Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
In-Team
29 April 2009 genap 13 tahun kita hidup bersama.
Semoga perkongsian ini sentiasa dirahmati dan diberkati Yang Maha Esa. Amin.
Thursday, April 30, 2009
Tuesday, April 28, 2009
Kita??
Imam Hassan Al Basri ditanya tentang zuhudnya, lalu beliau menjawab:
- Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain. Maka hatiku menjadi tenang.
- Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak akan dilakukan oleh orang lain. Maka aku lakukannya sendiri.
- Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihatku. Maka aku takut Dia melihatku melakukan maksiat.
- Aku tahu bahawa mati menungguku. Maka aku bersedia dengan bekalan untuk bertemuNya.
Saturday, April 25, 2009
Suatu petang
CP : Kadang-kadang masa nak bangun pagi, saya ingat balik sekolah ptg nanti nak tidur sampai puas. Tapi bila balik sekolah, tak tidur pun. Buat itu,buat ini, gelap (malam). Padahal masa pagi tu memang macam berazam nak tidur sungguh-sungguh.
Si dia : Begitulah hidup.
CP : Tak faham.
Si dia : Apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.
CP : Emm
Si dia : Begitulah hidup.
CP : Tak faham.
Si dia : Apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.
CP : Emm
Friday, April 24, 2009
Happy Jumaat
Ada budak sangat teruja untuk ke pantai.
Jadi, petang tadi kami memenuhi hasratnya itu.
Sukanya dia.....

Wednesday, April 22, 2009
Naib Juara
Acara makan-makan mlm tadi. Syukur.........
Pagi tadi telah berlangsung dengan meriahnya acara merentas desa bagi murid-murid SMK Panji. Rumah Alfa (rumah saya le tu) muncul sebagai naib johan keseluruhan setelah ditewaskan oleh rumah Beta. Dan sebagai ketua rumah Alfa, saya telah
Selepas selesai acara penyampaian hadiah, mesyuarat AJK kurikulum le pulak.Monday, April 20, 2009
Kesiannya
Saya teringin menyusuri pantai begini.
Boleh le.... tapi taknak di Pantai Irama.

Menikmati keindahan matahari terbenam begini.
Cantiknya..... Juga taknak di Pantai Melawi.

Berendam di swimming pool begini.
Bestnya.... Kat pantai Irama takde.

