Alhamdulillah makcik sekeluarga dah selamat sampai rumah selepas empat hari meninggalkan bumi Cik Siti Wan Kembang dan menempuh perjalanan lebih 1700 km. Gigih nak berjalan, sampai sanggup keluar rumah jam 3.30 pagi. Singgah solat Subuh di Bukit Besi dan sampai di Lotus Desaru pada awal petang. Sempatlah berendam, bergelongsor sejam dua pada petang tu. Luas gila kawasan resort ni. Biliknya pun luas dan amat selesa. Kira berbaloilah kami datang jauh-jauh. Mula-mula sampai, orang tak ramai sangat tapi esoknya punyalah ramai orang sampai tempat parking yg seluas-luasnya tu boleh penuh. Rasanya separuh pengunjung dari Singapore.
Dua mlm di Sunway Putra. Lepas breakfast pagi tadi kami bertolak balik dengan hujan hampir sepanjang perjalanan. Terima kasih banyak-banyak kpd Abang Man yang sekali lagi belanja nasi arab.
Makcik kecik tunjuk skill menyelam.
2 comments:
ke kota singa?USS ke?
irfa,
dak gi uss, ronda2, makan2 je.
Post a Comment