Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah

Selesai satu masalah dan selesai jugak satu kerja.
Syukur yang teramat sangat.
Dan terimakasih kepada UPP, JPN yang banyak membantu. Berkali-kali menelipon dan ditelipon. Juga kepada kawan-kawan di sekolah yang banyak memberi bantuan. Terimakasih daun keladi.
Oh....Lega yang amat.
Sebenarnya kerja saya, tapi macam kerja suami. Jadi terimakasih yang tidak terhingga kepada "suamiku"kerana susah payah "awak" beli macam-macam gadget untuk menyenangkan kerja saya yang banyak jugak "awak" tolong buatkan. Malam tadi saya kejutkan "awak" jam 3 pagi kerana kertas sangkut di printer. Hehehe.
Terimakasih juga kepada Ain yang tidak pernah mengusik fail-fail dan segala kertas dan borang berkaitan kerja saya walaupun selalu pinjam pensil dan pemadam tapi acapkali tidak bagi balik.
Terimakasih untuk semua.


Esok dan lusa cuti Keputeraan Al Sultan Kelantan. Yeyy yeyyy

Thursday, March 25, 2010

Akhirnya

Rumah Kuning ( BETA )

telah

.

.

.
.

.

.
Tengok gambar le dulu
pic berikutnya adalah khemah rumah kuning dan isi kandungannya.






Tewassssdi dalam Sukan Tahunan SMK Panji semalam.

Sunday, March 21, 2010

Oh...Tolonglah Saya.


Bila terasa tak cukup masa, adakah itu bermakna saya tidak pandai/gagal menguruskan masa dengan bijaksana??? Kesiannya.....
Hanya satu tugas dah selesai.... semua kertas periksa telah selesai ditanda.

Friday, March 19, 2010

Pandangan Pertama

Sejak jadi cikgu kepada budak-budak sekolah yang setakat ini berjumlah 3 buah sekolah, inilah kali pertamanya saya jumpa skrip exam yang diikat dengan gelang besi seperti di bawah. Biasanya kita meletak benda ni di kunci atau yang seumpamanya. Tapi lain pulak fungsinya kepada empunya skrip periksa ni. Kalau ya pun kreatif, jangan le ikat tiga empat helai kertas awak dengan benda ni. Berat nak angkut sana sini. Jangan tak tahu, skrip ni biasanya akan/telah dibawa ke sebahagian besar tempat yang saya pergi. Ke dapur, ke ruang tamu, ke halaman rumah, ke bilik tidur, ke katil. Jadi, cuba bayangkan kalau semua skrip berikat ghupe itu. Tak ke menganiaya namanya? Bawa....tak bermakna tanda!!! Sebab tu belum siap-siap lagi hingga kini.
Tolong.... Masih berbaki 2 longgok lagi.


Thursday, March 18, 2010

Rugilah Sesiapa Yang Tidak Balik Kampung.

Bila berkumpul ramai-ramai dgn sanak saudara, macam-macam boleh jadi. Tengah bersembang lebih kurang jam 6 petang, tiba-tiba my bro terkeluar idea untuk sembelih kambing. Dan 15 minit kemudian, seekor kambing telah berjaya disembelih. Lepas tu baru mencari bawang dan rempah. Malamnya geng bas sekolah sudah dapat mencicah roti dengan gulai kambing dan menjamu nasi berlaukkan gulai kambing. Fuhh..... sedap
Inilah rupanya kambing itu.

Cepat...cepat...dah hampir maghrib.

Surrender!!!

Acara memasak di halaman rumah
Dah boleh makan. Alhamdulillah
*
*
*
Esoknya..... picnic di sini
Hanya geng kami yang tengah mandi. Orang lain...takde. Itu yang syoknya.

Tema biru ke?

Meriah dengan makanan.

Jit, elok-elok nanti tercekik.

Dikelilingi makanan dari tengahari hingga petang. Makan, mandi (geng lelaki n kanak-kanak je), tidur, sembang sepuas hati sampai terlupa skrip exam yang masih berlonggok-longgok belum bertanda. Hehehe



Saturday, March 13, 2010

Kelmarin Seorang Hari ni Berdua

Selamat Pengantin Baru untuk Mat Wan dan isteri. Semoga sentiasa diberkatiNya.

Melalui pemandangan yang mendamaikan ini sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan.

