Sunday, September 30, 2007

Mewahnya Bumi Malaysia

Petang semalam aku keluar ke KB. Dalam kesesakan jalanraya yang pada tahap membosankan, sampai le jugak aku sekeluarga ke KB Mall. Orang berpusu-pusu memilih dan membeli. Hajat di hati, nak beli baju raya untuk si Ain tapi disebabkan ramainya orang, aku tak reti nak memilih dan membeli. Bak kata suamiku, gelewa' sangat, beli lain kali je lah. Dalam berjalan-jalan tu, sempat jugak le aku beli buah kurma untuk berbuka. Macam-macam jenis ada, yang bersaiz kecil, besar, bulat, panjang, merah, kuning, keras, lembik, semua ada... Maklumle pokoknya pun ada di situ. Tengokle... Mewahnya penduduk Malaysia, sampaikan pokok kurma pun boleh tumbuh dengan subur.(ops, pokok plastik)
Keluar dari KB Mall, kami ke pasar Ramadhan kat stadium. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Kesian para penjual, bukan sebab makanan tak laku tapi kasihan kerana masing-masing terpaksa berpaut pada besi khemah dek ribuk yang kuat. Kami memerhati je dari dalam kereta, takut nak keluar. Bila ribut dah reda, kami pun meredah hujan untuk sampai ke khemah jualan. Ramai yang buat macam tu, so no hal le... Si Ain pula bukan main seronok lagi main air. Dalam hujan macam tu pun, orang berpusu-pusu jugak. Dengan kata lain, pasar Ramadhan tetap meriah w/pun dalam hujan ribut......
Dalam perjalanan balik, deretan gerai yang menjual kuih muih dan lauk pauk di Cabang 4 Cherang, JPJ Panji, Kedai Lalat dan lain-lain semuanya berjalan seperti biasa. Mewahnya bumi kita dengan bermacam-macam jenis makanan dan minuman.
Di Kelantan sekarang ni, masih lagi dibanjiri dengan buah-buahan terutamanya dokong dan duku. Tahun ni dokong dan duku memang menjadi, tapi ramai yang merungut tak laku dijual. Harga di pasar Rm1/1 kilo. Jadi berapa sen orang kampung jual kepada pemborong? Sudahnya ramai yang membiarkan dokong gugur je tanpa dipetik.
Masa aku balik dari pasar Ramadhan semalam, ada duku satu plastik depan pintu ( orang bagi le tu ) dan lebih kurang setengah jam lepas tu, sepupuku hantar pula dokong. Mewah...mewah... yang acap kali menyebabkan berlaku pembaziran. Banyaknya dokong menyebabkan pemiliknya tak tahu nak bagi pada siapa dan nak jual kat mana. Eh, kenapa tak jual luar dari Kelantan. Negeri-negeri lain musim dokong n duku jugak ke sekarang ni?
Walau apa pun, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt.

Saturday, September 29, 2007

Orang Yang Bijak

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak ialah orang yang boleh menguasai diri dan beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak hawa nafsu dan banyak berangan-angan kepada Allah".
Menguasai diri dan beramal untuk kehidupan sesudah mati ialah dengan melaksanakan segala amalan yang mendapat keredhaan Allah, yang memungkinkan pahala amalan itu terus mengalir kepadanya sesudah mati. Dengan itu, orang yang bijak akan mengatur masa hidupnya dengan mengerjakan amalan yang sentiasa mengalir pahala kepadanya secara terus menerus.
Sayugia diingatkan bahawa segala nikmat di dunia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Justeru itu, mereka yang berakal dan bijak sahaja yang dapat memandang jauh ke hadapan dan tidak terpedaya dengan nikmat sementara yang ada di dunia ini. Mereka sedar bahawa di akhirat kelak, tiada siapa yang boleh memberi pertolongan kecuali amalan yang telah disiap sediakan semasa di dunia.
Sementara itu, orang yang lemah ialah orang yang masih belum sempurna iman dan akal fikirannya di bawah kekuasaan hawa nafsu. Mereka sengaja melupakan bahawa kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Berangan-angan kepada Allah pula bererti pandai berdoa dan bermohon tetapi tidak mahu beramal dan bekerja untuk dunia dan akhirat. Mereka termasuk ke dalam golongan yang pemalas, lemah dan menipu diri sendiri. Golongan pemalas dan suka berangan-angan ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri bahkan merosakkan kemajuan masyarakat dan kemuliaan agama Islam.
Kesimpulannya, sebagai seorang yag berakal dan bijak, kita hendaklah menguasai diri dan berusaha untuk kehidupan di dunia tanpa mengabaikan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Kita juga mesti ingat bahawa angan-angan tanpa usaha adalah sia-sia dan orang yang lemah ialah orang yang tunduk di bawah kekuasaan hawa nafsu. Wallahu A'lam.

