Friday, May 29, 2009

29 Mei 2009

Iringan doa ke hadrat Illahi semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Sentiasa dilindungi dan diberkatiNya.
Mampu dan sentiasa berbakti kpd ibu bapa, anak isteri, saudara mara dan rakan taulan.
Sentiasa berbahagia dan dihindari daripada dengki khianat sehingga ke akhir nyawa.
Iringan doa hanya yg tebaik
Untuk sahabat, kekasih dan suamiku Mohd Nasir b Hassan.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran.
*
*
*
*
*
Cuti sudah bermula.
Macam terlupa kertas2 itu belum bersentuh. hehehe

Monday, May 25, 2009

Tak Sabar Menunggu

Sudah tiga empat hari tak update. Macam tiada mood je nak menulis.
Minggu lepas dan minggu ni murid-murid sekolah tengah exam. Tiap hari jaga exam dan lepas ni cuti pertengahan tahun dengan berbekalkan skrip exam yg perlu ditanda. Ada kelas tambahan juga. Walau apa pun, cp memang seronok menunggu cuti sekolah. Salah satu sebabnya, sepupu-sepupu geng kamceng akan balik bercuti di kg. Akan meriah nanti dengan macam-macam acara dan semestinya akan ada makan-makan rumah awak dan makan-makan rumah saya. Dalam cuti nanti, sangat banyak jemputan kenduri kahwin yang cp sekeluarga terima. Jemputan pada 4 & 6 hb sahaja rasanya lebih daripada 10. Dalam banyak-banyak jemputan tersebut, cp masih menanti Jemputan Istimewa dari yang teristimewa. Mudah-mudahan nama cp dan suami tidak akan tercicir sebagai penerima jemputan tersebut dalam masa terdekat ini. Amin.
Sedapnye....

Thursday, May 21, 2009

Interview Oh Interview

Cari article berkaitan di internet
Guru Pembina Negara Bangsa
Satu Malaysia- Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Senarai menteri kabinet 2009
Dasar itu dasar ini
Kemudian print.
Separuh jalan, dakwat habis. eeeee.....
Interviewnye esok.



Bukan saya nak gi interview
tapi terpanggil utk menolong.

Tuesday, May 19, 2009

Siapalah Kita?

Entry ini bersambung di sini. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran cp, adakah orang yang kita nampak dan kita anggap sombong itu sedar / perasan bahawa dia telah berkelakuan sombong. Soalan yang mudah: Orang sombong tahu tak dia sombong? Atau kita yang tersalah anggap.
Walau apa pun alasan, jangan sekali-kali kita bersikap sombong walaupun mempunyai harta bertimbun, ilmu yang tinggi, keturunan yang elit, rupa paras yang tampan/jelita, pangkat yang tinggi dan lain-lain kelebihan/keistimewaan yang menjadi rebutan.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:
"... dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung."
*
*
*
kelmarin cp telah terlemp.... seorang budak kerana sikapnya yang kurang aj....
lepas tu satu kelas sunyi sepi. perkara pertama yg cp buat hari ni apabila masuk ke kelas tersebut ialah melilau mencari si bertuah itu. Aik...takde. cp terus tanya: T.... tak datang ke? Ada suara menjawab: Ada...ni. T.... sendiri menjawab. Nasib baik sihat walafiat. hehehe. Dan hari ni dia jadi baik. Alhamdulillah

Monday, May 18, 2009

Berita Terkini

Kawan saya cakap....baik tak payah baca buku. Baca buku pun tak dapat iv jugak.
Maka seronoklah CP sebab sememangnya empunya diri ini tidak membaca walau sebaris ayat sebelum periksa PTK baru-baru ni. Dan....nasib CP sungguh baik. Dengan bangganya diumumkan.....CP mendapat iv untuk kertas umum dan iv juga untuk kertas khusus.
Lepas ni naik gaji....yeey. Ain...malam ni nak makan kat mana? Ummi belanja....

Perkara kedua yang CP ingin kongsikan di sini ialah.... Jangan anda percaya dengan tulisan berwarna merah dalam n3 ini. Sebenarnya CP tersalah taip. Yang sebenarnya CP hanya dapat iii untuk kedua-dua kertas tersebut.

Saturday, May 16, 2009

Terima Kasih Cikgu

"SELAMAT HARI GURU"

Istimewa untuk
Semua bekas guru-guruku yg tidak terkira jasa dan pengorbanan mereka,
Adik-beradik, ipar duai, saudara mara yang kerja cikgu,
Suamiku yang juga dipanggil cikgu,
Rakan-rakan guru di seluruh Malaysia,
Terutamanya sahabat-sahabat guru di
SMK Layang-Layang KIri, Perak,
SMK Dato" Ahmad Maher dan
SMK Panji.
Juga rakan-rakan guru di kalangan Blogger.


Untuk semua
Hayatilah satu daripada SMS yang berduyun-duyun di terima sejak malam tadi :


Guru
Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam tawa ada mesranya
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina
Semoga berbahagialah menjadi GURU
Selamat Hari Guru
Ain baru dapat senyum sebab hadiah
untuk cikgu-cikgunya sudah terlonggok
di tepi dinding.

