Sunday, October 31, 2010

Merapu Musim Hujan

Mlm tadi tengok bola Kelantan vs Negeri 9. Yang bestnya Kelantan menang dan warga Kelantan diberi cuti. Nasib baik makcik sempat kontrol ayu. Kalau tak, mahunya melompat lalalala. Terlebih seronok sebab cutiiii sebenarnya. Dan pagi tadi, selepas solat subuh, tak mahu pejam pulak mata ni. Padahal memang sesuai sesangat berkelubung dalam selimut dengan keadaan bumi Kelantan yang sejuk persis berada di oversea sehari dua ni. Dah masuk musim banjir agaknya. Hujan tak henti-henti.

Tengahari, pergi KB. Dah dapat cuti, mesti le meronda KB. Hehehe. Hujan, tak boleh meronda pun.... Petang, mood mengemas dapur datang. Habis segala pinggan, mangkuk dan kotak-kotak hadiah (hadiah yg masih dlm kotak) yang dah berkurun usianya, makcik buka dan susun dalam almari. Rupanya banyak jugak barang yang makcik sendiri tidak ingat kewujudannya.

Berbalik kepada cuti hari ni. Oh alangkah bestnya jika esok pun cutiiiii.

Sekian, Assalamualaikum




Friday, October 29, 2010

QIADAH

Majalah terkini terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ada article pasal en suami dan pic dalam rumah kuning.



Glemer la Abahhh...

Ain : Ummi, abah masuk dalam TV 1 ke?
Ummi : Dak
Ain : TV2?
Ummi : Dakk
Ain : TV3?
Ummi : Dakkk lah
Ain : Masuk Astro?
Ummi : Dakkkkkkk
Ain : Habis tu? Abang tu beria-ia rakam abah bercakap? Nak buat apa?
Ummi : Abang-abang tu pelajar Universiti Lim Kokwing. Projek U diorang le tu.
Ain : Ingatkan abah masuk TV.....


Pelajar Lim kokwing di rumah kuning

Annual Dinner

Baru balik dari annual dinner. Temanya blink...blink. Saya antara orang yang tak pakai baju yang blink...blink. Bukan sengaja tak nak ikut tema, tapi sebelum Ain gelakkan saya, baik saya lupakan baju yang berkerlipan itu.
Di Grand Riverview Hotel

Tuesday, October 26, 2010

Sihatkah Hati Kita?

Rasanya alasan terbaik saya seakan melupakan blog kesayangan ini sebab banyak melayan facebook. Padahal bukan tulis apa pun kat sana. Sekadar like sana like sini je. Pastu tegur sana sikit, komen sini sikit. Kalaulah masa melayan fb tu digunakan untuk baca Qur'an. Oh alangkah bagusnya.
Dalam perjalanan ke KB tengahari tadi, dengar tazkirah di radio. Best jugak. Ustaz tu ingatkan kita, kalau fizikal kita sakit, orang boleh nampak. Kita lemah, tak larat berjalan, tak larat bekerja dan satu lagi, bawalah makanan yang paling sedap sekalipun, kita tak berselera nak makan.
Sebaliknya kalau hati kita sakit, orang tak nampak, tapi diri sendiri yang boleh kesan. Tanda bila hati kita sakit adalah kita akan malas/tidak suka untuk melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Contohnya malas nak solat, kedekut untuk bersedekah, malas baca Qur'an, malas belajar dan sebagainya. Jadi, kita boleh check hati kita masing-masing sama ada sihat atau sakit. Dan untuk ubatkan hati yang sakit, dekatkanlah diri dengan Allah swt.

Friday, October 22, 2010

Lamunan Terhenti

Syoknya kalau dapat tukar perabut baru. Hehehe. Membazir???
Kalau tak dapat perabut baru, dapat tukar langsir baru pun cukup.
Apa??? Membazir jugak.
Membazir ke tak? Membazir ke tak? Membazir ke tak????
Membazir!!!! !!!!
Kalau macam tu, pakai je le kerusi, meja, langsir tu patlima belas tahun lagi.




