Tuesday, April 30, 2013

Nak Hadiah!!!



Hari ni 29 April ulangtahun perkahwinan saya. Pejam celik pejam celik dah 17 tahun rupanya. Harapan saya semoga kami sekeluarga dilimpahi rahmat dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. Ameen. 

Macam biasa, mesti pakcik tu tak ingat.



Monday, April 29, 2013

Jawab Jangan Tak Jawab

Rasa macam baru je kanak-kanak ribenna periksa PKBS 1. Minggu depan nak periksa lagi. Dah periksa pertengahan tahun ya anak-anak. Sekarang ni cikgu-cikgu dlm proses menyiapkan soalan. Tahun-tahun lepas, tiap kali periksa, guna soalan beli je. Tahun ni, soalannya  sendiri bikin. Harap-harap sebelum cuti pertengaha tahun nanti, semua yang berkaitan dengan periksa boleh dibereskan. InsyaAllah.Kepada anak-anak Panji, sila buat persediaan sebelum masuk periksa.

Sunday, April 28, 2013

Berita Baik

Mokcik nak royat bui ko adik kakak. Semo keda mah erea kota baru la ni, penuh pena ngan ore nak beli mah. Tanggung la makcik nih. Keda mah, mestila ore gi nak beli mah. Ho la...rama nyo ore po nak ambik bare pree. Nak masuk dekat pun payah sebab ore rama do'ah. Saing ambo royat, lo ni, mah turun rega, murah banding denge sebelum-sebelum nih. Tu yang ore gi kerumun tak kaba ingat tuh. Kalau ada pitis, makcik pun rasa nak jugak. Beli mah ni utung. Kalu ka'ak deppan ari, buleh gada. Taksir gada, bulih jual. Bulih pitih selaluh. Kalu tanah, lambat jugak nak buleh jual..Ko guano? Sapo-sapo hak minat mah tuh, sleke lah gi mana-mana keda mah. Beli sorat dua.  Tapi jange paka. Bahayo.

Oh Katak, Mesti Kau Pening

 Nasib kau lah katak. Dua kali kena baling.
Al kisahnya terjerit pekik dua beranak apabila mendapati seekor katak  lembik menumpang dalam kasut yang baru nak dipakai.  Kejadian berlaku pada satu pagi ketika dalam perjalanan untuk ke sekolah. Hampir tercabut jantung makcik bila Ain menjerit kegelian sambil membaling kasutnya. Katakkkk. Dan sepantas kilat makcik memberhentikan kereta, mencapai kasut dan membuangnya di tepi jalan. Nasib baik si katak tidak keluar dari kasut ketika Ain membalingnya. Kalau tidak, jenuh le pula makcik nak keluarkan katak malang itu dari dalam kereta.
Pengajarannya : Periksa dahulu kasut sebelum dipakai.
                       Pakai kasut sebelum naik kereta.

Sekian.

Wednesday, April 24, 2013

Dimana Kita


Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. 
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. 
Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji.
"Sungguh sedikit manusia yang memahami. 
Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan.
 Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas".  

 -Imam Hassan al-Banna

Saturday, April 20, 2013

Hak Orang, Jangan Ambil




وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُع

ُ مِمَّا تَرَكْنَ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ

  لَكُمْ وَلَدٌ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ

  Surah al-Nisa’ ayat 12

“Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu

Wednesday, April 17, 2013

Usah Gaduh-gaduh

Walau apapun fahaman politik 

Kita  bersaudara,
Kita berkawan,
Kita berjiran,
Kita  sekampung,
Kita setaman
Kita seIslam



Sunday, April 14, 2013

Yeayyy..... Dah Pandai Masak Nasi

Kelmarin, makcik terpilih (hahaha terpilihlah  konon) ke BTP
Ada Seminar Transformasi Pendidikan Kearah Mendokong Aspirasi Negara.
Biasa la... tarikh pilihanraya dah ada.
Yang tak syoknya, En suami dah janji dgn kawan-kawannya untuk makan-makan, sembelih kambing di rumah kuning pada tarikh yang sama. Macamna ni??? Uwaaa..... Walau apapun, janji akan ditepati.
Jadi, sebelum subuh makcik dah siap potong bawang, halia segala untuk en suami gulai kambing pada paginya.  First time dia  nak masak  sendiri. Jadi gulai ke tidak, belasah je. hehehe  Sebelum keluar rumah, makcik masak nasi. Lauk pauk lain, makcik tempah. Senang cerita.