Tolong kami
Bantu kami
Kami ingin bercuti
Tak dapat jauh Langkawi pun jadi....
Nyaris Tak Terlepas
Setelah berhempas pulas menangani kerenah buahati pengarang jantung murid-murid, akhirnya cp sampai kepada period terakhir sebelum loceng akhir berbunyi. Hati mula berbunga-bunga dan terbayang tangga dan pintu rumah melambai-lambai. Tiba-tiba teringat jadual kelas serambi. Dalam hati....hari ni takde, esok ada.... Untuk lebih kepastian, cp meminjam jadual kelas serambi daripada seorang murid. Dan.... Kwang...kwang...kwang....rupanya hari ini cp ada kelas serambi, esok baru free. Jadi, ku gagahi jua hingga ke titisan d demi agama, bangsa dan negara walaupun sebenarnya mata sebahagian anak muridku juga telah sekuyu mata cikgu iaitu aku.
Rasanya hanya boleh didapati di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Sunday, April 19, 2009
Yang Putih Memikat Hati
Rasanya ini merupakan kali kelima saya menukar template blog kesayangan ini.
Kelmarin, template semangkuk strawberi dengan nekadnya telah ditukar dengan template biru yang paling singkat usianya kerana hanya bertahan beberapa jam sebelum ditukar dengan template putih mulus ini malam tadi.
Lepas waktu sek tengahari tadi ada kelas serambi.
3.30 ptg ada latihan merentas desa.
Kejap lagi zzzzz......
Sunday, April 12, 2009
Monday, April 6, 2009
Saturday, April 4, 2009
Uniknya........
Selain jari jemari spt n3 di bawah, bulu-bulu aka rambut yang tumbuh di seluruh tubuh badan kita juga amat unik dan luar biasa dari segi kejadian dan fungsinya. Yang tumbuh di kepala dipanggil rambut, yang tumbuh di dagu dipanggil janggut, yang tumbuh antara hidung dengan mulut dipanggil misai. Selain daripada itu ada jambang, bulu ketiak, bola roma, bulu kaki, kening, bulu mata dan lain-lain lagi.
Uniknya bulu-bulu ini. Ada yang memanjang dari sehari ke sehari dan ada yang tumbuh tapi tidak panjang-panjang. Rambut di kepala, di ketiak dan beberapa tempat lain di tubuh kita akan panjang dan terus memanjang sementara bulu kening, bulu mata dan bulu roma memang ada tetapi tidak panjang-panjang. Jika ada pun orang yang gatal tangan mencukur nikmat Allah ini di kening mereka, kening baru akan tumbuh dan bila sampai hadnya, subhanallah bulu tersebut akan berhenti daripada memanjang.
Keunikan bulu-bulu ini juga dijadikan Allah dengan tumbuh di kawasan yang bukan sembarangan. Sebagai contoh misai tidak tumbuh hingga melewati hidung walaupun jaraknya terlalu dekat. Janggut pula tidak pernah tumbuh hingga ke bibir dan bulu mata walaupun selebat mana sekali pun hanya akan tumbuh di kawasan yang khusus untuknya. Hebatnya ciptaan Allah ini dimana bulu-bulu ini tumbuh tetapi ada had sempadannya. Maha kaya dan maha pengasih penyayangnya Allah yang menciptakan nikmat ini tanpa sedikit pun menyusahkan kita. Malah dengan bulu/rambut ini si perempuan kelihatan lebih cantik jelita dan si lelaki nampak tampan bergaya.
Akhirnya kalau bulu boleh mengikut peraturan,
tuan bulu lebih-lebih lagi mesti mengikut peraturan
Friday, April 3, 2009
Sememangnya Luar Biasa Walaupun Nampak Biasa
Allahuakbar
Dia menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Dijadikan tubuh badan yang mampu bergerak dengan akal fikiran yang mampu berfikir. Setiap inci kejadian luar biasa ini mempunyai fungsi tersendiri walaupun hanya bulu di kaki.
Tanpa mengkaji kehebatan dan fungsi jantung atau pun hati, cuba kita perhati kejadian jari jemari. Kejadiannya yang tidak sama dari segi besar kecil dan panjang pendek adalah sangat luar biasa fungsinya.
Pernahkah kita perhatikan fungsi setiap jari-jemari ini ketika kita menyuapkan nasi ke mulut? Semuanya saling bantu membantu bagi memastikan nasi masuk ke mulut tanpa ada jari kelingking yang kecil membiarkan jari telunjuk yang panjang sahaja menjalankan tugas, atau jari manis membiarkan sahaja ibu jari menjalankan peranan. Hebatnya kejadian Allah. Kecil besar, panjang pendek semuanya mempunyai tugas dan fungsi yang saling lengkap melengkapi.
**Pun begitu, jgn gunakan jari manis untuk "cap jari". Itu tugas ibu jari.
Dan mentang-mentang le ibu jari paling besar, jangan pakai cincin di ibu jari.
Lagi satu, gunakan jari yang kecil untuk korek membersihkan hidung.
Thursday, April 2, 2009
Alahai.....
Maaf
Terpaksa ambil MC
Yang pertama untuk tahun ini
Memang betul seperti yang disangka,
kabel telefon rumah saya kena curi lagi. uwaa...
Tuesday, March 31, 2009
Lagi Pintu Gerbang
Malam tadi sekali lagi saya sekeluarga meronda melihat kemeriahan lampu dan pintu gerbang. Ramai jugak orang yang beria-ia berposing dan mengambil gambar. Bak kata suami : Blogger juga kot... hehehe. Acara tembak-menembak kami malam tadi berakhir dengan pembelian makanan di sebuah restoran makanan Arab yang best itu. Sukaa.....