Thursday, May 14, 2009

Tolong Tutup Mulut

CP : Siti, tolong baca
Siti : Bismillahir rahma nirrahin
CP : Bismillahir rahma nirrahim
Siti : Bismillahir rahma nirrahin
CP : Ada mim di belakang tu, tutup mulut.
Siti : Bismillahir rahma nirrahin
CP : Siti, sebut mim.
Siti : Min
CP : Mim. Tutup mulut.
Siti : Tak boleh tutup, susah.
CP : Mim, mim. Cuba sebut.
Siti : Min
CP : Tengok mulut saya. mim.
Siti : Min
CP ; Mim. Tengok mulut saya.
Siti : Mim
CP : Haa...boleh pun. Baca bismillah sekali lagi.
Siti : Bismillahir rahma nirrahin

Perhatikan bacaan al Qur'an anak-anak, walau sesibuk mana pun kita.

Rasulullah telah memberi amaran yang bermaksud :
"Ramai orang membaca al Qur'an tetapi al Qur'an itu melaknatnya".

Tuesday, May 12, 2009

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

RM26.00 yang sangat berbaloi.

How To Release Tension?

Antaranya Makan.
(Petang tadi, dengan gigihnya cp proses cendol ini)
Dan
Makan lagi
(Rajin benar Ain snap gambar mlm ini)
Opss....
Yang sebetul dan sebaiknya
Solat
Berdoa
Baca Al Quran.

"Tensyennnn" Day

Semasa berada di kelas seawal 8+ , org ....PN telefon.
Selepas breakfast ala kadar, tel org berkenaan untuk mendapatkan kepastian.
Kemudian masuk kelas dan seterusnya online sistem peperiksaan(online lepas habis kelas le...) .
Telefon org ....PN dan sekali lagi orang berkenaan.
Masuk kelas ganti dan seterusnya kelas sendiri yang berakhir jam 12.15.
Tulis buku rekod dan siapkan borang-borang itu ( cikgu ting 3 mesti sedia maklum borang apakebendenye) .
Selepas pengawas bertugas membaca doa, cp terus berkemas dan chow dari sekolah.
Sampai rumah, terus menyinsing lengan membersihkan ribuan/jutaan kalkatu di dalam dan luar rumah.
Uwaaaa...... sungguh mencabar.

Sunday, May 10, 2009

Kreatif???

Petang kelmarin, cp dan ain mengangkut sepupu dan anak-anaknya ke pantai ini. Minum-minum dan makan-makan sambil melihat orang memancing dan sekali sekala boat nelayan pulang/keluar ke laut. Nikmat....Pagi tadi, Ain menghulurkan bungkusan ini. Katanya: Untuk Ummi dan terus naik ke atas meninggalkan saya yang tengah memasak di dapur. Dalam hati, mesti dibungkusnya permainan atau alat-alat tulis miliknya untuk dijadikan hadiah sempena mother's day. Kak Iqah pun selalu menerima nasib seperti itu.


Lepas memasak, saya pun buka bungkusan tersebut. Sedikit tersasar kerana isinya adalah cenderahati aka sisa yang abahnya dapat semasa dinner bersama pelajar-pelajar Kolej Polytech Mara 2 malam lepas. kwang....kwang....kwang........ Ain!!!! Walau apa pun, saya menghargainya.




Sangat Mengharap

Agar mendapat jemputan istimewa dalam masa terdekat ini.
Ya Allah.... makbulkanlah permintaan hambamu ini.
Permudahkanlah Ya Allah.....
Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku adalah dgn izinMu.

Friday, May 8, 2009

Thursday, May 7, 2009

Jom Berehat

Sangat lega kerana esok dan lusa cuti. Dan lebih melegakan lagi kerana tulat juga cuti sempena hari wesak. Tengahari tadi ada taklimat oleh Puan Pengetua dan ianya berakhir dengan
Ikrar Perkhidmatan Awam :

Kami
Yang telah dilantik
Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia
Membuat ikrar di sini
Bahawa semasa dan selagi kami
Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia
Kami patuh dan mengamalkan
Teras-teras perkhidmatan
Semasa menjalankan tugas-tugas
Ke arah ini
Kami
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Maka kami rakyat Malaysia berikrar
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.
Saya tengah kegilaan menggodek photoshop. Cuti 3 hari ini nampaknya saya akan terus hanyut dgn kegilaan ini. Sapa pakar photoshop???? Help me !!!

Monday, May 4, 2009

Cerita Semalam

Lepas sekolah saya ke KB ....tabung haji sebenarnya
Semasa masuk, terdapat 5/6 orang sedang menunggu/mengisi borang.
Terus saya tekan no dan mengisi borang.
Seterusnya menunggu untuk berurusan di kaunter.
Tunggu dan tunggu
Tiba-tiba kerani yang bersetentang dengan saya melambai ke arah saya
Dalam hati....apahal pulak?
Dengan lembut kerani tersebut cakap : Dah takde orang, mari le
Saya terus bangun dan menuju ke arah kaunter tersebut dan berkata : Tak panggil lagi no saya.
Kerani tersebut pun bertanya: No berapa?
Saya dengan keyakinan yang penuh menjawab: 110
110? Tengok.... Sekarang 114. No terakhir.
Baru saya perasan, tiada seorang pun di kerusi menunggu kecuali saya dan pengawal keselamatan.
Kwang kwang kwang.....saya tersengeh dan kerani tersebut juga tersengeh.


Sebenarnya, semalam saya risau sebab road tax kereta dah mati.
Takut terserempak dgn pak polisi. Macamana boleh tak perasan ttg kematian itu???
Ain cakap road tax mana boleh mati. Anjing boleh le mati....