Lebih kurang jam 2 petang makcik balik dari BTP. Olalala kebanyakan  dah siap makan. Nasib baik periuk nasi tak  tertenggek atas meja. 

Masuk ke dapur. Ada nasi  di dalam periuk kecil  yang biasanya kami guna sehari-hari. Hari ini (kelmarin) dalam sejarah. Kali pertama Ain masak nasi. Dia bimbang nasi  yang makcik masak sebelumnya tak cukup. Yeayyy lepas ni  makcik boleh  je telefon..  Ain... masak nasi. (sambung sikit). Lauk... ummi dah beli. Hehehe

Friday, April 5, 2013

Lumrahnya

Masa remaja, kita punya waktu dan kekuatan tapi kita tak punya wang/harta. Ada setakat lima enam ringgit, tak banyak benda yang boleh kita buat. Nasi dagang, nasi kerabu boleh le lepas. Itu pun selang dua tiga hari, terpaksa mencari ayat untuk menadah tangan depan mak bapak. Ohhh tak sukanya. Dalam hati, bila le aku nak besar, dapat kerja, nak pegang duit, nak beli macam-macam, nak beli makanan penuh peti ais. Itu impian makcik masa kecik-kecik  dulu. Hehehe

 Di alam pekerjaan pula,  ramai antara kita punya harta dan kekuatan, tapi tak punya masa katanya. Sibuk dengan urusan kerja, keluar pagi balik malam. Tak sempat nak bertanya khabar jiran atau saudara mara. Kadang-kadang, anak sendiri pun, berhari-hari tak jumpa.  Malah, kesihatan diri pun tak terjaga dek sibuknya dengan macam-macam urusan dunia. 

Di kala tua pula, ramai yang  ada harta dan ada juga masa, tapi  kekuatan pula takde  Harta ada, dah pencen, takyah lagi pergi kerja, tapi  nak berjalan makan angin, tengok kejadian Yang Maha Esa luar dari negeri kita, tak dapat juga sebab nak melangkah pun tak terdaya, apatah lagi  yang bertangga-tangga. Duit berguni pun apalah maknanya jika makanan pun yang ini "bisa", yang sana pun "bisa"
  
Jadi, pandai-pandailah mengurus masa dan apa yang kita  ada. Mudah-mudahan dari ramaja, dewasa hinggalah tua, kita tidak menyusahkan sesiapa dan semoga hidup kita memberi manfaat kepada keluarga, sanak saudara dan masyarakat sekeliling kita. Kalau pun tidak mampu memberi manfaat, janganlah sampai menyusahkan mereka.

Friday, March 29, 2013

Kemarau Di Hati

Sekarang dah masuk musim kemarau. Di sini la, di tempat lain makcik kurang pasti. Musim panas sampai rumput depan rumah pun dah mulai kuning dan kering. Rumput kering  ok lagi, jangan poket yang kering. Taknak bagi poket kering, kena belanja dengan berhemah. Ikut keperluan dan kemampuan  semestinya. Makcik pun pandai cakap je, ikut belum  tentu boleh. Hehe. Tapi kan,  kalau tiba-tiba anak demam, masa tu pulak poket tengah kering, macamana nak bawak pergi klinik?  Atau tiba-tiba ada kematian atau sakit demam ahli keluarga di kg halaman, macamana nak isi minyak jika poket dah kontang. Takkan nak mintak  mak ayah  masukkan duit untuk kita isi minyak balik kg. Malu wei  Sebab tu lah, jangan bagi poket kering atau kontang sama ada awal, tengah atau hujung bulan.  "Samah dua"  mesti ada untuk kegunaan pada masa-masa terdesak. 

Yang ni memang sedap
 terutamanya pada musim kemarau yang kering kontang ini.




Kemarau di hati?
Maaf, karangan dah keluar tajuk.

Thursday, March 28, 2013

Sudah Khamis

Maksudnya lagi dua hari sekolah akan dibuka.  Seminggu cuti, makcik dok rumah je. Bereskan apa yang patut dengan diselang seli acara  makan kenduri kendara. Macam biasa, tiap kali cuti sekolah, ramai orang kawin. Best je tengok deme bersanding. Memanjang je senyum. Tengok kanan senyum, tengok kiri senyum. Mengunyah nasi pun dalam senyum. Harap-harap senyum tu akan berpanjangan. Bukan setakat sebulan, setahun, dua tahun atau lima tahun.
 ( tiba-tiba) Nak behagia dalam berumah tangga, mesti hafal tanggungjawab masing-masing. Allah jadikan suami dan  isteri dengan tugas dan tanggungjawab yang berbeza. Jadi, jangan ada suami yang buat-buat konfius, eh kau kerja, kau le yang bayar rumah, beli beras. Yang lebih syok lagi, isteri kerja tapi duit isteri, suami yang kontrol. Kesiannya.... isteri nak beli lipstik sebatang pun kena minta  dari suami. Nasib baik tak kena isi LO. Isteri yang kontrol duit suami pun ada ya. Jangan dok buat terkejut cik Kiah, cik Temah. Duit aku, aku punya, duit suami pun aku punya. Biasa dengar kan? Maka akan memendam rasalah pasangan yang mempunyai isteri atau suami sebegitu rupa.
Benda remeh temeh pun acapkali memporak perandakan rumah tangga cik adik oii. Ala...benda kecik, jadi masing-masing buat tak kisah. Padahal yang kecik tu, pasangan dok pendam-pendam, lastnya  meletup. Pada kita kecik, pada pasangan, belum tentu kecik. Sekali terjadi, memang kecik, tapi kalau kalau banyak kali terjadi, bukan kecik lagi
(Sambung sikit lagi)
Orang lelaki mesti sedar, tanggungjawab dia lagi besar sebab dia ketua keluarga. Kalau ketua dah tak betul berjalan, macamana anak buah  nak ikut arahan. Kalau pun isteri buat salah, Islam dah ajar para suami macamana nak handle isteri yang nusyuz. Bukannya terasa tak betul, terus tengking, rasa isteri salah, lempang. Belum kawin, kena belajar dulu bab nusyuz. Dah kawin, tapi masih bebal, kena belajar, jangan jadi bodoh sombong. Kena faham, bila patutnya boleh pukul isteri, kat mana boleh pukul, bila patutnya kena asing tempat tidur.  Ini suami pun jahil sampai isteri pun konfius. Eh, aku nusyuz ke? Tapi bila dia nasihat elok2. Tiba-tiba je tengking macam gunung berapi. Tiba-tiba je lempang berasap-asap.
Itu belum campur lagi dengan kes suami atau isteri yang berlagak bijak dan perasan diri dia je yang betul. Semua tu, bila dah dipendam-pendam bukan lagi perkara kecik yang boleh dianggap remeh. Itu pun kalau cik adik, ci abang  nak bahagia dalam berumahtangga.
Walaupun baik buruk pasangan, kita kena terima, saling lengkap melengkapi katanya, tapi kalau rasa diri teraniaya, banyak duka dari bahagia, ingat, Allah bagi jalan untuk kita. 
Panjang pulak tazkirah untuk orang yang baru kawin nih. Orang yang dah lama kawin, semua dah maklum. Cuma kadang-kadang  terlupa, ingatkan takde apa-apa. Biasa la tu.Nama pun manusia.  Ok lah, tadi cerita pasal cuti, dah melalut-lalut entah apa-apa. Sambung bab cuti pulaklah. Cuti sekolah seterusnya 24 Mei - 8 Jun iaitu cuti pertengahan tahun ya anak-anak  Syoknya.... 2 minggu cuti. Apakehal  makcik ni asyik kira cuti je. Semua orang atas dunia ni suka cuti rasanya. Kalau ada yang tak suka, buat-buat sukalah ya.  
Oklah, sambung bab tanggungjawab suami isteri sikit lagi. Boleh?  Hehehe cukup...cukup.

Sekian, t kasih.