Friday, September 28, 2007

Malu

Malu adalah satu perasaan yang wujud dalam jiwa seseorang yang mendesaknya supaya menghindarkan diri dari segala perbuatan yang keji dan melakukan segala perbuatan yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar akan nilai diri, yang percaya kepada pengawasan Ilahi atas gerakgeri dan lintasan hati, yang menyebabkan diri terpelihara zahir dan batin dari segala perbuatan dan unsur-unsur yang membawa kepada kemurkaan Ilahi.
Malu seperti ini dikatakan malu kepada Allah, sedangkan orang yang malu kepada manusia akan bersikap malu sewaktu berada bersama-sama manusia dan malunya akan hilang ketika tiadanya manusia. Malah, ada kalanya malu seolah-olah tidak ada lagi dalam diri yang menyebabkan tutur kata, tingkahlaku dan segalanya menyakitkan hati.
Sepatutnya, Seorang hamba hendaklah malu untuk meninggalkan kewajiban terhadap Allah atau melakukan laranganNya. Seorang anak hendaklah malu sekiranya tidak menghormati ibu bapa dan seorang pelajar sepatutnya malu untuk berlaku biadap terhadap guru. Namun, pada hari ini tidak terbilang hamba yang mengaku Islam tetapi hilang malu terhadap penciptanya. Terlalu ramai anak yang mendurhaka kepada kedua ibu bapa. Malah tidak kurang juga para pelajar yang tidak beradab terhadap gurunya. Mereka kelihatan meronta-ronta untuk kembali ke zaman Jahiliah setelah dibebas dan diangkat ke martabat yang tinggi oleh baginda Rasulullah saw.
Ingatlah, malu dan iman itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Apabila tercabut salah satu darinya, maka akan tercabutlah yang satu lagi. Dan, walau siapa pun kita, kehidupan ini akan disusuli dengan kematian. Jadi, kemanakah arah tuju kita?? Sama-samalah kita renungkan.

Kategori Pembaca Al Quran ( Dalam 24 jam )

Muqatarin ( Jutawan ) -- Membaca 300 – 1000 ayat
Faizin ( Berjaya ) -- Membaca 200 – 299 ayat
Qanitin ( Setia ) -- Membaca 100 – 199 ayat
Hafizin ( Pemelihara ) -- Membaca 50 – 99 ayat
Zakirin ( Ingat ) -- Membaca 1 -- 49 ayat
Ghafilin ( Lalai/Leka ) -- Membaca 0 -- 9 ayat
*************
Sahabatku,
Tanamlah pohon taqwa
Di ladang subur Ramadhan
Biar pohon tersebut
Bertunjang iman
Membuah rindu pada Ilahi...