Ada ke kaitan dgn tajuk n3??? Belasah je

Wednesday, October 20, 2010

Bola Oh Bola

Malam ni Kelantan vs Kedah
Mesti le ramai budak2 sekolah bertempik sorak tengok bola
Seronok tak ingat dunia
Masalahnya...
Esok form 4 periksa akhir tahun.
Rasanya pagi esok
Akan ada yg hanya salin soalan
Kalau diorang pergi Kedah, lagi haru
Akan banyak le kerusi yang kosong di bilik darjah esok.



kalau buat persiapan awal kan bagus.....

Saturday, October 16, 2010

Pesan Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya :
“Dirikanlah shalat,
tunaikanlah zakat,
puasalah di bulan Ramadhan,
berdermalah,
tunaikanlah ibadah haji dan umrah,
saling nasihat menasihatilah.
Berilah nasihat kepada pimpinan kamu,
jangan menipu,
jangan terpesona dengan harta dunia.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia.
Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Friday, October 15, 2010

Jom Simpan Duit Untuk Korban

Pagi tadi berkonvoi ke rumah saudara yang akan berangkat ke tanah suci Makkah. Bila umat Islam telah mula berangkat untuk menunaikan fardhu haji, bererti 10 Zulhijjah a.k.a Aidil Adha sudah hampir tiba. Selamat menjalani pengembaraan ibadah kepada seluruh umat Islam terutamanya kawan-kawan yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini. Kepada kita yang berada di tanahair, marilah kita sama-sama bersiap sedia untuk menjalani ibadah korban pada Aidil Adha nanti. Usah jadikan alasan pokai, sengkek atau poket nipis untuk tidak turut sama berkorban. InsyaAllah tiada yang akan papa/miskin disebabkan ibadah ini. Ingat, rezeki datang dari Alah dan ia sampai kepada kita dengan keizinan Allah.

Tuesday, October 5, 2010

Bila Anak Murid Tak Lama Lagi Nak Periksa

Emak murid a.k.a cikgu pun mulalah sibuk bertukar-tukar dan mencari soalan percubaan dari negeri-negeri lain untuk dijawab oleh anak-anak murid. Setakat hari ini, saya dan kawan-kawan sekolah sudah dapatkan soalan dari negeri Sembilan, Kedah, SBP, Trengganu dan Johor. Esok InsyaAllah nak print soalan percubaan Perlis. Soalan Pahang dan Melaka pula dikhabarkan on the way. Mudah-mudahan ada le antara soalan-soalan ini yang akan keluar dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.
u
w
a
a
a
banyaknya keja...
slip exam belum print
jadual bertugas semasa exam belum buat
buku laporan guru bertugas belum buat
alamat dan no tel calon masih ada yg lompang
jadual bertugas susun dewan pun belum buat
yuran 4F pun belum beres...bila le diorang nak bayar???
Surat amaran 4F masih ada sorang dua yg belum berhantar....
dan lagi........
Nasib baik tiket bas dan air asia dah ada dalam handbag. kuranglah tensionnya sikit. hehehe

Friday, October 1, 2010

1.10.10

1.10.10 Cantik!!!! Dan saya sangat teruja untuk menanam pokok pada hari ini. Ingat menteri je ke, bila tanam pokok, sibuk juru gambar nak snap gambar.Saya pun lebih kurang sama je. Hehehe gelak dengan amat perasan. Cuma ada sikittt beza, saya tak tanam pokok jati atau kemuning segala. Yang saya tanam pokok kesum, pokok pegaga. Dan siiiikit lagi beza, saya tanam, kemudian saya snap sendiri. Bukan snap gambar saya tapi gambar pokok yang saya tanam. Orang lain takde kat rumah. Tinggal saya je jadi tukang kebun kat belakang rumah. Jurukamera pula, sibuk sesaje. Jadi, tak dapat le saya nak bergambar bersama pokok yang ditanam. Macam le ada orang kisah. Hehehe
Sebahagian pegaga yang tumbuh di tepi pagar, dipindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan panjang le usianya.



