Friday, May 18, 2007

Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal 1428 - Selawat dan salam buatmu ya Rasulullah, insan mulia kekasih Allah. Segenap ceruk rantau umat Islam meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alangkah indahnya hidup ini andainya kita bukan sahaja mengingati dan merayakan hari atau bulan kalahiran baginda, tapi kita ikuti sunnahnya. Ya, sunnah kehidupan baginda tanpa memilih mana-mana yang berkenan sahaja. Apa kata kita contohi kebaikan dan kasih sayang baginda terhadap ahli keluarga, keprihatinan dan budi baik baginda terhadap anggota masyarakat, keadilan dan tanggungjawab baginda terhadap rakyat seluruhnya. Indahnya akhlak baginda.... Betapa kecilnya diri ini tatkala membaca kisah-kisah baginda. Antaranya kisah baginda dengan perempuan tua yang buta matanya berbangsa Yahudi. Juga kisah baginda menikmati limau masam yang dihadiahkan seorang perempuan kafir yang bertujuan untuk mengenakannya. Alangkah mulianya hati baginda yang sudah tentu amat berbeza dengan kita.

No comments: