Tuesday, October 23, 2012

Biar Kalah, Jangan Mengalah

Kalut itu kalut ini, begitu begini, sedar sedar dah nak raya haji dan 2012 dah nak berakhir. Cepatnya masa berlalu. 
Untuk pelajar SPM, 12 hari lagi tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Dlm masa 12 hari ni, bersedialah apa yang patut. Biar berbaloi segala penat lelah kita selama ini.. Seperti yang saya selalu cakap, kalau tak nak main sembunyi-sembunyi di sebalik tiang atau belakang bangunan sebab malukan kawan/cikgu dek  result  yang KO bulan 3 tahun depan,  tolong belajar rajin-rajin..Gunakan sisa masa yang masih ada ini sebaik mungkin.Dalam masa 12 hari ini, jadilah seorang pelajar dalam erti kata yang sebenar dan tinggalkan kerja-kerja yang tidak berkaitan.

4 comments:

echah_syed said...

terkenang zaman kita dedulu...time dapat result nyesal tak belajar sungguh2 huhu :(

Rumah Kuning said...

echah_syed,
takpe, echah kan dah ada hero dan heroin yg dah menyambung cita-cita maknya. hehe

Ibuhani said...

Smoga Nana tenang semasa SPM nanti.....doakn Nana jugak ye RK!

Rumah Kuning said...

kak ani,
InsyaAllah. Kita doakan semoga puteri kesayangan kak ani dpt menjawab dgn baik dan memperolehi keputusan yg cemerlang.