Saturday, May 1, 2010

Apala Makcik ni???

Petang Khamis lepas saya ke kb bersama Ain. Mula2 park kereta belakang Pantai Timur. Ke Tabung Hj kejap. Pastu Naik pantai Timur, beli pemadam dan pensil 2B yang entah ke berapa untuk tahun ini. Beli Syampooo yang jugak terlalu cepat licin dikerjakan ain. Kami berdua, jadi tak jauh ronggengnya. Hehehe. Ambil kereta, keluar tepi KFC, ada polis kat situ. Tak kisah....kita tak buat salah apa2. Seterusnya belok kiri, jalan. Sebelum sampai traffic light di tepi Maybank, saya telah bersedia di lorong kanan. Tiba-tiba... kenapa takde traffic light yang menghadap sebelah saya?? Ya Rabbi betul2 lupa... saya telah menyonsang arus. Jalan ni telah jadi one way. Pandang kiri, kosong. Tanpa berfikir panjang saya terus mencilok memasuki simpang kiri..... u turn di hadapan. Lega.....

Pengajarannya:
Yakin betul tak semestinya betul.

4 comments:

Kujie said...

he he he.... cuak sampai ke rumah le tu..

echah_syed said...

lesen terbang hape..tehehee ;p

rumah kuning said...

kujie,
masa terpacak dpn simpang tu, punya le malu dgn pemandu2 yg bertentangan. mesti le diorang gelakkan makcik nih. hehehe

rumah kuning said...

combi,
a'aaa lesen kapal tebang ngan kete kebal. hehehe