Thursday, October 25, 2012

Dalam Kenangan

Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy.... daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe  Lupakan bab makan-makan ni.  Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam  banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama  empat lima  orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut  ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu....
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah  dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya  ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami,  "Itulah kakak yang selimutkan  saya masa dok di Arafah" . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : "Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?"
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.


Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.

6 comments:

Unknown said...

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha RK

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
T kasih. Slmt Hariraya juga dari saya.

Ibuhani said...

Tersentuh kan bila org yg x dikenali buat kebaikan pd kita! Subhanallah.....teringinnya ke sana!

Juezura said...

Terkenang juga pengalaman yang sama pada tahun lepas. Rinduuuu sangat2 suasana itu.

Rumah Kuning said...

ibuhani,
betul tu. InsyaAllah akan sampai masanya kak ani juga akan menjadi tetamuNya.

Rumah Kuning said...

kak zue,
kengangan yg memang terpahat di hati. semoga kita akan menjadi tetamuNya lagi dan lagi.