Sudah terlalu lama saya tidak menulis dengan panjang lebar di rumah kuning ini. Malam ini teringin pula untuk menulis aka berleter di sini. Biarpun yang membacanya mungkin sekadar diri sendiri. Berbalik kepada tajuk n3, sebagai manusia biasa adalah mustahil untuk saya mengetahui apa yang anda cari dan ingini dalam hidup ini. Jadi, saya akan cerita apa yang saya cari dan ingini.
Semasa di alam persekolahan dahulu, walaupun dengan seribu kemalasan tetapi saya sentiasa berharap semoga kejayaan akan menjadi milik saya. Dua abang kesayangan saya sentiasa berpesan dan mengingatkan supaya belajar rajin-rajin. " Awak tu perempuan, takkan nak kerja sebagai buruh. Jika merempat, tiada orang akan pandang". Itulah antara bait-bait ayat yang masih berbekas hingga kini.
Dan bila telah berkerjaya walaupun dengan gaji yang tidak seberapa, saya sentiasa berdoa agar tidak sekali-kali melupakan ibubapa yang semakin tua dan keluarga kesayangan saya. Seterusnya, bila telah bergelar isteri dan ibu, saya berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang baik walaupun pada hakikatnya masih terlalu jauh untuk meletakkan diri pada tahap terbaik. Pun begitu harapan menggunung tinggi agar perjalanan saya sentiasa diredhai Yang Maha Esa, tidak menjatuhkan maruah diri sebagai seorang anak dan seorang ibu serta iringan doa dan harapan ke hadrat Illahi agar maruah suami tidak pernah terguris disebabkan salahlaku saya sebagai isteri.
Maka, dalam setiap hembusan nafas dan gerak anggota diri ini, saya akan berusaha menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, isteri yang meletakkan suami di tempatnya yang wajar, ibu yang tidak pernah lupa tanggungjawab terhadap anak, seorang adik yang tidak pernah menghampakan abang dan kakak serta makcik yang sentiasa sudi berkongsi rencah suka duka kehidupan anak-anak saudara.
Justeru itu, ibubapa, suami, anak, adik beradik dan keluarga InsyaAllah akan menjadi keutamaan semestinya. Berkawan pula biarpun seribu tetapi dengan derap langkah yang tidak mengundang kepada fitnah dan salah tingkah di sisi Allah dan adab budaya ketimuran kita tentunya. Bukan lagi masanya untuk mengenang cerita-cerita lama, gewe lama, beronggeng bersukaria bak dara teruna yang kurang didikan agama. Na'uzubillah dari itu semua. Sangat tidak diterima akal, bila seorang isteri atau seorang suami keluar berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina dengan alasan tiada apa-apa, sekadar kawan biasa. Salah pada adab budaya kita dan salah juga disisi agama.
Biasanya, seawal 5.30/6,00 pagi saya memaksa diri membuka mata, keluar dari nikmat selimut dan wangi bantal busuk untuk mencari rezeki yang juga bukan sekadar untuk diri sendiri. Dan Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, kami berkongsi, berpakat, mencukup, menggenap yang akhirnya dapat kami miliki teratak tempat berteduh dari titisan hujan dan panas mentari. Kemudian, berusaha pula mencari keselesaan dalam berkenderaan yang juga untuk keluarga semestinya. Alhamdulillah, Allah amat pemurah.
Duit sedikit, kita makan kecil bersama keluarga. Duit lebih, kita makan besar, juga bersama keluarga. Ke gerai kita bersama, ke hotel juga kita bersama. Susah senang kita bersama. Apalah hebatnya seorang isteri atau suami, bila saban hari bergaya ke starbucks contohnya dengan meninggalkan suami atau isteri dengan maggi tomyam atau maggi kari.
Apalah ertinya kegembiraan memiliki barangan jenama import seandainya keperluan asasi anak kita abaikan. Gembira dan seronok bersama kawan tiada maknanya jika anak berputih mata menanti kita yang sentiasa gagal membawa balik sesuatu semurah gula-gula.
Semoga apa yang kita cari bukan sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari.

4 comments:
semua org yg terdekat sgt bertuah memiliki awak...percayalah! :)
combi,
tambah indah dgn kehadiran sahabat2 spt awak.
syabas..cetusan rasa baik di sharing..ada masa..jom singgah di norish77.blogspot.com
norish,
seadanya... t kasih.
Post a Comment