Tuesday, March 26, 2013

Lagi Cerita Hari Khamis

Dah bersiri-siri pulak cerita hari khamis lepas. Dah selesai cikgu-cikgu buat analisa ikut kelas,  makcik dah siap campur gaul yang dua pusat jadi satu pusat dan hati pun dah berbunga-bunga, maka kepala pun mula berfikir nak buat apa lepas balik dari sekolah nanti. Tiga empat kali dok fikir macam tu. Hehehe  macam le dah habis kerja.
Maka sampai je rumah, makcik ajak Ain gi KB. Berdua ngan Ain macam tak syok. Makcik ajak lagi seorang sepupu. Jalan-jalan dan makan-makan semestinya. otw ke kereta, nak balik dah masa tu, makcik singgah tengok-tengok gerai depan Pantai Timur. Masa melangkah nak meninggalkan gerai tu. di sinilah cerita bermula. Hehehe  Dengan tidak-disangka, makcik terpijak kucing yang tengah lepak bawah gerai tu. Pijak ekor je pun. Kalau pijak tang leher, harus dah mati kucing tu dek keberatan timbangan makcik. Sebaik sahaja terpijak ekornya, sepantas kilat dia meng "ngap"betis makcik. Nasib baik berlapik, (kucing jantan kot, sebab tu berlapik. hehehe. Ehh  berlapik pun tak boleh. berdosa) jadi takdelah dalam sangat gigitannya. Tapi, dalam tak dalam, sampai hari ni masih  ada kesan  4 batang giginya di betis makcik. Dahhhh  tak cantik nak pakai skirt. hehehe

Sekian

Sunday, March 24, 2013

Cerita Khamis

Makcik tersedar dari tidur bila dengar  en suami  sedikit  terkejut : eh, dah 6.30. Kami bingkas bangun dan terus ke bilik air. Dah lewat, mesti la melompat seolah terkena kejutan elektrik.
 Masa makcik  dan Ain tengah bersiap-siap, en suami dah keluar rumah dan meluncur pergi sekolah. 
Tak lama lepas tu, bunyi kereta en suami  masuk  semula dan pintu rumah di buka. Dalam hati, apa pulak yang tertinggal. Dah le lewat.
Ain : Abah... bakpo balik pulak?
En suami : Tak subuh lagi.
Ummi & Ain : ????? kah kah kah
En suami : Abah sampai pulabelanga, sunyi je. biasanya sampai situ, org turun masjid, lepas  sembahyang subuh. Abah tengok jam, rupanya tak subuh lagi.
Ain : Tadi  kita  sembahyang subuh.
Abah : yalah, tadi abah ingatkan dah subuh.
Maka makcik pun sambung tidur sambil  berangan result SPM SMK Panji  yang melonjak naik. Hehehe  padahal  takut.

Cerita pasal result la pulak.
Makcik dan Datin PKP keluar dari sekolah pukul  9 pagi.  Sampai PPD, tu dia...Dah penuh dewan dengan cikgu-cikgu yang nak ambil result periksa.. Biasanya takde la  penuh macam tu. Rupanya hari tu diumumkan juga result STPM ( 6 Rendah ). Dah ambil result, tengok lebih kurang, kami pun balik sekolah. Buat analisa ikut kelas, cari calon cemerlang dan sebagainya..
Alhamdulillah peratus kebanyakan subjek meningkat dari tahun sebelum ni dan GPS pun semakin mengecil aka meningkat. Syukur sangat-sangat. Tahniah kepada calon yang berjaya dgn cemerlang. Tahniah juga kpd semua guru SMK Panji.

Monday, March 18, 2013

Yang Ditunggu

Khamis   21 Mac, result SPM 2012 akan diumumkan. Berdebar weh. Macamana le agaknya. Mudah-mudahan SMK Panji mencatat keputusan yang cemerlang, gemilang, terbilang. Hehehe
 Calon STPM 2012 dah lega. Hari ni result  keluar. Kepada yg berjaya, tahniah dan yg kurang berjaya, usaha lagi. Ini baru permulaan. Tahun depan mana tahu, muncul sebagai best student. Segalanya tidak mustahil. Daripada dok bersedih lama-lama, baik  daftar periksa lagi sekali n atur strategi untuk  capai keputusan yang lebih baik.

Wednesday, March 13, 2013

Kerja Kerja Jugak

Tengahari tadi kanak-kanak ribenna dah jawab soalan ujian. Tapikan... SShhhh......skema jawapan belum siap.  Malam ni,  walau apa rintangan sekalipun, makcik mesti siapkan skema tu.  Pagi esok  InsyaAllah  akan diberi kepada guru-guru yang berkenaan. Boleh percaya ke? Hehehe entah-entah mlm ni, skema ke mana, membuta sampai pagi.

