Friday, March 23, 2012

Bilik Tidur Bak Bilik Hotel

Walaupun rumah kuning tak lawo macam rumah nenek kebaya yang baru siap direnovate tapi makcik selalu berangan utk jadikan bilik tidur makcik seperti bilik hotel. Angan-angan menggunung weh..... tapi semuanya tak mustahil kan,  Mustahil tak mustahil ....pokoknya macamana nak buat??? Semangat nih.  Rasanya apa2 hal pun, mula2 sekali  makcik perlukan sebuah lagi stor. Sebabnya macam-macam benda ada menghuni di bilik makcik yg  sudah selayaknya makcik humban ke dalam stor.. Beg besor gedabak limanam bijik  sesedap je melepak atas almari pakaian makcik, campur pulak dengan  barang-barang en suami yang  macam-macam mak nenek lagi. Barang makcik pun ada jugak. Nasib baik atas katil hanya ada bantal dan selimut je.Kalau tak, harus makcik kena tidur bawah katil. Bab baju pulak satu hal. Yang belum iron memang dok dendiam berlipat dan bersangkut dlm almari, tapi yg dah beriron tersengih di tempat pergantungannya di luar. Nak letak dlm almari, takleh sama sekali sebab nanti diorang kena berhimpit-himpit. Mesti tak pasal2 berkedut le pulak,,,, makcik jugak kena ulang iron..Baju-baju yang dalam almari tu pun, bukan semuanya makcik pakai. Tapi nak bagi kat orang, sayang. Mesti akan terjadi begini...eh ni boleh pakai lagi. yang tu muat lagi. Lastnya, semua masuk dlm almari semula.  Dengan macam-macam barang yang semuanya makcik sayang tu, makin bertambah-tambah le ketidak menjadian bilik makcik  seperti sunway Putra hotel yg diangan-angankan. Memang betullah, kena buat stor sebijik atau makcik humbankan tanpa tatatertib ke dlm mana-mana stor yg telah sedia ada. Pastu baru makcik boleh kemas dan susun cantik-cantik bagai bilik tigapat ratus semalam tuh. Kemudian beli le apa yang patut utk menambahkan seri bilik. Syoknya....mahu rasanya pukul 5 petang dah bersiap nak masuk tidur sebab bilik dah cantik.. Hehehe  Mesti nenek kebaya jealous sebab masa tu dia masih kebizian di office atau tengah merempit atas jalanraya  sambil berkira-kira nak masak apa.

OKlah...cukup-cukup le sesi berangannya.
T kasih

14 comments:

Unknown said...

berangan x salah.. dr angan2 mana tahu jadi kenyataan...

nenek kebaya said...

kah kah kah...


sedang "rumah kuning" menjadikan impian setor barunya menjadi kenyataan, pasti lah nenek kebaya ni bertungkus lumus mengupload gambar bilik tidurnya supaya "rumah kuning" lebih lebih jeles lagi..


tihtihtih.. nak pakai interior designer tak? eh tak tak tak... nak pakai khidmat "buang mak nenek yg tak diperlukan tak"? saya pakar dalam bidang tuh! berus gigi adik ipar baru beli tak sempat pakai pon saya masuk dlm tong sampah...<--- oh ini rahsia... :)

Irfa said...

mmg lah..duk dalam bilik hotel rasa macam semua cukup je dalam bilik tu.tp bilik kita segala 'mak nenek kebaya' ada ;)

Irfa said...

eh ada lagi..segala mak nenek nak sumbat.pdhal bukan guna pun :(

Rumah Kuning said...

Queen Teratai,
Betul 3x. Nak seribu daya.

nenek kebaya,
jgn jadi jahatlah. niat tu kena betul. cer dengar cakap org tua ni. hehehe

Rumah Kuning said...

irfa,
masa mengemas, yg tu sayang, yg ni sayang.semua disimpan. maka sendatlah segala rak, segala laci.

~::Chenta::~ said...

amboi

Ibuhani said...

wah! samalah kita....berangan jugak bilik cm hotel....hehehe..smoga angan2 tercapai satu hr nanti. Insyaallaha..... :)))

Rumah Kuning said...

chenta,
amboi.... hehehe berangan tak kena bayar kan.

Rumah Kuning said...

ibuhani,
yeayyy... ada geng berangan.tak dapat macam hotel 5 bintang, dapat yg 3 bintang pun jadilah ya. hehehe

kurus said...

ekkekek ieda pun selalu berangan
walau tahu x akan jadi kenyataan huhuh

Rumah Kuning said...

ieda
asalkan kita bahagia.hehehe jgn sampai jatuh katil sudah....

ZieMarziah said...

emm sama la kita RK.almari sendat ngan baju2 yang x pakai.nk buang sayang.nk bg org pun sayang emm last2 bertapa jgk la dalam almari 2

rumah uning said...

SHAHZEE,
kira normallah tu. hehehe kita kan penyayang.