Bulan ni rasa macam tak berbaloi bayar bil streamyx. Sebelum ni seminggu modem rosak. Kelmarin dan hari ni "berona" lagi. Kali ni mungkin kabel putus atau kena curi pulak sebab dengan telefon sekali sunyi sepi. Sabar je la.... Manusia merancang, Allah yang tentukan. Broadband ni pulak, masa ni le merangkak-rangkak, semput semacam. Slow yang teramat walaupun sebelum ni ok je tahap kelajuannya. Bayangkan malam tadi berjam-jam menunggu tak lepas untuk upload 4 keping gambar ini. Akhirnya sambung pulak pagi ni. Dugaan.....
Saturday, March 28, 2009
Jom Tengok Lampu
Sekejap tadi saya sekeluarga jjcm di KB.
Nampaknya ibu negeri Cik Siti Wan Kembang telah mula bermandi cahaya sempena Ulangtahun Keputeraan Al Sultan.
Dalam perjalanan balik, saya sempat snap pic yang meriah berwarna warni ini.
Pintu gerbang lain, belum siap sepenuhnya.

30 & 31 hb cuti. bahagianya.....
Wednesday, March 25, 2009
Khatam Al Quran Di Puncak Kinabalu
Sekalung tahniah kepada Ajit dan rakan-rakan yang akan bertolak ke Kota Kinabalu esok bagi memenuhi misi murni ini.
KAMPUNG DOMIS - Bagi meraikan para pelajar Maahad Tahfiz Sains yang akan mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu dan khatam al-Quran di kawasan berkenaan, satu majlis pelancaran program itu diadakan di Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz dekat sini semalam. Program terbabit melibatkan seramai 30 pelajar dan lima guru pengiring akan bertolak pada 26 Mac (Rabu) dan dijangka pulang pada 1 April ini.
KAMPUNG DOMIS - Bagi meraikan para pelajar Maahad Tahfiz Sains yang akan mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu dan khatam al-Quran di kawasan berkenaan, satu majlis pelancaran program itu diadakan di Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz dekat sini semalam. Program terbabit melibatkan seramai 30 pelajar dan lima guru pengiring akan bertolak pada 26 Mac (Rabu) dan dijangka pulang pada 1 April ini.
Majlis pelancaran program terbabit dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO, Abdul Fattah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau. Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Pengetua Maahad Tahfiz Sains, Tarmizi Said. Tarmizi dalam ucapannya berharap agar para peserta bersedia dari segi fizikal dan mental serta mempunyai keazaman yang kuat dalam diri untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Beliau turut menegaskan agar para pelajar akan sentiasa kental dan mempunyai ketahanan fizikal dalam menjalankan aktiviti terbabit. “Kehidupan setiap manusia perlulah dilengkapi dengan kekentalan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi kepada manusia yang bergelar hamlatul Quran. “Ketahanan fizikal yang utuh akan dapat memantapkan lagi peribadi individu dalam mengharungi perjuangan,” katanya.
Sementara itu, menurut Abdu Fattah, beliau turut merakamkan perasaan bangga dengan Ekspedisi Khatam Al-Quran di puncak Gunung Kinabalu. “Ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara ini dan khatam 30 juzuk al-Quran merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia . “Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi program-program atau ekspedisi yang disertakan dengan aktiviti khatam al-Quran,” katanya. Beliau turut menyarankan agar para peserta menitikberatkan disiplin pemakanan semasa pendakian. “Saya mendoakan semoga peserta ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini akan selamat semuanya dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Sumber Akhbar Sinar Harian.
Monday, March 23, 2009
Jom Main
Kejohanan Sukan Dan Permainan
Tarikh : 23 Mac 2009
Tempat : Padang SMK Panji
Segelintirnya
disuruh belajar, mereka bermain
disuruh bermain, mereka main-main
Sunday, March 22, 2009
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Antara aktiviti yg dijlnkan ialah perarakan,
ceramah Malidur Rasul, persembahan murid & guru, kuiz dan jamuan.