 Eh... kenapa boleh terselit pic di bawah? Rupanya sungguh menggoda.
 Makan  dululah. Lepas ni mesti bersemangat.  OK Assalamualaikum.
 Jangan lupa Makan

Monday, March 11, 2013

Jom Menyimpan

Setiap orang ada keutamaan dan kesukaan masing-masing.
Ada yang keutamaannya mengumpul tanah, mengumpul rumah, juga bangunan.
Ada pula yang asyik  menukar kereta yg sebolehnya buatan luar negara..
Ada juga yang keutamaannya mengumpul pakaian, kasut dan hbag berjenama.
Tidak kurang juga ada yang rela menghabiskan wang ringgit untuk melancong serata dunia.
Apa pun keutamaan dan kesukaan seseorang, terserahlah kepada pertimbangan  dan perkiraan mereka.
Mana mungkin untuk kita memaksa orang lain mengikut keutamaan dan kesukaan kita.
Cuma pesan makcik,
Walau apa pun keutamaan kita, jangan lupa menyimpan supaya dapat dituai hasilnya di akhirat sana. 




Kerana Mulut

Memang kita dikurniakan mulut untuk bercakap. Walaupun  kita boleh bercakap. tapi pilihlah masa  yang sesuai. Kalau orang tengah bercakap/ berceramah kita pun bercakap, baik takyah susah-susah datang dengar ceramah. Tidur lagi bagus.  Dalam kain sembahyang  bercakap, tengah menadah tangan berdoa pun bercakap, dalam dewan  bercakap, cikgu tengah mengajar dalam kelas pun bercakap, semua tempat tak berhenti bercakap, makcik rasa nak lempang je  memang menyusah dan mengganggu orang sekeliling. Bila mengganggu orang, tak pasal-pasal dapat dosa.

Baik macamana sekalipun kita, kalau bercakap tak kira masa, tak kira tempat, termasuk juga kita dalam kategori orang yang tidak beradab.

Jangan salah faham pula. Bukanlah tak boleh bercakap langsung. Tapi pilih masa, pilih tempat dan bercakaplah perkara-perkara yang baik dan tidak melalaikan kita.

Saturday, March 9, 2013

Terbaik

Sabtu 
Rajin pulak hari ni nak update pasal  masak-masak.
Bukan special pun. Hanya tomyam, ikan kukus dan telur dadar. 
Itu je yg makcik masak lepas balik sekolah  tengahari tadi.
Petang, iron kain baju hingga kosong raga kain. Sukanyaaa.



Thursday, March 7, 2013

7.3.2013

 Alhamdulillah dah khamis. Esok cuti. Yeayyy....Boleh guling-guling depan tv dan layan kain baju, periuk belanga lama-lama sikit. Sabtu ada in house training. Minggu depan form 5 dah mula PKBS 1.Minggu seterusnya form 4  dan minggu lagi satu cuti seminggu.  Cepatnya masa berlalu.

Sunday, March 3, 2013

Mac Bulan Tersibuk

Hari ni tak gi sekolah. Bukan ponteng ya. Makcik kena gi taklimat pendaftaran SPM 2013 di PPD. Habis lebih kurang pukul 2 ptg.  Ingatkan habis awal, boleh gi derrak hehehe Jadi, makcik terus balik rumah. Lepas dah diberi taklimat, kerja mendaftar la pulak. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dgn zero silap. Doakan.
Sebelum berakhir bulan Mac juga result SPM 2012 akan diumumkan.  Fuhhh mesti ramai yang tengah berdebar. Bukan setakat calon yg berdebar, mak bapak, dengan cikgu-cikgu pun berdebar jugak.  Apa pun, semoga keputusannya seperti yang kita impikan, ya anak-anak. Macamanalah keputusannya?
PKBS 1  pun  bulan ni jugak. Soalan? Tanda kertas? Olalala....

OK lah esok dah 4hb Mac.

Tkasih.


