Thursday, February 24, 2011

Siapapun Kita, Sampai Masa Kita Akan Pulang....

Sudah hampir dua bulan sekolah dibuka. Kerja... kerja... kerja... hingga tidur malamku terganggu kerana termimpi pasal kerja. Rasanya termimpi-mimpi sebab tak reti buat kerja. Hehehe sangat sedar kelemahan diri .... Kelas tambahan dan aktiviti ko kurikulum telah dan sedang berjalan seiring, senada dan seirama. Sangat meriah lalala jadinya sekolah panji ku itu.
Persoalannya, ikhlaskah kerja-kerjaku itu? Membuahkan pahalakah kerja yang disibuk-sibukkan itu? Wallahua'lam. Mudah-mudahan segala kerja buat kita bukan sahaja memberi kesejahteraan untuk kehidupan di dunia bahkan memberi kebaikan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Amin



2 comments:

Rashid said...

assalam

teringat kata seorang ustaz ..

Setiap pagi bila bangun tidur je kita digalakkan pasang niat.. "nak mendidik anak bangsa moga menjadi insan yang baik, patuh pada agama dan amalkan nilai yang baik.."

Apa yang pasti kena berniat ..

rumah kuning said...

cikgu eashid,
terima kasih krn perkongsian ini.