Thursday, September 20, 2007

Alahai... Collek

Biasanya setiap kali cuti, keseronokanku mengalahkan budak-budak sekolah. Tapi kali ini dua hari cuti / mc yang diberikan doktor membuatkan aku bosan. Apa taknya, cutiku kali ini tidak memungkinkan aku pergi ke mana-mana. Jauh sekali untuk ke pasaraya atau pasar ramadhan yang sudah tentu amat meriah. Nak tahu kenapa... kakiku sakit, bengkak tanpa diketahui sebabnya. Boleh berjalan tapi sakit dan "kekcok". Jadi, aku memerap je di rumah.
Pagi tadi, untuk menghilangkan bosan, aku telah memasak satu resepi special... collek. Kami akan makan selepas sembahyang tarawih nanti. Nak tengok? Mesti ada yang terliur... best!!!

Wednesday, September 19, 2007

Hati Anda, Hati Saya, Hati Kita

Hati merupakan medan pertembungan diantara seruan suci malaikat dan godaan syaitan durjana.Apabila manusia telah akur dengan kempen syaitan maka tewaslah kebenaran. Tetapi jika manusia mempunyai hati yang teguh maka kebatilan syaitan dapat ditangkis. Seterusnya cahaya kebenaran akan mengisi ruang kosong di dalam hati. Perebutan ini akan berterusan selagi manusia bernyawa.
.
Maksud sabda Rasulullah:
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada muka dan badan kamu
tetapi Dia hanya memandang hati kamu.
*
Abdullah b. Abbas pernah berkata :
Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah,
cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki,
kekuatan badan dan perasaan cinta di hati.
Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman di wajah,
kegelapan hati, kelemahan badan,
kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia.
*
Ingat,
Segala tingkah laku dan percakapan merupakan terjemahan hati kita

Monday, September 17, 2007

Zamrud 6.4 karat




Bestnye.. hari ni aku dapat cincin baru. Cincin raya la ni.
Terima kasih daun keladi, lain kali gelang dan rantai sekali.



Thursday, September 13, 2007

Kad Raya


Keistimewaan kad ini menyebabkan aku masih menyimpannya hingga ke hari ini. Sampulnya bersetem Sabah bertarikh 19 April 1989. Kepada penghantar/penulis kad ini, terima kasih sekali lagi selepas terima kasihku 18 tahun lalu.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Untuk
Kedua ibubapaku, ibubapa mertua, suamiku,anakandaku Ain, abang-abangku, kakak-kakak ipar, adik-adik ipar, anak-anak saudaraku Hafiz & Ati, Hafzan, Faiz, Nor, Ajit, Herry & Ika, Rini, Azhan, Azfan, Ikah, sepupu-sepupuku, seluruh sanak saudara, bekas guru-guruku, anak-anak murid,kawan-kawan dan seluruh
muslimin dan muslimat.
Ingatlah,
Muslim sejati akan menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh keghairahan, rindu untuk mengerjakan ibadat puasa dan bercita-cita untuk memenuhi setiap detik Ramadhan dengan pengisian yang bukan sahaja perkara wajib, malah pelbagai perkara sunat yang lain.

Jadual kerjaku berubah

Bermula Isnin 10 September lepas, jadual kerjaku berubah dari 12.30 tengahari hingga 6.30 petang kepada 7.30 pagi hingga 2.00 ptg. Susah juga untuk menyesuaikan diri dengan jadual yang baru. Sebelum ini, suasana pagiku agak tenang kerana pada waktu pagi aku hanya akan menyiapkan si Ain dan akan menghantarnya ke tadika pada jam 8.00 pagi. Selepas itu aku akan memasak ( kalau rajin ) dan membuat kerja-kerja rumah. Seterusnya aku mesti berada di tadika Intelek Maryam jam 11.30 untuk menjemput Ain pulang. Biasanya aku akan ke sekolah pada jam 12.00 tengahari.
Hari ini merupakan hari ketiga aku memulakan tugas dengan jadual baru dan para pelajar baru. Jadual baruku?? Empat kelas peperiksaan dan dua kelas ting empat. Fullamak... betul-betul mencabar kerana SPM sudak terlalu hampir. Aku pulak sudah lama meninggalkan silibus SPM. Maka terkial-kiallah aku mencari nota-nota lama, mengingati nama-nama pelajarku yang baru dan menanya sana sini mana-mana yang "terconfuse" / yang kurang pasti. Hehehe ...kesiannye aku.