Friday, March 12, 2010

Tahniah


TAHNIAH

Sekali lagi Ajit mengulangi kecemerlangan dengan muncul sebagai best student Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah dalam SPM yang baru diumum. Nampaknya dengan keputusan 11A (10A+ & 1A ), Ajit sudah boleh tersenyum puas. Syukur.

Jit,
nak hadiah gapo? hak murah2 je. gaji lambat lagi nih. kalu nak hak mahal, mintak ngan ab paih. c su tulun pikir deh, nak mintak gapo ngan ab paih..... aaaa....mintak le ....tiket kapal terbang gi US kat kak nor terima ijazah bulan lima nih. Sapa US, mintak pulak tiket ngan ab Je gi tepat dia di German. c su boleh bagi tiket dari German balik Malaysia airport P.Chepa balik ke rumah. hehehe

Tuesday, March 2, 2010

Siapalah Kita....

Usah kecewa, usah bersedih.
Tanggungjawab kita hanya menyampaikan.
Yang memberi hidayah adalah ALLAH.

Saturday, February 20, 2010

Setiap Kali.....Saya Tak Puas

Kenapa le kejap sangat?
Belum puas bergembira, esok dah sekolah.
Kesian kita....tak puas cuti/tak cukup cuti
Rasa nak tambah lagi 2 hari. Hehehe

Friday, February 19, 2010

Syoknya

Petang tadi, geng bas sekolah ke pantai Melawi. Bawa nasi dan lauk sikit seorang, jadi banyak le pulak. Kanak-kanak seronok mandi pantai dan orang dewasa (saya le tu) kekeyangan selepas santap beradab nasi dengan bermacam lauk pauk. Walaupun terpaksa bayar parking RM5.00/1 kereta tapi boleh dikira berbaloi sebab pantainya putih bersih. Sukaa....

Ain and kuncu-kuncunya

Menu yang sangat mengancam. Ih, rugi awak tak ikut.

Makan....makan.....tambah...tambah....



opss...takde langsung gambar saya

Wednesday, February 17, 2010

Menguak Atau Mengembek?

"Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek". Rasanya semua kita faham maksud peribahasa tersebut. Persoalannya (cewah...macam karangan Darjah 6 le pulak) sesuaikah peribahasa tersebut diamalkan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim?

Dalam bab berpakaian misalnya, bila balik kampung, kita berbaju sopan, tutup aurat. Alhamdulillah. Tapi bila keluar dari kampung, kita berpakaian seperti ramai orang lain berpakaian walaupun tidak menepati piawaian yang ditetapkan dalam Islam. Kita tidak lagi menguak, tapi mengembek sebab ramai orang mengembek. Dan kita rasa mengembek tidak salah atau mengembek lebih sesuai dengan keadaan kita. Alasannya susah le, panas le, tak sesuai le dan macam-macam lagi alasan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Jadi, yang ketat, yang singkat dan yang jarang "no hal" bagi kita. Nauzubillah...

Jagalah hukum hakam, jangan terikut-ikut orang lain. Jadilah diri kita sendiri walaupun dimana kita berada. Sepatutnya kita jadi seperti ikan, walau berada dilautan masin, ikan tetap tawar. Yang halal dengan yang haram itu amat jelas. Jangan dikaburkan dengan nafsu dalam diri kita.

Saya selalu mengingatkan anak-anak murid saya, bila kita berpakaian, sedangkan orang nampak mana-mana anggota badan kita sebesar dahan langsat ke, sebesar dahan rambutan ke, cup A ke, cup B ke, memang jelas lagi bersuluh, pakaian kita tidak menepati piawaian yang digariskan dalam Islam. Dan saya tanya mereka: "Kebalkah anggota kita di akhirat nanti?" ( Ingatan untuk diri sendiri)

Maaf, rasanya sudah terkasar bahasa

Siapa Tak Suka Cuti??

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat di atas kelapangan ini.

Thursday, February 11, 2010

Kalaulah Saya Kaya...


Pertama sekali saya akan berhenti kerja
Dan akan jadi surirumah sepenuh masa. Oh indahnya.....

