Dalam pukul 3 petang tadi, Ain bising lapar...lapar...lapar. Makcik pun turun kat bawah, ambik tepung gandum, bawang, telur dan ikan bilis. Bancuh semuanya lalu mula menggoreng. Satu kuali dah masak dan semasa makcik nak memasukkan bancuhan seterusnya ke dalam kuali yang tengah panas itu, tiba-tiba bekas yang mengandungi bancuhan itu terlepas dari pegangan dan menjunam ke dalam kuali. Minyaknya yang panas itu tertumpah di atas tangan dan terkena juga bahagian perut dan peha makcik. Uwaaa....panas dan pedih rasanya. Terus makcik meluru ke bilik air yang berdekatan.
Dengan menjunamnya bancuhan itu bersama bekas-bekasnya ke dlm kuali, maka tamatlah acara menggoreng petang ini. Sekarang, makcik tengah berujikaji. Makcik lumurkan semua bahagian yang terkena minyak panas tadi dengan minyak kambing gurun. Orang cakap minyak tersebut mujarab untuk kes-kes seperti ini. Jadi, sekarang makcik sendiri yang menjadi bahan ujikajinya.Kita tengoklah nanti bagaimana hasilnya.
Kuat jugak makcik menjerit tadi.
14 comments:
alahai kak.. hope cepat sembuh..
Adam Hawa,
sikit je tapi jenis tak biasa dpt sakit. kecoh je lebih. hehehe
Seriau baca cerita che sue.. Semoga cepat sembuh!
nor,
ok dah. sikit je...hehehe
oh kak..
saya yang menjerit
*dalam ati la*
kena sikit pun sakit,ini byk tpt pulak tu
irfa,
ketentuanNya tp syukur api terus padam bila tersiram minyak. Kalau terbakar, lagilah berbahaya.
alahai kesiannya....semoga cepat sembuh yer....
Ya Allah.......smoga cpt sembuh ye! Hrp cara yg RK buat tu betul.......
nordee,
t kasih. ok dah sikit
ibuhani,
TQ. sikit je kak. hehehe
As salam RK,
Adus... tak terbayang keperitan kena minyak panas tu...sy klau kena setitik da jd sgt kecoh tau! Moga cepat sembuh :))
Marya,
Sikit je....tapi sakit jugak tAu.
kalau pB keno minyok panah , 'pB akae ambik minyok bekah goreng gapo-gapo pah tu chomor tepak hok keno minyok panah tu ...
kering , chomor
kering , chomor
insyaallah , tak akae tinggal parut
pB,
semula2 bulehlah kita tra. tapi mitak2 tak kena dah lepah nih. hehehe
Post a Comment