Thursday, March 15, 2012

Orang Kita



Dah nama pun blogger, semua benda nak diambik gambar. hehehe kalah wartawan

1. JANGAN WAKAF@TINGGALKAN TELEKONG DAN SEJADAH
    ( TIADA ORANG BASUH DI SINI ) HARAP BEKERJASAMA.

2. Dapat pahala weh!

3. Basuhlah, dapat pahala

4. Mu lah basuh.

Begitulah catatan di dalam sebuah surau yang saya singgah dalam perjalanan balik dari Port Dickson Selasa lepas. Surau tersebut kecik je saiznya dan catatan tersebut betul-betul berada di bahagian hadapan surau. Sungguh mengganggu....... Itu kisah dalam surau.

Dalam tandas, lagi tak terjangkau dek akal. Biasa le kan, sebelum solat ramai yang berduyun menuju ke tandas. Tandas perempuan ada 3 semuanya. Semua yang masuk, beratur elok. Bagus...takde berebut-rebut walaupun ramai. Saya pun beratur le kat depan salah satu tandas. Depan saya ada seorang gadis. Di belakang saya, ada beberapa orang lagi.
 Orang yang beratur di hadapan 2 tandas berdekatan dah tigapat orang masuk dan keluar, yang tandas depan saya tak keluar-keluar sejak saya datang. Orang depan saya dah merungut bla bla bla. Pastu dia ketuk pintu. Orang yang menunggu di tandas sebelah pun menyampuk: Eeeee apa dibuatnya, lama benor. bla blabla..... Dalam hati saya, sakit perut le kot, tak keluar- keluar.
Yang tak terjangkau dek akalnya, pastu bunyi orang dalam tandas tu bercakap/bersembang guna  telefon. Orang yang menunggu di luar termasuklah saya punya le bengang. Nak bertelefon, keluar le dulu. Punya le ramai orang tertahan-tahan nak kencing  Boleh pulak dia menyembang bertelefon dalam tu.
Akhirnya keluar le jugak Minah tu. Teruja nak tengok rupanya. Oh....Comel......macam orang cerdik pandai je rupanya. Rasa nak cakap je kat dia masa tu : Kak, jgn pentingkan diri sendiri.

Kata seorang makcik yang beratur di belakang saya : Eeee macam-macam perangai orang .

13 comments:

Unknown said...

As salam RK,

Dunia ni mcm2 org ada, ragam pun mcm2... Sabar jelah... Buat peringatan diri kita juga :)

Rumah Kuning said...

marya yusof,
betul tu. mesti ingat, kita hidup bermasyarakat.

~::Chenta::~ said...

ermm Chenta pernah terbaca blogger tulis psl tandas ...

g smua surau yang berdekatannya .. kotorrnya tandas .. last2 g gereja .. ermm sgt teruja akan kebersihannya !!

kan islam tu pentingkan kebersihan ...

Rumah kuning Chenta yang merah hati tag kamu


sila-sila:
http://ceritacintachenta.blogspot.com/2012/03/segment-3-in-1-by-nabila.html

Rumah Kuning said...

chenta,
bab kebersihan ni kena terap sejak rebung lagi. bila takde kesedaran, ramai yg tak kesah dan tak ambil berat.
rumah kuning kena tag? uwaaa.....

azlanlin said...

Saya suka ayat ni...

Eeee macam-macam perangai orang .

~ itulah penambah rencah dalam Warna-warni Kehidupan..

Rumah Kuning said...

azlanlin,
Dan bukan semua sesuai dgn keinginan dan kehendak kita. apa pun mesti byk bersabar.

Irfa said...

kat opis ni ada yang cerdik pandai duk conteng dinding toilet.ramai pulop yang tukang sambung ayat ;)
sambil membuang suko soghe

Zana S said...

selalu kena. Setahun tunggu depan pintu tak kuar2. Dah kuar telipon rupanya! Rasa nak hempok tipon tu kat palenyer... Hehehe!

Rumah Kuning said...

Zana S,
memang le bengang.kalau nak menjawab telefon, keluar le dulu. ini boleh menyembang lama. org kat luar ni berbaris punya le ramai. memang patut pun kena hempuk ngan tepon. hehehe

ZieMarziah said...

hahaha tambah2 kalau kita dah x tahan sangat.mesti bara je kalau org dalam 2 kuar lambat

rumah uning said...

SHAHZEE,
bila dengar dia tengah bersembang teon kat dlm tu, memang terbakar betul.

Rashid said...

macam dalam filem P.Ramlee pula ..

lain kali, jerkah je budak pompuan tu!! hehe

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
nanti masuk surat khabar pulak, dua wanita bergaduh dlm bilik air. hehehe