Setakat hari ini si Ainku masih terkawal walaupun acapkali meminta/ menggesa untuk balik awal seperti dulu. Katanya lama sangat duduk di sekolah. Ya jugak, dari pukul 7 lebih hingga pukul 2 lebih. Tak apalah, lama duduk di sekolah, belajar banyak sikit. Mudah-mudahan dia faham.

Selepas waktu kerja, aku akan ambil Ain di Intelek Maryam dan terus balik. Biasanya bila masuk rumah je, Ain akan mengadap TV sambil menghisap susu botol yang amat dirinduinya kerana telah beberapa jam ditinggalkan. Aku pula akan masak nasi dan membuat kerja-kerja rumah yang sebelum ini aku bereskan pada waktu pagi. Pada setiap malam aku akan pastikan Ain dan aku juga tidur awal sebab esok kami terpaksa bangun awal pagi. (Abahnye takpe, dia biasa tidur lewat ).


Ain sedang menikmati susu botol
Walau apa pun, selepas dicampur, ditolak, didarab, aku rasa minggu ni lama sangat la. Kenapa ya?

Friday, September 7, 2007

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat merupakan pagi aku dan keluarga berehat-rehat. Biasanya setelah jam menunjukkan angka 8.30 atau 9.00 pagi barulah aku 'bertiga beranak' akan ke pasar untuk membeli ikan, sayur dan sebagainya. Setelah balik dari pasar, maka bermulalah episod memasak, mengemas, membasuh dan seumpamanya yang seakan-akan tak cukup tangan.


Begitulah juga rutin ku pada pagi tadi. Setelah balik dari pasar, aku terus menyiang ikan, udang dan sebagainya sebelum disimpan di dalam peti sejuk sebagai bekalan untuk tiga atau empat hari. Selepas tu, aku mula memasak sambil menyapu dan mengelap ruangan dapurku yang kecil molek itu. Bila semua lauk dan kawan-kawannya sudah masak, teringin pula aku nak masak air gula yang rasanya sudah seminggu kekeringan di dalam peti sejuk. Biasanya air gula campur pandan jarang kehabisan. Bukan apa, senang bila nak bancuh air. Jadi, tanpa melengah masa, aku pun keluar ke belakang rumah, ambil daun pandan, seterusnya masukkan sekilo gula, masukkan air dan terus masakkan gula tersebut. Sambil menunggu air gulaku mendidih, aku memanfaatkan masa dengan menyapu rumah. Bila dah siap menyapu di dalam rumah, aku keluar pulak menyapu di luar rumah. Berpeluh-peluh dibuatnya.... Bila semua dah beres, lega rasanya. Kerja dah siap, teringin pulak nak makan buah dokong, aku pun pergi petik dokong di tepi rumah abangku. Sambil makan dokong, nampak pulak rambutan, ambil dua tiga biji kemudian balik rumah.


Yess...Tiba masa untuk bersantai... Aku duduk ruang tamu sambil baca surat khabar lama yang kebetulan ada di bawah meja. Sebenarnya kami dah lama tak beli surat khabar, baca kat internet je. Tiba-tiba, suamiku ( masa tu dia dok tingkat atas ) memanggil dengan kuat sekali... apahal pulak, orang tengah bersedap-sedap kat bawah .. Rupa-rupanya dia tanya, bau apa yang kuat menusuk hidung??? Aku pun bagai terkena "karan" letrik terus melompat ke dapur. MasyaAllah .... Asap berkepul-kepul, secepat kilat aku membuka semua tingkap dan pintu di ruangan dapur. Nak tahu apa yang telah berlaku? Lihatlah resepi terakhirku pada pagi Jumaat ni... Air Gula Pandanku Yang Hangus!!

