mentang-mentang le sepit kau ni tajam, asyik nak menyepit je ya.
Friday, November 18, 2011
Satu Sama
Hari ni cuti sekolah dah bermula. Dan hari ni jugak rumah kuning terima tetamu dari Temasik dan pulau mutiara. Tak nak cerita pasal tu. Yang makcik nak cerita adalah pasal benda berwarna oren kat bawah. Dua minggu lepas, species ini telah beradu kekuatan dgn hero kat rumah kuning hingga menitik-nitik darah di jari dan terpaksa berjumpa doktor dek kesakitan yang bukan sedikit. Hari ni, makcik terlebih rajin sikit. Nak masak le utk tetamu yang baru sampai. Sebelum menyentuh makhluk yang masih bergerak-gerak tu, makcik dah ambik langkah keselamatan. Makcik matikannya terlebih dahulu. Selepas dah berpuashati, barulah makcik pegang untuk menyiang dan membersihkannya. Tiba-tiba..... uwaaa .... dia gigit/sepit jari makcik dengan gagah perkasanya. Ingatkan dah mati. Apalagi, makcik menjerit memanggil hero yang tewas dua minggu lepas. Mesti tetamu makcik cakap, apa le bini dia ni menjerit macam guruh terkejut kerana tidak menyangka makcik yang lemah lembut ini boleh menjerit sedemikian rupa. Sakit wei. Kalau panggil ghupe berbisik, sapa nak dengar. Lama lagi le dia menyepit jariku ini.
Tapi
makcik takde le sampai gi klinik. Hehehe berlagak lagi nih. Padahal baru kena
sepit dengan ketam yang dah koma. (koma koma pun, bengkak jugak jari
makcik) Kalau kena dengan ketam yang masih segar bugar macam orang tu 2 minggu
lepas, rasanya menjejes air mata makcik sehari semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uiss biar betul kena sepit sampai koma? adoii .. ketam tu gelenyar toi.
cikgu rashid,
ketam yang koma, bukan orangnya.masa dia nak mati tu sempat lagi sepit jari saya.hehe
Post a Comment