Wednesday, February 10, 2010

Kena Buang Kerja

Makcik....makcik....
Walaupun sudah banyak tahun makcik bekerja di rumah kuning.
Tapi sebenarnya bukan banyak sangat pun kerja makcik kat rumah ni.
Dalam rumah ni hanya ada tiga orang saja berbanding rumah orang lain yang kadang-kadang sampai sepuluh atau dua belas orang..
Kerja makcik pun hanya basuh kain je.
Selimut, kadar yang tebal-tebal dan yang seangkatan dengannya saya hantar dobi.
Ringan sangat kerja makcik.
Tapi kan.... kenapa le sejak akhir-akhir ni makcik meragam tak sudah-sudah.
Setelah berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk merehatkan makcik.
Walaupun masih ada rasa sayang, tapi kalau makcik asyik menaikkan darah saya, tiada faedahnya saya terus mengharapkan makcik.
Saya pun dah ada pengganti makcik.
Boleh le makcik berehat panjang......


Makcik yang kena buang kerja

Saturday, February 6, 2010

Saayang Awak

Time gotong royong, ramai yang "culah", "ngelat, dan yang sewaktu dengannya. Murid-murid yang betul-betul baik sahaja yang tinggal untuk bergotong-royong membersih dan menceriakan bilik darjah masing-masing. Terima kasih dan tahniah kepada murid-murid yang ringan tulang berhempas pulas memerah tenaga membersih dan menceriakan kelas kita pagi tadi. Saaayang awak......

Friday, February 5, 2010

Main Masak-Masak

Jumaat yang indah. Tidur dan berehat sepuas hati. Lupakan seketika kerja-kerja sekolah. Tengahari - masak ala kadar dan makan. Apa yang saya masak????

Jeruk mamae. Tak masak, beli kat kedai je

Lawa. Yang ni pun tak perlu masak. Potong-potong/tumbuk dan gaul sahaja.

Ikan pekasam Tasik Raban. Semestinya gorengkan saja. Sungguh sedap......

Telur masin yang kurang/tak masin.

Satu-satunya lauk yang betul-betul kena masak.

Macam takde kerja le pulak.
Masak simple macam ni pun nak masukkan dlm blog. Hehehe.

Esok sekolah........ uwaa.

Wednesday, February 3, 2010

Curi

Ahad - Masa ni saya dah balik Kelantan, mungkin tengok syok mengajar. Tapi dengan kecanggihan teknologi dan kecekapan saya mencuri, hari ini pic ini sudah boleh berada di blog rumah kuning. Sebenarnya diambil dari facebook Syikin. Kredit utk Syikin. Jgn marah, nanti kena jual.

Sunday, January 31, 2010

Dari Bachok ke Manjung

Alkisahnya pagi Jumaat lepas, saya bertiga beradik bersama kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara berkonvoi tiga buah kereta ke Manjung, Perak Darul Ridhuan. Tujuannya adalah untuk ke rumah bapa saudara yang akan mengadakan beberapa sesi kenduri bermula Jumaat hingga Ahad.

Tengaharinya singgah solat Jumaat di Parit.
Di tepi Sungai Perak yang penuh nostalgia.

Pada petangnya majlis pertunangan Syikin.
Tahniah untuk bakal Dr kita. Semoga semua impian menjadi kenyataan.


Malamnya pula, diadakan majlis tahlil dan pada hari Sabtu "belarak" ke rumah pihak perempuan. Lupa nak cakap, Fendi, abang kepada Shikin kahwin pada pagi Jumaat dan kenduri di rumah pihak perempuan diadakan pada hari Sabtu.

Sabtu - Sambil menunggu ahli rombongan yang belum tiba, kami sempat berposing dengan pengantin lelaki berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
wajah-wajah kesayangan hamba

Kami hanya sempat melihat pengantin di meja makan beradab je. Tak sempat nak melihat mereka bersanding kerana nak balik cepat.Almaklumlah perjalanannya masih jauh. (nak balik kelate pulak wei)

Kenduri menyambut menantu di rumah bapa saudara pula akan diadakan pada hari Ahad. Tak sempat le kita nak turut sama memeriahkannya....sebab Ahad kan kerja. Walau apa pun, Selamat pengantin baru untuk Fendi dan Syafrina. Balik dari Timur Leste nanti, boleh le bawa Shy kenal-kenal saudara mara di Kelantan.


Dalam perjalanan balik dari Manjung, beberapa kali kami singgah makan dan minum. Rombongan kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Pagi Ahadnya, terlalu malas (baca letih ye) untuk ke sekolah. Namun, tetap ku gagahi jua. Hehehe

Atie, rugi le awak tak ikut rombongan ni......
kredit utk azhan krn c su ambik 3 keping gambar dari facebook awk.