Boleh le pusing-pusing tepi rumah. Intai semut, cari belalang, skodeng "penggigit pusat". Jangan terpedaya..... Bukan saya yang kejar semut dan rakan-rakan di bawah. Sebenarnya saya terjumpa pic ini di celah-celah pic yang banyak dalam fail en suami.
Ini le dia penggigit pusat. Siapa yang kencing atas tilam, bagi le dia gigit pusat. Konon-kononnya boleh menyelesaikan masalah kencing atas tilam. Masa kecil dulu, ramai yang pernah buat kan...
2 comments:
Belalang tu kita boleh makan kan. Goreng bagi ranggup dan cecah ngan air pencecah. Buat macam makan keropok.. best!!!
cikgu rashid,
pernah rasa ke? hehehe
Post a Comment