Kadang-kadang kita ( sayalah tu) sudah cukup berhati-hati buat sesuatu tugasan, tapi masih juga tersalah, tersilap, tertinggal dan sebagainya. Memang sangat kecewa bila keadaan sebegitu terjadi apatah lagi bila ia membabitkan perkara-perkara penting. Dan kesalahan itu pula, sepatutnya tidak berlaku kerana terlalu mudah semudah menulis no 1,2,3 untuk dilakukan. Tapi boleh jugak terlupa atau terlepas pandang. Setelah siap fax, masuk kelas, balik rumah, buat macam-macam kerja, malam tadi baru saya teringat, saya terlupa isi satu colum dalam borang yang telah saya fax kelmarin.( Jgn tanya borang apa...hehehe) Boleh tak saya cakap, sudah takdir saya buat silap?? Ahad nanti kena menalipon le pulak.
memang saya insan yang lemah.
Hari ni macam tak best je cuti sebab asyik teringatkan kesalahan yang tak sepatutnya berlaku itu.
Friday, July 24, 2009
Sunday, July 19, 2009
Budi Bahasa Amalan Kita
Alhamdulillah hari ini banyak urusan dapat diselesaikan
Dan saya sangat berpuashati dengan layanan tiga kaunter di tiga buah pejabat yang dikunjungi. Sangat berhemah. Syukur....
Dan saya sangat berpuashati dengan layanan tiga kaunter di tiga buah pejabat yang dikunjungi. Sangat berhemah. Syukur....
Saturday, July 18, 2009
Cik Putih
Dengan pakej jujur, amanah, kasihan belas, hormat-menghormati, kasih sayang, berbaik sangka
Tanpa calitan kotoran berupa sombong, dengki, khianat, buruk sangka dan seumpamanya.
Sangat mengancam.....
Thursday, July 16, 2009
Sedikit Cubaan
Udang ini telah membunuh diri dengan melompat/merayap keluar dari aquarium 2 hari lepas. Sudah setahun lebih kami bela dan telah beberapa kali bersalin kulit.
Cerita biasa - Kelmarin saya telah pergi ke sebuah klinik untuk membuat sedikit pemeriksaan kesihatan. Dan yang agak luar biasa/pertama kali berlaku dlm hidup, saya telah jumpa seorang Dr dan pembantu a.k.a misinya yang kalau boleh saya tak nak jumpa sampai bila2.
Monday, July 13, 2009
Warkah Istimewa
Alhamdulillah,
Syukur
Syukur
Dan syukur ke hadrat Illahi
Kerana warkah yang yang ditunggu-tunggu, dinanti-nanti
Telah diterima petang tadi.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin
esok cuti. oh la la
Friday, July 10, 2009
Friday, July 3, 2009
Kita Senasib
Cerita tertunda.
Masa kalut2 "father's day" baru-baru ni, suami saya bawak anak-anak muridnya 5 hari ke Langkawi. Dalam tempuh tersebut, saya ada terdengar anak dara kat rumah ni bercakap melalui telefon dgn abahnya dan ucap happy father's day. Dalam hati, ingat jugak si kecik ni.
Masa abahnya balik, sebaik sahaja masuk ke rumah di pagi-pagi buta hari tu, si kecil ni ambil epal di bawah dan terus bagi kepada abahnya sambil ucap happy father's day. Hehehe. Sebenarnya epal ni adalah antara pemberian anak murid saya sempena Hari Guru yang diraikan beberapa hari sebelum tu. Sekali lagi hadiah "kitar semula" Adil? Baca sini

Thursday, July 2, 2009
Tak Kenal Maka Tak Cintai
Tak percaya?
Kalau streamyx / broadband meragam, dengan tuan-tuannya sekali meragam.
Sebabnya?
Tak boleh buka blog. Hehehe.
Terima kasih kepada Cikgu_math kerana ingatan ini.
Indahnya hidup ini.
Wednesday, July 1, 2009
PESKO SMK Panji
Hari ini sehari suntuk warga SMK Panji berpesta. Bukan pesta tari menari tapi pesta ko kurikulum. Acara dimulakan dengan Senamrobik. Seterusnya persembahan silat, pertunjukan memadam kebakaran, pameran, jualan dan persembahan pelajar. Disamping itu diadakan juga beberapa pertandingan iaitu pertandingan mendirikan khemah, memasak ala hutan, kawad kaki dan mencari harta karun. Antara menu yang terhidang untuk diadili tengahari tadi ialah nasi yang dimasak dalam buluh, sayur yang dimasak dalam tempurung, lawa, ikan bakar dan sebagainya.
Walaupun di dalam daun, buluh dan tempurung tapi aromanya sungguh menyelerakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)