 pada hari tersebut kerana jam 3.00-5.00 petang ada kelas tambahan.
Malamnya cadang nak keluar makan di restoran kegemaran tapi tak kesampaian kerana full house.

Lepas waktu sekolah tengahari tadi ada meeting akhir tahun.
Dan bermula 6.30 petang tadi ada majlis solat hajat dan izin ilmu untuk murid-murid SPM.
Nasib kurang baik, masa balik dari sekolah sekejap tadi hujan turun le pulak....
Tapi Alhamdulillah sebelum 9.30 malam saya telah selamat sampai ke rumah.
Jadi, hari ini juga saya masih menangguhkan sesuatu yang telah saya janjikan untuk Ain. Sorry.... InsyaAllah petang esok .



Murid-muris SPM bersalaman dengan ibubapa dan guru pada majlis izin ilmu sekejap tadi. Uwaa... hujan di dalam sama lebatnya dengan hujan di luar. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita.

Monday, November 3, 2008

Alhamdulillah

Masa berasap, terasa nak beraksi seperti pic di bawah.
Tapi .....
Alhamdulillah saya masih waras


Saturday, November 1, 2008

Laporan Ringkas

Lama tak update blog
Banyak cerita menarik dan tak menarik yang tidak berjaya dikongsi di sini.
Tiga empat hari lepas, sekali lagi saya menjadi guru tak bertauliah
mengajar kawan yang ingin memiliki blog. Alhamdulillah walaupun mengajar melalui telefon, nampaknya n3 di blog berusia tiga empat hari milik kawan saya itu boleh tahan meriahnya.
Semalam, seawal 8.10 pagi, saya suami isteri telah terpacak di tadika Intelek Maryam kerana jemputan ke majlis Hari Laporan Prestasi si Ain. Menurut cikgu kelasnya, Ain telah bersedia untuk memulakan pembelajaran di Tahun 1 pada tahun hadapan.
Hari ini bermula 8.00 pagi, semua tenaga pengajar SMK Panji diwajibkan menghadiri sesi Perkembangan Staff di PSPN. Sebenarnya, sahabat saya si tuan blog baru itu ingin belanja saya makan di Renaissance tengahari tadi. Memang saya sudi, tapi saya tak sempat nak berkejar ke sana. Jadi, keenakan menikmati makanan tengahari di Renaissance tengahari tadi terpaksa dilupakan begitu sahaja. Uwaa...
Malam ini pula bermula 8.00 - 10.00 mlm saya dijadualkan mengajar sekelas murid-murid ting 5 sekolahku yang tercinta itu. Harap-harap malam ini tak hujan sebab saya sangat bermasalah sekiranya terpaksa memandu di waktu hujan terutamanya pada waktu malam.