Lebih seminggu takde en3. Kalau jiwa tak tenang, benda yang wajib pun tak jadi khusyuk. Apatah lagi benda yang tak wajib. Langsung takde mood nak buat. Biasa le... hidup ni tak boleh lari dari sedikit sebanyak masalah. Kadang-kadang bila kita tak suka buat sesuatu benda, dah rasa macam masalah. Hehehe takde apa pun. Tutup cerita.
Minggu lepas Sabtu pun sekolah. Lagi le macam tepu je kepala otak. Betul le....sampaikan bila pergi cari barang yg kita suka pun semua tak berkenan. . Lastnya terbeli mainan kat bawah. Pandai sungguh si Ain memujuk.
Minggu lepas jugak ada berita yang tak berapa seronok didengar. Perancangan ke Jordan pada cuti sekolah nanti terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Belum ada rezeki untuk menjejak kaki di bumi Jordan nampaknya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan. Jadi, dari KL InsyaAllah kami akan terus ke Jeddah, Madinah dan Makkah tanpa singgah Jordan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.
Di sekolah, rakan-rakan guru tengah bertungkus lumus (hehe bertungkus lumus ke?) menyiapkan kertas soalan untuk periksa pertengahan tahun. Kalau tahun-tahun lepas soalan dibeli tapi tahun ini tidak lagi.Mesti bikin sendiri buk. Saya? Dah siap..... Alhamdulillah. Kepada murid-murid yang baca blog ini, periksa dah dekat. Baca buku!!!!
Malam tadi singgah Matta Fair di KB Mall. Kerja ambil je pamplet yang dihulur. tapi takde satu pun yang tersangkut. Makcik rasa macam tak murah pun.
OK lah.... selamat berhari jumaat.
Ada orang tu hari jumaat n sabtu pun kena kursus.

4 comments:
jauh perancangan nak berjalan tu
mungkin ada hikmah disebalik tak jadi tu yg kita tak tahu
so main jelah anak patung ngan ain
hehe
irfa,
dari main anak patung tu, bik tidur. hehehe
As salam RK,
Nak buat umrah ke?? Seronoknye, jeles Marya dgr... Semoga dipermudahkan.. Amin~
Selamat berhujung minggu RK! :)
Marya,
InsyaAllah. Doakan semoga dikurniakan kesihatan & dipermudahkanNya segala urusan.
Post a Comment