Sunday, January 31, 2010

Dari Bachok ke Manjung

Alkisahnya pagi Jumaat lepas, saya bertiga beradik bersama kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara berkonvoi tiga buah kereta ke Manjung, Perak Darul Ridhuan. Tujuannya adalah untuk ke rumah bapa saudara yang akan mengadakan beberapa sesi kenduri bermula Jumaat hingga Ahad.

Tengaharinya singgah solat Jumaat di Parit.
Di tepi Sungai Perak yang penuh nostalgia.

Pada petangnya majlis pertunangan Syikin.
Tahniah untuk bakal Dr kita. Semoga semua impian menjadi kenyataan.


Malamnya pula, diadakan majlis tahlil dan pada hari Sabtu "belarak" ke rumah pihak perempuan. Lupa nak cakap, Fendi, abang kepada Shikin kahwin pada pagi Jumaat dan kenduri di rumah pihak perempuan diadakan pada hari Sabtu.

Sabtu - Sambil menunggu ahli rombongan yang belum tiba, kami sempat berposing dengan pengantin lelaki berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
wajah-wajah kesayangan hamba

Kami hanya sempat melihat pengantin di meja makan beradab je. Tak sempat nak melihat mereka bersanding kerana nak balik cepat.Almaklumlah perjalanannya masih jauh. (nak balik kelate pulak wei)

Kenduri menyambut menantu di rumah bapa saudara pula akan diadakan pada hari Ahad. Tak sempat le kita nak turut sama memeriahkannya....sebab Ahad kan kerja. Walau apa pun, Selamat pengantin baru untuk Fendi dan Syafrina. Balik dari Timur Leste nanti, boleh le bawa Shy kenal-kenal saudara mara di Kelantan.


Dalam perjalanan balik dari Manjung, beberapa kali kami singgah makan dan minum. Rombongan kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Pagi Ahadnya, terlalu malas (baca letih ye) untuk ke sekolah. Namun, tetap ku gagahi jua. Hehehe

Atie, rugi le awak tak ikut rombongan ni......
kredit utk azhan krn c su ambik 3 keping gambar dari facebook awk.

Sunday, January 24, 2010

OK...Saya Dah Update

Sangat malas nak update blog. Mengaku je....senang cerita. Hehehe
Petang Jumaat lepas, pergi sekolah untuk siapkan pentas. Kami bertiga dengan bantuan pengawas. Sabtu sekolah ganti sebab nak cuti lebih masa Tahun Baru Cina nanti. Patutnya petang Sabtu pun kena pergi sekolah lagi sebab ada aktiviti ko kurikulum tapi saya terlupa. Tak tipu, betul-betul terlupa. Hari ni Ahad, sekolah seperti biasa. Tapi hari ni agak istimewa sikit sebab Badan Pengawas meraikan guru-guru yang birthdaynya bulan Januari termasuklah saya. Mereka bagi sebiji kek semasa perhimpunan mingguan pagi tadi. Kongsi ramai-ramai....dapat le sepotong sorang. Dapat kad juga seorang satu. Terimakasih banyak-banyak untuk Badan Pengawas yang prihatin. Bila masuk ke kelas, ramai jugak Anak murid yg ucap Happy Birtday. T kasih.
Pic ni diambil pagi-pagi dina Sabtu lepas. Sebab tu le gelap gelita.(padahal guna henset cap ayam)

Selesai....

Thursday, January 14, 2010

Syukur

Pagi tadi, solat hajat kubra di dewan SMK Panji. Kemudian diikuti dengan ceramah Maal Hijrah yang sangat best. Sangat menyentuh hati, yang disulami dengan cerita-cerita kelakar tapi berisi. Lepas sekolah, meeting Unit Disiplin. Petangnya rehat..... rehat yang terbaik ialah tidur. Malam, keluar makan-makan. Kemudian ke KB Mall kerana Ain ada pakatan sulit dengan abahnya. Saya tidak dibenarkan sama sekali untuk mengikut kemana mereka pergi.Hehee.... terpaksalah saya jalan sorang-sorang kat KB Mall sekejap tadi.
Dan inilah yang dipilih oleh Ain dan dibayar oleh abahnya untuk saya. Sebelum tu, Ain ada tanya, ummi nak apa. Saya cakap nak kasih sayang. Dia gelak, saya pun gelak sama. Esok my birthday!!! Nampaknya umur makcik bertambah lagi setahun. Dah tua tapi rasa macam muda je. Iringan doa seiring dengan pertambahan usia semoga saya sekeluarga berkekalan di dalam kebahagiaan, ditetapkan iman, sentiasa didalam kerahmatan dan keberkatanNya. Amin.