Saturday, September 1, 2007

Pantai Irama Bachok




Hari ni singgah Pantai Irama kejap. Nampaknya tahap kebersihan dah bertambah baik jika nak dibandingkan dengan beberapa ketika dulu. Terimakasih Majlis Daerah Bachok.

Wednesday, August 29, 2007

Semerbak Harum


Ada sesiapa yang teringin nak mandi bunga? Di kawasan rumah saya ni ada bermacam-macam pokok bunga yang berbau wangi. Tapi sekarang ni musim hujan, jadi bunga tidak tahan lama. Antara bunga yang sempat saya rakam pagi tadi :



Melati pucuk putih


Cempaka Putih







Bunga Cina



Bunga Melur


Melati


Bunga Kenanga


Kemuning

Semoga kita sentiasa menjadi bunga yang mengharumkan orang-orang sekeliling kita.



Cucuku Yang Kedua


Cucuku yang kedua ( cucu saudara le.. ),
Mohd Akil Hafizuddin b. Mohd Azhuzairi
Umur : 2 bulan

Tuesday, August 28, 2007

Allah yang menentukan segalanya

Buah hatiku

Ada ketikanya tatkala aku bersendirian,tersingkap kembali kenangan suka duka semasa usiaku masih kanak-kanak, dan seterusnya remaja. Betapa jauhnya perbezaan dunia kanak-kanak dan remaja seangkatanku jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Berbekalkan wang saku sekecil 20 sen, aku setia menghabiskan enam tahun pembelajaran di sekolah rendah tanpa mengenal erti ponteng. Seterusnya dengan berhujan dan berpanas, aku menyambung pembelajaran di sekolah menengah. Masih terbayang penat jerih aku dan rakan-rakan mengayuh basikal saban hari di jalan yang berdebu merah ketika bercuaca panas dan berselut likat ketika turunnya hujan. Namun itu semua tidak melemahkan semangatku untuk terus belajar mencari ilmu. Segalanya aku lalui dengan redha sehinggalah aku dan rakan-rakan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Terimakasih untuk ayah, ibu dan kedua-dua abangku, tidak lupa guru-guruku.


Ketika itu, hanya impian dan cita-citaku yang menjadi pendorong untuk aku terus menggapai sebuah kejayaan demi kejayaan. Sebagai remaja kampung yang merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik ( aku mempunyai dua orang abang ), tinggal di sebuah rumah kampung yang sederhana, yang ketika itu masih menggunakan perigi dan timba, tanpa peralatan elektrik kecualilah seterika, menjadikan aku seorang remaja yang mengimpikan segala-galanya. Aku impikan jawatan yang bergaji bulanan ribuan ringgit, semoga nanti dapat aku miliki rumah cantik yang berbilik-bilik, dilengkapi pula dengan perabut dan alatan elektrik yang canggih. Aku impikan juga kereta yang besar menjalar. Dan sekiranya dipertemukan jodoh, aku impikan seorang suami yang baik. Bukan setakat itu, aku impikan anak-anak yang ramai kerana semasa kanak-kanak dan remajaku, aku sentiasa kesunyian kerana pada masa tersebut kedua-dua orang abangku belajar dan bekerja di luar negeri Cik Siti Wan Kembang. Segala-galanya ingin aku miliki....


Kini, alhamdulillah aku telah miliki pekerjaan yang baik. Aku juga telah miliki rumah tempat berlindung dari hujan dan panas, walaupun tidak besar tapi "saya suka rumah saya", ada kereta walaupun tidak menjalar-jalar. Ada suami yang baik, ada segala-galanya yang sesuai dengan keperluanku. Hanya satu yang belum aku milik... anak-anak yang ramai sebagaimana impianku suatu ketika dulu.