Kesum yang sudah tumbuh akar di dalam peti sejuk, saya pindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan dapat le dijual di pasar minggu. Hehehe
Opsss...bayam peraksi tak tanam pulak tadi. Lupa...

Ya Allah Berkatilah Rezeki Yang Engkau Kurniakan Kepada Kami

Acapkali rezeki Allah datang dari sumber-sumber yang diluar jangkauan akal fikir kita. Dan ianya bukan berupa harta benda semata-mata. Jiran baik yang dapat menggantikan tempat saudara mara yang jauh juga rezeki. Rakan sekerja yang saling bantu membantu dan berbaik sangka, kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras juga rezeki. Rumahtangga yang didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian suami, isteri, anak-anak dan keluarga kedua-dua belah pihak juga rezeki. Begitu juga zuriat yang soleh dan solehah, selain daripada ketenangan jiwa dan banyak lagi.

Sentiasalah memanjatkan doa kehadrat Allah Rabbul Jalil untuk memperolehi rezeki yang menjurus kepada kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Dalam mencari rezeki harta benda contohnya, sentiasalah berdoa agar kita dijauhi dari mendapat kerjaya dan jawatan atau kenaikan pangkat yang boleh menjauhkan diri dari Allah pemilik sekalian alam. Perlu diingat, kadangkala pangkat yang tinggi dengan kuasa dan gaji yang besar boleh mengubah diri seseorang daripada insan yang bertakwa kepada seorang yang berjiwa rakus tanpa mempeduli halal haram dan dosa pahala. Na'uzubillah.

Rezeki...Kami tidak pernah tanam. Pegaga ini tumbuh dengan banyaknya di tepi pagar dalam kawasan rumah kuning.

Diselang seli dengan ulam bayam peraksi. Alhamdulillah

Tuesday, September 28, 2010

Gagal Sedut Darah


Semasa bercuti ke German baru-baru ni, sempat jugak kami menjejakkan kaki ke Berlin. Wow.... sangat indahnya bumi Berlin. Ya.... kami pergi hari tu. Sila perhatikan elok-elok pic di atas. Ada saya kan?? Hehehe sangat perasannya tuan rumah kuning. Meracau kononnya bercuti ke German. Sila jangan percaya. Abaikan racauan itu.

Agaknya meracau sebab kegagalan untuk menyedut darah di HUSM pagi tadi. Bukan saya yang nak menyedut darah. Tapi Doktor yang nak sedut darah kat lengan saya tak dapat-dapat. Doktor cucuk banyak-banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak. Last sekali, saya cakap tak payah le ambik darah hari ni. Dah sakit.... Doktor tu pun setuju dan cakap sebulan sebelum temujanji akan datang, puan datang le ambik darah. Urat halus sangat, itulah antara alasannya. Ntah...ntah...dia yang tak pandai.....hehehe ampun puan doktor yang sangat lemah lembut itu. Usaha doktor tu memakan masa yang luar biasa lamanya. Cucuk sekali tak dapat. Tukar jarum jenis lain. Cucuk sekali lagi, juga tak dapat. Pindah lengan kiri pulak, tepuk-tepuk, belek-belek, cucuk cucuk tak dapat lagi. Pindah lengan kanan pulak, tak dapat jugak. Yang lucunya, sampai satu ketika, disuruhnya saya duduk di kerusi dia ( kerusi doktor) dan dia duduk di kerusi saya (kerusi pesakit). Sebabnya nak bagi saya selesa. Kerusi doktor kan boleh ditinggi dan boleh direndah. Jagi, lengan saya boleh diletak terlentang atas meja di hadapannya. Hehehe Tapi tak dapat le jugak. Begitulah hidup ini. Kita merancang, Allah yang tentukan. Bertahun-tahun doktor belajar, tapi perkara semudah mengambil darah pun dia gagal melakukannya hari ini. Macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Padahal sebelum ni tak pernah pun doktor gagal mengambil darah saya. Sekali cucuk pun dah bersembur darah saya keluar.