Monday, January 11, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 5 )

Yang bergelimpangan ini saudara kita.
Pic ini diambil di luar pagar Hasjidil Haram semasa saya keluar untuk solat Subuh. Semasa baru sampai di bumi Mekah ini, hanya terdapat dua tiga orang sahaja yang tidur di sini. Kemudian, semakin hari semakin ramai hinggalah penuh kawasan ini. Terdapat juga ibubapa yang membawa anak-anak kecil yang hanya tidur di atas batu-batu kecil atau simen semata-mata tanpa tikar apatah lagi tilam. Berdasarkan beg-beg yang agak besar bersama mereka, rasanya kemungkinan besar mereka berkampung di luar masjid ini tanpa menyewa bilik/hotel. Dalam usaha mencari redha Illahi, saudara-saudara kita ini sanggup bersusah payah dan sangatlah gigih. Kita?


Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 4 )

Madinah dalam kenangan.
My hero yang rupanya tak tahan sejuk. Wow...makcik dgn handbag merah. Juga sewaktu berada di Madinah.

Pic ini diambil di hadapan deretan kedai semasa berada di Mekah. Bersama merpati yang sangat banyak. Jinak-jinak merpati, bila kita rapat dia lari. Nampak sikit le pulak...


Sunday, January 10, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 3 )

Pengenalan Diri.
Ada yang pakai bunga, ada yang pakai riben. Ada yang melilit kepala dengan kain yang bermacam warna. Saya sempat mengambil gambar jemaah yang memakai kain berwarna untuk memudahkan mereka mengenali kumpulan masing-masing. Semuanya jemaah dari Indonesia.




Friday, January 8, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi (11)

Sesungguhnya Allah telah mengukuhkan Mekah sebagai tanah haram yang dihormati sejak langit dan bumi diciptakan. Disana ada kaabah tempat ibadah kepada Allah yang pertama di muka bumi.

Sepanjang berada di sana, rombongan Ash-Har Travel (saya ke Mekah dgn Ash-Har Travel)telah dibawa melawat banyak tempat. Antaranya:

Jabal Thur - Di bukit inilah terletaknya gua thur, tempat Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan berhijrah ke Madinah.

Jabal Rahmah - Terletak di Arafah dan dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga. Ramai orang berdoa minta jodoh di sini.

Dalam perjalanan, kami melewati Jabal Nur yang terletaknya gua Hirak. Sebuah gua yang bersejarah kerana disinilah Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Kami tidak berhenti di sini dan pic ini diambil dari dalam bas.


Di kebanyakan tempat yang biasanya dikunjungi oleh para jemaah haji & umrah akan ada unta berhias yang sedia untuk ditunggangi.

Di ladang unta yang terletak di tengah padang pasir yang kering kontang. Aikk....tak nampak pun unta. Tapi, first time merasa susu unta.... Sangatlah sedap.


Besarnya pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad saw terhadap umat Islam...terhadap kita semua.

Monday, January 4, 2010

Cuti Dah Habisss

Sekarang ni, sibukkk kononnya... sehingga buku rekod mengajar (buku gemuk le) belum bersentuh. Tak dapat le makcik nak hantar khamis ni. Tahun ni tugas utama selain mengajar masih sama seperti tahun lepas. Yang melegakan, th ni saya bukan lagi ketua rumah sukan. Suka.....

Alhamdulillah batuk dah hilang. Gatal-gatal pun dah hilang. Yang sedikit menjadi masalah, masih sukar untuk lena pada waktu malam. InsyaAllah dua tiga hari lagi akan OK hendaknya.

Rumah kuning masih lagi gagal dikemaskan sepenuhnya. Pun begitu, ada juga perkara yang menyeronokkan makcik. Dengan kerjasama kami tiga beranak, dua buah bilik di rumah kuning yang menjadi stor sebelum ini sudah kembali menjadi bilik tidur.

Ain sudah dua hari naik darjah dua. Alhamdulillah seperti biasa tiada masalah untuk bangun pagi.Cuma masih perlu dipantau dalam bab solat fardhu. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan. Amin.

Tuesday, December 29, 2009

Perjalanan Mencari Redha Illahi (1)

Segala-galanya sangat menakjubkan.


Tersergam Masjidil Haram. Pic diambil dari depan hotel Firdaus Al Ghazzah.


Teguh, gah....


Dari dalam masjid. Penuh dengan tetamu Allah.


Tempat saie di tingkat dua. Tempat saie ni bersambung dgn masjid dan biasanya akan penuh ketika solat fardhu


Dataran terbuka yg berhadapan dgn tempat tawaf d tingkat atas.


