Thursday, June 17, 2010

Walau Siapa Pun Kita


Hari ini saya sangat riangria gembira kerana mendapat CRV cucu (saudara) baru. Nampaknya jumlah cucu nenek tuan blog ini baru sahaja bertambah menjadi lima. Maknanya nenek ni dah tua. Cuma masih lagi perasan muda. Hehehe. Agar tidak asyik perasan muda, nenek nak cerita sedikit antara tanda-tanda kita telah lanjut usia tidak lagi muda remaja.

1. Bila minyak cap kapak atau minyak angin sentiasa semerbak mewangi dimana sahaja kita berada.
2. Lutut, pinggang asyik meragam sesaja.
3. Makan sayur kacang angin, makan pengat labu sakit urat, makan buah salak bisa
4. Rambut dah bertukar kpd white colour, gigi dah longgar, mata dah memerlukan kaca.
5. Selera dari western beralih kpd local.

Bila dah ada tanda-tanda di atas, sebenar-benarnya kita mesti sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Tingkatkan usaha tambahkan pahala.



Yang putik, muda pun gugur jugak wei.....

2 comments:

Kujie said...

No 2 & 4 tu dah ada2 tanda...tapi tak ada tanda pun memang dah tua :D

cuma berat je mulut nak mengaku..hehe

rumah kuning said...

kujie,
nampak muda je. awet muda le ni. minta petua.