Saturday, March 2, 2013

Asyik Makan Je

Dlm perjalanan balik dari kelas taekwando sekejap  tadi ( tahun ni ain mula belajar taekwando. Bak kata abahnya, belajarlah silat ke, taekwando ke, asalkan belajar ) Ain kelaparan walaupun pagi tadi dah pekena sebungkus laksa. Disuruh makan nasi, taknak. Dimintanya lempeng. Hehehe kacang je. Gulai lebih mlm tadi ada lagi dlm peti ais. Cicah ngan lempeng, sedap jugak. Maka makcik pun masak 5 keping lempeng untuk santapan seisi keluarga. ओह कितना अच्छा.मैं जानता हूँ कि कैसे पेनकेक्स बनाने के लिए Maksudnya: Oh sedapnya. Pandai saya buat lempeng. Hehehe





Friday, March 1, 2013

Saya Budak Darjah 5



Ahad, Isnin & Selasa saya blk sek pukul 4.30 ptg. Sebabnya ada fardu ain
Malam Ahad & Isnin ada kelas  dari 8.15 - 10.15 mlm. 
Hari Jumaat & Sabtu ada kelas dari pukul 3 - 5 ptg. 
Tahun depan kan saya nak periksa UPSR.
Sebab tu cikgu buat macam-macam kelas.
Dan semua tu macam wajib.(wajib tapi berbayar)
Sapa berani taknak masuk???
 Nanti tak pasal-pasal dengan makbapak kena mengadap cikgu.

Apapun, terimakasih cikgu sebab buat macam-macam supaya saya jadi pandai.
----------------------------

Nasib baik makcik sekolah rendah  lamaaaaaaa dulu. 
Takde kelas tambahan, kelas  mlm, Jumaat Sabtu segala tu.
Yang makcik tahu
Petang mesti main, 
Mlm tidur
Jumaat Sabtu lagi besar projek makcik.
Kalaulah dulu-dulu ada kelas macam ni, 
harus fening kepala makcik sebab tak cukup main.


Thursday, February 28, 2013

Lentok Si Ikan Bakar

Hujan macam nak banjir je, sejuk
Maka peyut pun macam tak kenyang-kenyang je
Lalu apa lagi yang lebih sedap selain makan dan makan. Pastu tidur. 

lentok comel si ikan bakar.
Sangat menggoda.



Dah banjir la....

Tuesday, February 19, 2013

Selasa 19 Feb

Assalamualaikum.
Harini saya ada temujanji di HUSM. Masa sampai hanya ada seorang ibu bersama seorang anak. Masa tu kaunter belum beroperasi. Kemudian orang semakin ramai dan ramai. Bila kaunter dibuka, maka orang ramai pun menyerbu termasuklah saya. Pekerja di kaunter minta supaya orangramai beratur utk dapatkan no giliran. Dan katanya lagi : Orang yang awal dok kat depan. Tapi.... takde sapa yang ikut arahan. Patutnya makcik dapat no 2 tapi kerana ramai yg berebut, makcik pun berundur ke belakang. Tak kuasalah..... Apapun, harini cepat je makcik dapat jumpa Dr. Dalam pukul 11 lebih dah selesai ambil ubat dan dalam  pukul 11.30  makcik dah terpacak di sekolah. Alhamdulillah.

Tuesday, February 12, 2013

Ronda-Ronda Kota Singa

Dari Desaru, kami bertolak ke Tune Hotel, Johor Bharu lebih kurang pukul 7.30 pagi. Awal tu, breakfast pun bila dah sampai sana. Kemudian kami tinggakan kereta berhampiran Tune Hotel dan kawan-kawan dari Singapore datang jemput kat situ. Sesampainya di kota Singa, maka bermulah acara ronda-ronda dan makan-makan hingga hampir menzalimi perut. Dari nasi lemak, sate, lontong, tauhu goreng, aneka lauk pauk termasuklah siput sedut, semuanya dijamu kepada kami. Antara banyak-banyak makanan/lauk tu, yang paling best pada makcik adalah ikan bakar di Restoran Hjh Maimunah. Sedap yang amat. Terimakasih kpd kawan-kawan yang bawak berjalan dan belanja makan-makan  dari pagi hingga hampir malam. Dah habis meronda dan beberapa kali makan, kami dihantar ke Tune Hotel, JB dan dlm pukul 8.30 mlm, kami sampai semula ke Desaru. Nasib baik tak sesat larat. Alhamdulillah.

Macam biasa, ada beberapa keping gambar sebagai kenangan

 Akhir sekali,  Terima kasih daun keladi. Ada rezeki kita datang lagi.