Dalam kawasan masjid di tingkat satu.

Dalam khemah di Arafah. Walaupun waktu wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah (masuk zuhur) hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, tapi kerana bimbangkan kesesakan jalanraya, para jemaah telah dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah. Dan pada 8 Zulhijjah lepas, hujan turun dengan agak lebat yg menyebabkan tilam-tilam dalam khemah di Arafah basah kuyup. Manusia merancang, Allah yang tentukan. Alhamdulillah para jemaah dapat bermalam dengan selesa....sejuk. Arafah dipenuhi dgn doa dan rintihan yg bersahut-sahutan. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah. Selepas maghrib 9 Zulhijjah kami berangkat pula ke Muzdalifah.

Keadaan di Muzdalifah. Ada yang berehat dan ada yang menguis-nguis tanah mengutip batu. Alhamdulillah bas kami lewat yang membolehkan kami bermabit penuh di Muzdalifah. Kami berangkat ke Mina selepas solat Subuh 10 Zulhijjah. Walaupun hanya bertikar hadiah TM dan berbumbungkan langit, tetapi saya dapat tidur lena dan sedap di Muzdalifah.
Dalam khemah di Mina. Aktiviti makan, minum, solat, tazkirah semuanya di dalam khemah ini. Berbeza dgn Arafah, di sini ada aircond. Tempat melontar lebih kurang 3 km dari khemah ini. Jemaah yang nafar awal keluar dari Mina (balik ke Mekah)sebelum maghrib 12 Zulhijjah sementara yang nafar thani balik ke Mekah pada 13 Zulhijjah. Sampai saja di Mekah, tanpa berlengah lagi saya & suami bersiap-siap dan terus ke masjid untuk tawaf dan saie. Alhamdulillah semuanya dapat kami lakukan sebagaimana yang dirancang. Selesai tawaf & saie, bermakna semua rukun dan wajib haji telah selesai kami kerjakan. Iringan doa dipanjatkan kehadrat Allah semoga kami mendapat haji yang mabrur.

Bumi Madinah. Masjid Nabi dari kejauhan......


Di luar masjid. Terdapat banyak tiang yang sebenarnya dapat dibuka menjadi payung besar. Cantik...


Payung yang telah dibuka.

Keadaan dalam masjid. Pemeriksaan di pintu masuk masjid sangat ketat dan sebarang kamera memang tidak dibenarkan dibawa masuk. Hari terakhir sebelum meninggalkan bumi Madinah ini, saya memberanikan diri mengambil pic ini. Itupun saya memegang handphone di atas riba. Inilah seadanya. Keadaan sebenar dari tiang hingga ke bumbung sangatlah menakjubkan.
Toriq....toriq....
Ibu....ibu....depan ibu...... Terngiang-ngiang di telinga.
InsyaAllah dgn izinNya kami akan datang lagi.

Tuesday, December 22, 2009

Andai Diberi Pilihan

sesungguhnya saya akan terus berada di bumi Madinah ini sebulan atau dua bulan lagi. segalanya cukup indah.

salam untuk semua

Thursday, November 5, 2009

Bagai Mimpi

InsyaAllah semoga rindu ini akan terubat. Saya dan suami akan menjadi antara tetamuNya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya kami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Selasa 10 Nov ini. Semoga mendapat haji yg mabrur. Kepada sahabat-sahabat di sidebar dan semua pengunjung blog ini, pohon maaf di atas segala kesalahan atau kekasaran bahasa di n3 rumah kuning atau cikgu panji sebelum ini.


Dengan tak disangka-sangka dapat cuti hari Ahad ni. Razeki untuk warga Kelantan. Jadi, hari ni last day pergi sekolah sebelum berangkat.

Monday, November 2, 2009

Siapa Tahu Maksudnya?

Suatu petang, dalam perjalanan ke Kota Bharu.
Ain : Ummi, Ain dah pandai buat kek coklat. Senang je....Mula-mula ambil satu mangkuk besar, masukkan gandum.....bla...bla...bla.... lepas tu curahkan coklat di atas kek hingga "neccer"
Ummi & Abah : "Neccer???? Gelak sampai berair mata.


Banyaknya kerjaaaaa.

Wednesday, October 28, 2009

Apa Yang Saya Jumpa

Bapa saudara dan mak saudara serta anak-anak. Kat rumah mereka le tempat saya lepak masa mengajar di Perak dulu, terutamanya masa belum kahwin. Makmuda, sorry ye. Saya curi pic ni dari facebook makmuda. Halal la ye.
Sepupu-sepupuku yang hensem & manis. hehehe. Kurang sorang. Fairuz takde.

