Tengahari Ahad lepas, sekali lagi kami tiga beranak bertolak ke KL. En suami ada hal sikit. Pagi tu dia ada meeting di sekolah. Kalau tak , memang kami suka bertolak awal pagi. Memandu dlm hujan dan "jem" yang meleleh-leleh bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. Nasib baik keluar je dari negeri Cik Siti Wan Kembang, takde hujan walaupun cuaca tidak panas terik. Sampai Sunway Putra lebih kurang jam 9 mlm. Macam biasa suka dok situ sebab bila en suami ada urusan, saya boleh jln2 the mall di bawah. Tak perlu naik teksi hatta melintas jln sekalipun. Dari sisi Ain pula, semestinya ada swimming pool yang best. Walaupun ada adik ipar, anak-anak saudara, sepupu sepapat, "warih warah" yang ramai di Kl tapi kami lebih suka tinggal di hotel. Bukanlah nak dok selesa sangat tapi tak nak menyusahkan mereka. Jangan ada yang berkecil hatilah ya.
Esoknya, kami (saya dan Ain) berjimba berdua. Mlmnya saya menghabiskan " I Love You, Stupid!" Sebelum ni rasa tak seronok, tapi bila diteruskan bacaaan, seronok le pulak. Betul la... best novel tu. Walaupun tajuk macm tu tapi bukan cerita cinta budak remaja akak-akak yo.
Selasa, lepas breakfast dan Ain berendam sekejap, kami bertolak balik. Perjalanan lancar hinggalah sampai area Lipis rasanya. Ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta (yg makcik nampak).
Cuba tengok pic di bawah. Cerita seterusnya berdasarkan pic di bawah.
Punyalah panjang, kenderaan yang berderet dari kedua-dua hala. Accident tu depan sikit dari lori kat depan tu. Dalam berderet-deret tu, ada juga dua tiga buah kereta yang tak sabar dan memotong ikut kiri. Rasanya tak lepas jugak sebab kat depan tu ramai polis. Bomba lagi. Geram je kita tengok.... orang lain pun nak cepat jugak. Sabar la sikit. Nak terkencing kot Hehehe
Tiba-tiba, sebuah 4WD selang sebuah depan kereta makcik, mencilok ke kiri. Eh, apahal tu. Nak potong kiri jugak ke? Tiba-tiba..... tiga beranak punya la terkejut. Rasa-rasanya lelaki tu buat apa??? Selamba je Ain cakap. Macam k.........g, pancut je kat tayar. Maaf lah ya. Itu kenyataan spontan anak saya yang berumur 10 tahun.
Selepas setengah jam melangut dlm kereta dengan hujan rintik-rintik, kami meneruskan perjalanan. Seterusnya singgah solat dan makan di R&R Gua Musang. Masa saya masuk surau tu, saya nampak seorang kanak-kanak dlm umur tiga tahun (berdasarkan saiz) sedang solat bersama dua perempuan dewasa di sebelah. Mungkin ibu dan neneknya. Kanak-kanak tu lengkap pakai telekung. Saya dan Ain solat di belakang mereka. Lepas mereka solat, perempuan dewasa tersebut, buka telekung kanak-kanak tersebut, pastu buka seluar, buka pampers yang dah super gemuk dan tukar dengan pampers baru. Uwa..... tukar pampers atas sejadah,dengan sebelah kanannya orang tengah solat, belakangnya juga orang tengah solat. Ibu-ibu, Macamana kalau air kencing tu terkena sejadah, terkena lantai. Buat kerja tu pulak depan orang yang tengah solat. Bukannya takde tempat lain yang sesuai untuk menukar pampers. Tolonglah.....
Masuk je K. Krai, hujan dan gelap (takde la macam mlm). Dipendekkan
cereita, pukul 7 lebih kami sampai di rumah. Malam ada tetamu dan 11
lebih ZZzzzz.
6 hari lagi, sekolah buka.
Harap maklum. hehehe
Sekian, Wassalam
3 comments:
mmg tinggal di hotel lebih selesa dari di rumah saudara.. lebih2 lagi bila kita tidak mahu menyusahkan orang kan.. kdg2 mmg rasa pelik dgn org yg tek peka dengan keadaan sekeliling.. kita nak menegur takut menjatuhkan air muka dia pulak kan.. sudahnya boleh geleng kepala ajelah..
alamak... tak khusyuk dah solat .. huhuhu.
Hanis Azla,
betul tu. kita kena peka dgn keadaan sekeliling.
MystoryPic,
Hehehe kesian kita. Rasa nk sound je sebijik. tapi tak de kekuatan le pulak.
Post a Comment