Wednesday, May 9, 2012

Ibu Pun Kena Denda

Pada suatu hari, seorang budak sekolah rendah ( tahun 4 ye) marah-marah cerita kat ibunya.
Satu kelas kena denda. Opsss ada sorang yang tak kena denda iaitu ketua kelas.
Ibunya pun mulalah teruja nak tahu cerita aka sebab sekalian kanak-kanak itu kena denda.
Si anak pun bercerita.
"Gini, masa cikgu tu nak masuk kelas, dia jumpa dengan ketua kelas. Dia pun suruh ketua tadi pergi ambil barang di bilik guru. Ketua yang taat itu pun pergilah ke bilik guru.
 Bila guru masuk ke kelas,  semua orang bangun tapi ketua kelas yang biasanya bagi salam, kan takde. Penolong pulak tak biasa, jadi dia senyap je...tak cakap Assalamualaikum cikgu.. Jadi semua orang berdiri je. Cikgu tu pun marah. Terus suruh semua orang berdiri. Dah lama berdiri, cikgu tu suruh semua orang tulis ayat ni :
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam. Nak tahu berapa dia suruh tulis? 200 kali.
Macamana ni, sakit dah tangan ni tapi tak siap-siap lagi". Panjang lebar si anak bercerita.
Emaknya dah naik hantu. "Tak payah buat!!!!
Anak : Kalau cikgu marah.
Emak : Nanti mak suruh ayah telefon cikgu besar.
Pada petangnya mulalah si ayah mendail no rumah guru besar sekolah itu. Berkali-kali mendail tapi  tak dapat dihubungi. No lama kot. Esoknya si anak  pergi sekolah dalam kerisauan sebab denda tersebut belum disiapkan.

Sebaik sahaja pulang dari sekolah esoknya, Maaaak..... sebab tak siap denda tu, cikgu tambah lagi 50. Jadi 250. Uwaaaa.

Ayahnya terus mendail no guru besar. Tapi....sampai sudah tak dapat dihubungi

Lastnya.... mak dan anak bergotong royong menyiapkan denda tersebut.
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
250 X. Banyak weh.....
 

Fuhhhh..... apa rasa  ibu-ibu sekalian.

9 comments:

pB said...

hu hu hu

Rumah Kuning said...

tak patut kan? salah tak besar mana pun. sampai semua kerja rumah yg cikgu2 lain bagi tergendala krn dok tulis denda yg berkajang2 tuh. patutnya ajar le penolong tu supaya bagi salam. budak2 lain tu hanya ikut je apa yg ketua/penolong cakap. atau apa salahnya jika cikgu yg bagi salam kat anak2 murid. yg baru sampai, bagi salam kpd yang dah ada dlm majlis. #$%$#^^&*( eh macam anak kita yg kena denda. hehehe

Yellow said...

best best best

rumah kuning said...

yellow,
apa yg best?? kenduri ke.

Unknown said...

As salam RK,

Rasa kelakar pun ade juga, hehe... Tp scr rasionalnya pd pendpt sy yg tak berapa arif ni, kite dah beri tanggungjwb pd guru utk mendidik anak kite jd terpulanglah pd guru bagaimana pendekatan yg ingin dibuat as long tdk mendtgkan kecederaan yg serius sehingga cacat cela... :))

rumah kuning said...

marya,
apa pun denda macam tu salah rasanya. tambah pulak dua hari tak belajar subjek tu sbb dok tulis denda tu.blk rumah, dgn mak-mak kena tulis. cikgu pulak....rehat atas kerusi. kalau bagi soalan yg ada kaitan dgn subjek yg diajar, ok gak. banyaaak pun takpe, ada faedahnya. pendapat saya le kan. rupa marah je...hehehe hari guru dah dekat. hadiah belum cari.

Ibuhani said...

hehehe....gelihati baca ni! Tp sebg ibubapa kita harus mengajar anak hormatkn guru. Part denda tu biasalah....bukan guru jer, mak bapak pun akan mendenda kalau nk bg pengajaran.. so anggap yg itu adalah satu pengajaran bg anak2!

Rumah Kuning said...

Ibuhani,
Tapi kan kak....denda tu byk sangaaat.hehehe masih tak puas hati.

Irfa said...

melampau.
benda2 remeh mm ni buang masa.
cakap elok2 tak buleh ker?
kdg2 saya rasa sedih la bila jadi kes mcm ni..nak komplen lebih2 x boleh sbb kalau kena kat saya pun saya akan tolong anak buat.

250 banyak tu