Friday, October 23, 2009

Asyik Tak Jadi

Selepas sekolah Selasa lepas, saya memborong macam-macam jenis buah sebab dah janji untuk membawa rojak buah ke sekolah pada hari Rabu. Kawan nak buat jamuan di biliknya. Jadi, saya tumpang sekaki. Sebelum Isyak, saya telah menyiapkan apa yang perlu dari memasak , menggoreng kacang, mengupas mempelam, nanas, limau bali, betik dan sebagainya. Dah siap semua, simpan dalam peti ais untuk dipotong awal pagi Rabu. Sebelum naik ke atas, semestinya saya mencari buah hati si handphone saya. Ada mesej. "Jamuan esok tak jadi. Tunda minggu depan".

Hari Rabu, seorang kawan tel suami. Mereka sekeluarga nak datang ke rumah pada petang atau malam Khamis. Balik sekolah petang Khamis, saya singgah di kedai. Beli bahan-bahan dan lauk untuk masak mee kari. Sebelum asar, mee kari dah siap. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Ain yang excited tunggu ( yang nak datang tu ada kawannya ) pun sampai terlena.
Sebelum jam 9 mlm, suami hantar sms dan dia reply : "Tak jadi datang"

Kelmarinnya pulak, kawan dari SMK Dato' Ahmad Maher call memaklumkan geng-geng dari SMKDAM akan datang ke rumah pagi Jumaat.Pagi tadi le. Cadang nak jamu laksa tapi suami cakap nanti diorang tak jadi datang macam malam tadi. Jadi, saya beli kuih je. Kalau tak jadi, tak le terkilan sangat. Pukul 11 lebih, kawan tersebut tel memaklumkan mereka tak jadi datang pagi tadi. Katanya, mereka akan datang selepas solat Jumaat. Entah jadi, entah tidak. Yang pasti, saya tak jadi pergi tempat sepupu bertunang kerana menunggu kawan yang nak datang pagi tadi.

sedikit kesal di sini

Thursday, October 22, 2009

Selagi Hidup

Kebelakangan ini agak banyak kerja yang perlu diselesaikan. Nasib baik tahun ni saya banyak mengajar ting 3. Jadi bila dah habis periksa ni, agak lega sikit. Dan bolehlah saya bersengkang mata menyiapkan macam=macam kerja SU SPM sebagai persediaan periksa yang akan bermula 18 Nov nanti.. InsyaAllah seboleh mungkin sepeninggalan saya nanti, ianya tidak akan menyusahkan sahabat di unit periksa dan warga Panji keseluruhannya. Sedaya mungkin saya akan membuat yang terbaik. Namun, sekiranya ada kekurangan dan kecacatan dimana-mana, terlebih dahulu saya memohon berbanyak-banyak maaf.(ramai cikgu smk panji baca blog ni kan?)

Urusan peribadi pula, Alhamdulillah banyak perkara yang telah dibereskan . Cuma ada satu dua benda yang akan disettlekan dalam sehari dua ini. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Syukur.

Sunday, October 18, 2009

Ada Ketikanya

Sindrom apakah yang melanda? Tulis.....delete. Tulis lagi, delete lagi. Eeeeeee...... Gambar di bawah tiada kena mengena dengan sindrom yang sedang melanda. Sedapppp......

Friday, October 9, 2009

Makin mengancam

8.30 pagi turun bawah
Buka peti ais
Keluarkan ketupat raya
Masukkan dlm microwave 3 minit
Bancuh teh
Siap.
Hehehe

Kembara Kita

Cari lah keredhaanNya
Dengan memperbanyakkan bekalan
Untuk kehidupan yang sejahtera
Di destinasi sebenar.


Putik muda begini pun boleh gugur pada bila-bila masa bila dikehendakiNya.

Sunday, October 4, 2009

Setelah 3 Tahun

Selepas belajar ting 1, ting 2 dan ting 3, maka hari ini bermulalah perjuangan sebenar bagi murid-murid PMR seluruh Malaysia. Mana-mana "hero tak gadduh" bolehlah tunjuk hari ini dan sepanjang peperiksaan ini berjalan. Opss...mesti tunjukkan tanpa ada sebarang alasan. Biar semua orang terkejut bila keputusan diumumkan hujung tahun nanti. Kepada semua calon PMR terutamanya calon-calon SMK Panji, buat yang terbaik dan semoga kejayaan cemerlang mengiringi anda semua.


Jom....kerabu mangga. hehehe



Saturday, October 3, 2009

Raya Lagi


Petang tadi
Saya hidangkan ini

Untuk mereka ini
Terimakasih kerana sudi singgah