Respect ngan doktor tu sebab baik dan lemah lembut sesangat.

Saturday, September 25, 2010

15 Syawal 2010







Terima kasih kpd kanak-kanak ribenna SMK Panji yang sudi datang ke rumah kuning hari ni.



Thursday, September 23, 2010

Jamuan Hariraya 2010

Alhamdulillah meriah. Murid-murid pakai baju raya. Lawa-lawa, kacak-kacak. Setiap kelas, satu meja makanan. Terlalu banyak makanan hingga tak "peghabisan". Meja kelas saya ada nasi ayam, makaroni goreng, meehon goreng, kek coklat 2 biji, kek keladi sebiji, biskut raya, jelly, air. Bayangkan berpuluh-puluh meja dengan makanan yang sangat banyak dari bermacam jenis nasi, mee, kek, puding, roti jala, sate, ketupat, tapai, buah-buahan, macam-macam... letih le nak tulis. Semuanya dikumpulkan dalam satu dewan.

Ada persembahan murid dan guru.

Antara makanan yang dihidangkan

Ini meja ting 2 (tak ingat 2 apa). Siap ada KFC

Ini meja 4F. Mesti ingat sebab ini meja kelas saya. Last sekali, bungkus dan boleh bawa balik. Masing-masing sudah tak larat nak makan.

Monday, September 20, 2010

Sunday, September 19, 2010

Maklum le Dah Habis Tanda Kertas

Boleh le pusing-pusing tepi rumah. Intai semut, cari belalang, skodeng "penggigit pusat". Jangan terpedaya..... Bukan saya yang kejar semut dan rakan-rakan di bawah. Sebenarnya saya terjumpa pic ini di celah-celah pic yang banyak dalam fail en suami.

Ini le dia penggigit pusat. Siapa yang kencing atas tilam, bagi le dia gigit pusat. Konon-kononnya boleh menyelesaikan masalah kencing atas tilam. Masa kecil dulu, ramai yang pernah buat kan...

Beronggeng atas buah mempelam

Comel....Kalau dapat kepada ikan puyu. Ranggup ni. Kalah biskut raya.

OK, nak turun cari biskut raya kejap.
Khamis ni jamuan hariraya peringkat sekolah. Gemuk lagi le...

Wednesday, September 15, 2010

Perjalanan Menghirup Angin Diteruskan Lagi

Yess yess yes dari Merang Suria Resort kami meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu dan singgah di Primula Beach Hotel. Alhamdulillah ada bilik kosong. Jadi, misi beremdam bersambung lagi di sini. Nampak gayanya, niat untuk ke AK tidak kesampaian lagi.


Tuesday, September 14, 2010

Berendam Time

Selepas Ain balik dari sekolah tghari tadi, dah siap makan minum segala, kami bertolak ke negeri jiran. Perjalanan hanya dirancang dalam kepala je. Langsung tak tempah hotel atau resort. Tapi hajat dihati nak ke Awana kijal. Namun, (wah.wah wah... mcm karangan ting 5 ni) disebabkan hari pun dah petang ( baca letih sebab dah tua sebenarnya ) kami suami isteri ambil keputusan untuk singgah di Merang Suria Resort. Kebetulan, ada pulak bilik kosong. Jadi, rancangan untuk ke Awana Kijal tu ditangguhkan dahulu. Maka berendamlah makcik merah ini di Merang Suria Resort.

Monday, September 13, 2010

Sampainya Hati

Dipukul
Ditikam
Dibakar
Dibuang

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Alahyarham Kamaruddin
Shamsuddin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim.




Simpati+Kesal+Marah+Takut

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri 2010 -- Syukur








Selamat Hariraya kepada semua sanak saudara, rakan-rakan dan semua yang singgah di rumah kuning ini. ( Siapa ye yg selalu singgah dari Erbil, Arbil? Terima kasih byk2) Mohon maaf diatas keterlanjuran kata-kata di blog ini. Jika ada yang tercalar, terguris, jutaan maaf saya mohon di atas kesalahan saya itu.