Monday, February 4, 2013

Bantu Bila Mampu

Kita tidak akan menjadi miskin atau susah, hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada kekayaan atau harta kita dengan orang lain. Malah, InsyaAllah akan digandakan lagi oleh Allah swt dengan cara yang tidak terjangkau dek fikiran kita.  Jadi, banyakkan bersedekah dan berbelanja untuk meringan dan membahagiakan orang-orang di sekeliling kita terutamanya  yang susah, yang payah dan yang miskin dek kurangnya harta.

Cuba perhati
Jering yang tidak gugur
Lama kelamaan  akan  kering
Dan  rosak jugak akhirnya.

12 comments:

Irfa said...

hebat perumpamaan itu :)
sian en jering
tetiba teringat sambal jering

Rumah Kuning said...

irfa,
macamana le rupanya sambal jering tu? apa pun jgn jadi tangkai jering. hehehe

pB said...

pB pernah duduk di Taman Padang Tembak
Rumah kat blok M

Rumah Kuning said...

pdg tembak meriah sokmo la ni

Ibuhani said...

Betul tu....bersedekah wpun sedikit dpt mmbntu kita dims akhirat nnti insyaallah........

Munn Jaafar said...

yup...betul sgt2...jgn kehun ok!

Rashid said...

Saya memang setuju 110%. Bila kita 'memberi', kita akan 'diberi' tanpa kita sangka-sangka .. perkara ini dah banyak berlaku pada diri saya sendiri. Sesungguhnya janji Allah itu benar ..

Rumah Kuning said...

k ani,
sebenarnya itulah pelaburan kita utk akhirat.

Rumah Kuning said...

munnafendy,
dlm harta kita ada hak orang lain. tapi ramai yg buat-buat lupa.

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
setangkai kita memberi,InsyaaAllah Dia akan gandakan bertangkai-tangkai.

Irfa said...

emm nak tunjuk gambar pun xdok
sbb lama x jupo jering
balik kg tu ari pun xde

Rumah Kuning said...

irfa,
org cakap jering yg dijeruk, sedappp. hehehe