Duhai hati, usah bersedih dengan kekurangan yang satu itu. Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya. Jika dihitung nikmat Allah yang telah dikurniakanNya, sudah tentu kita tidak terhitung kerana banyaknya nikmat tersebut. Apalah sangat kekurangan yang satu itu. Jika itulah ketentuanNya, kita tidak mampu mengubahnya........

Thursday, August 23, 2007

Kenduri...Kenduri...Banyaknya Kenduri

Hari ini kami menghadiri kenduri menyambut menantu di rumah Kak Nik Zaharah (sepupuku) di "Bris Town". Sebenarnya sejak semalam kami berkampung di rumah beliau, menyiapkan mana-mana yang patut. Memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga dan saudara mara. Dan seperti biasa macam-macam cerita dan berita yang terkeluar. Inilah menu yang kami siapkan untuk tetamu yang hadir. Semuanya sedap sehingga menjilat jari ...
Semua kenal...Ini nasi



Gulai kawah. Takdak hak ni, tak jadi kenduri..

Ini pula ... cuba teka
Yang ini ....solok lada


Ayam masak pedas


Acar timun / Acar bakok
Ini ...Special punya tau.. acar umbut kelapa


Sambal ...biasanya menjadi rebutan selepas habis kenduri


Tembikai sebagai pembasuh mulut
Ini pula...dadih

Tuesday, August 21, 2007

Wahai Ibu Bapa, Mari Bersama-sama Kita Mendidik

Diceritakan bahawa Khalifah Harun ar Rasyid telah menghantar anaknya kepada seorang guru iaitu Usmu'ii untuk belajar ilmu pengetahuan dan adab. Pada suatu hari Khalifah ternampak Usmu'ii sedang berwuduk dimana guru tersebut membasuh (menggosok) kakinya manakala anak Khalifah sedang menyimbah air ke kaki Usmu'ii. Lalu Khalifah mempersoalkan insiden tersebut kepada Usmu'ii dengan berkata : "Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau.......................... Ops, tolong sambung kisah ini. Siapa nak sambung?
Kalaulah ibu bapa sekarang berada di dalam situasi tersebut, sudah tentu guru tersebut tidak dapat tidur lena kerana akan menerima bertubu-tubi komplen, surat layang, sms kutukan atau pun surat saman kerana kononnya guru tersebut ... itu dan ini, begitu dan begini...Pendekata, mesti masuk surat khabar muka depan! Betul tak? Baiklah, saya sambung balik . " Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau tidak menyuruh anakku menyimbahkan air dengan sebelah tangan dan membasuh (menggosok) kakimu dengan tangan yang sebelah lagi?'
Fikirkan..

Wednesday, August 15, 2007

Cepatnya Masa Berlalu

Esok, hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal kedua selama seminggu. Sekolah akan dibuka semula pada 26 Ogos nanti. Esok juga akan diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Jadi, esok macam-macam aktiviti akan dijalankan. Nampaknya jadual ku amat padat sepanjang cuti kali ini. Mana taknya, setakat hari ni, aku dah terima 6 kad jemputan. Paling jauh aku terpaksa pergi kenduri (belarak) sepupuku di Kuantan. InsyaAllah aku akan penuhi jemputan-jemputan tersebut setakat yang termampu. Selepas ke Kuantan, aku sekeluarga akan ke P. Dickson atau Cherating. Makan angin sket..Tengah fikir... sebab kedua-dua tempat tu kami sekeluarga belum pernah pergi. Tengok kat internet, macam dua-dua best.

Selain kenduri-kendara, dalam cuti ni jugak, seperti biasa akan ada kelas tambahan. So, aku akan mengajar sekurang-kurangnya sehari. Sebelum sekolah dibuka pada Ahad 26 Ogos ini juga, aku mesti menyelesaikan tugas-tugas menanda kertas peperiksaan UBS 2 yang baru selesai semalam. Ingat Cikgu, mesti selesai atau beres kerja-kerja menanda kertas!!Tiga kelas, banyak jugak tu. Cuti 9 hari, rasanya macam tak cuti jugak. Tak apa, inilah kerjaya yang aku pilih dan dengan kerjaya inilah aku mendapat RM. Selain tu, kerjaya ini juga, membolehkan aku berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Ceewah, macam jawapan untuk soalan masa temuduga pulak... 