Monday, March 16, 2009
Jangan Tiru Macam Saya
Esok periksa PTK.
Dan saya belum baca apa-apa.
Yang lebih dahsyat lagi tak ada apa-apa buku atau nota yang nak dibaca.
Makcik langsung tak beli buku atau fotostat nota.
Nampak gayanya esok ada orang terpaksa mencuba nasib dengan melambung eraser.
Hehehe padan muka saya.
Dan saya belum baca apa-apa.
Yang lebih dahsyat lagi tak ada apa-apa buku atau nota yang nak dibaca.
Makcik langsung tak beli buku atau fotostat nota.
Nampak gayanya esok ada orang terpaksa mencuba nasib dengan melambung eraser.
Hehehe padan muka saya.
Sunday, March 15, 2009
Belum Terlambat
Result SPM 2008 sudah diumumkan.
Ramai yang masih bergembira meraikan kejayaan yang diperolehi.
Dan tidak kurang juga yang masih murung meneliti slip exam yang diterima.
Walau apa pun, tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.
Kepada yang gagal, usah bersedih terlalu lama.
Mungkin kebangkitan kali kedua akan membuahkan kejayaan yang melebihi igauan dan mimpi kita.
Terima kasih kepada anak-anak Panji yang telah berusaha dan berjaya menaikkan peratus kelulusan SPM 2008 walaupun tidak sebanyak mana.
Kami guru-guru yang selama ini ada ketikanya menjerit, mencubit, semestinya amat menghargai usaha murni anda ke arah menggapai kejayaan ini.

Alangkah gembiranya bila kita dapat menggembirakan orang lain.
Ramai yang masih bergembira meraikan kejayaan yang diperolehi.
Dan tidak kurang juga yang masih murung meneliti slip exam yang diterima.
Walau apa pun, tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.
Kepada yang gagal, usah bersedih terlalu lama.
Mungkin kebangkitan kali kedua akan membuahkan kejayaan yang melebihi igauan dan mimpi kita.
Terima kasih kepada anak-anak Panji yang telah berusaha dan berjaya menaikkan peratus kelulusan SPM 2008 walaupun tidak sebanyak mana.
Kami guru-guru yang selama ini ada ketikanya menjerit, mencubit, semestinya amat menghargai usaha murni anda ke arah menggapai kejayaan ini.
Puan Pengetua sedang mengumumkan keputusan SPM peringkat sekolah Khamis lepas.

Anak-anak Panji yang sudah tidak sabar menanti keputusan.
Alangkah gembiranya bila kita dapat menggembirakan orang lain.Sunday, March 8, 2009
Sehari Cuti Sehari Kerja, Sehari Cuti Sehari Kerja
Saya masih agak sibuk dengan kerja-kerja pendaftaran calon SPM 2009.
Minggu lepas murid-murid menghadapi Ujian Berasaskan Sekolah 1 (UBS 1)
Dan.....5 bundle kertas jawapan masih belum berusik.
Berbalik kepada tajuk n3, Jumaat lepas cuti seperti biasa, Sabtunya ada program Peningkatan Profesionalisme Guru di SMK Panji, hari ini Ahad sekolah seperti biasa dan esok cuti sempena Maulidur Rasul. Wujud kelegaan di sini.
Minggu lepas murid-murid menghadapi Ujian Berasaskan Sekolah 1 (UBS 1)
Dan.....5 bundle kertas jawapan masih belum berusik.
Berbalik kepada tajuk n3, Jumaat lepas cuti seperti biasa, Sabtunya ada program Peningkatan Profesionalisme Guru di SMK Panji, hari ini Ahad sekolah seperti biasa dan esok cuti sempena Maulidur Rasul. Wujud kelegaan di sini.
Sunday, March 1, 2009
InsyaAllah Kita Mampu

Tanpa mengira kecil besar, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin kita masih boleh memberi paling tidak kepada orang-orang sekeliling kita. Jadi, berusahalah untuk menyumbang tidak kira wang ringgit, tenaga, buah fikiran, khidmat nasihat dan seumpamanya. Mudah-mudahan pemberian kita yang sedikit itu dapat menambahkan pahala untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