Nampaknya masa begitu cepat berlalu, hari terakhir minggu ketiga selepas buka sekolah nanti, akan bermula Ramadhan. Lepas tu Raya dan tak lama selepas tu, cuti akhir tahun. Kepada para pelajar sekalian, rebutlah peluang yang ada, tingkatkan lagi usaha untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Jangan tunggu lagi...Korbankan sedikit masa anda untuk kejayaan dan kesenangan pada masa akan datang.

Monday, August 13, 2007

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat

This summary is not available. Please click here to view the post.

Seronoknya Tinggal Di kampung ( 2 )

Makan collek...best


Jambu ni biasanya tak ada siapa yang peduli

Duku dah masak


Dokong pun dah masak


Rambutan dah merah menyala


Friday, August 10, 2007

Cucuku Yang Sulung


Aku dah ada dua orang cucu. Ini cucu ku yang sulung,Hail Afiq bin Mohd Hafiz. Cucu saudara le....

Tuesday, August 7, 2007

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Maksud sabda Rasulullah saw : Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya maka itulah yang halal, dan apa yang diharamkan maka itulah yang haram, sedangkan apa yang didiamkan tentangnya maka ia adalah yang dimaafkan, maka terimalah pemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak lupa.

Maksud hadis di atas jelas menunjukkan bahawa menjauhi perkara-perkara yang diharamkan adalah wajib. Namun, apa yang sering kita saksikan kini betapa ramainya umat Islam yang melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah tanpa perasaan aib dan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.

Sebagai contoh, ramainya ibu bapa kini yang antaranya saban hari mengunjungi masjid atau surau, namun dayus / telah hilang perasaan cemburu terhadap ahli keluarga masing-masing. Mereka dengan rela hati membiarkan ahli keluarga bergaul dengan lelaki atau perempuan bukan mahram tanpa batas, tersenyum bangga melihat anak-anak atau isteri tidak bertudung, memakai pakaian nipis, ketat atau singkat. Malah ada di antaranya yang dibeli sendiri oleh sang suami / ayah atau ibu. Lupakah mereka sabda Rasulullah yang bermaksud : "Tiga (jenis manusia) Allah haramkan ke atas mereka syurga : Peminum arak, pendurhaka ( kepada orang tuanya) dan orang yang dayus ( iaitu ) yang merelakan kekejian dalam keluarganya."

Kepada ibu bapa / ketua keluarga sekalian, usah biarkan anak isteri mengheret kaki anda, ketika anda telah hampir memasuki syurga. Fikir-fikirkan....

Tuesday, July 31, 2007

Monday, July 23, 2007

Kem Kesejahteraan Diri Pelajar SMK Panji

Wakil pelajar, Saudari Khairina menyampaikan ucapan pada majlis penutup


Kuih dah siap, airnya belum mendidih.........

Teh perisa asap... Cubalah


Macamana nak nyalakan api ni??


Cari kayu untuk masak air


Malaysia Cergas

Tarikh : 22-24 Julai 2007
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Kelantan, Tangok, Bachok
Peserta : 300 orang Pelajar Ting 1

Friday, July 20, 2007

Syaitan Sangat Kreatif

Sekadar ingin berkongsi..........Saya baru sahaja selesai membaca satu article dalam sebuah majalah. Menurut penulis article tersebut, syaitan sangat kreatif. Ada-ada saja wawasan baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan. Kekadang, syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju ke daerah hitam.... tetapi dia mewujudkan lebih banyak daerah "grey" yang walau pun tidak hitam tetapi hakikatnya bukan lagi kebenaran. Inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran.