Makcik tersedar dari tidur bila dengar en suami sedikit terkejut : eh, dah 6.30. Kami bingkas bangun dan terus ke bilik air. Dah lewat, mesti la melompat seolah terkena kejutan elektrik.
Masa makcik dan Ain tengah bersiap-siap, en suami dah keluar rumah dan meluncur pergi sekolah.
Tak lama lepas tu, bunyi kereta en suami masuk semula dan pintu rumah di buka. Dalam hati, apa pulak yang tertinggal. Dah le lewat.
Ain : Abah... bakpo balik pulak?
En suami : Tak subuh lagi.
Ummi & Ain : ????? kah kah kah
En suami : Abah sampai pulabelanga, sunyi je. biasanya sampai situ, org turun masjid, lepas sembahyang subuh. Abah tengok jam, rupanya tak subuh lagi.
Ain : Tadi kita sembahyang subuh.
Abah : yalah, tadi abah ingatkan dah subuh.
Maka makcik pun sambung tidur sambil berangan result SPM SMK Panji yang melonjak naik. Hehehe padahal takut.
Cerita pasal result la pulak.
Makcik dan Datin PKP keluar dari sekolah pukul 9 pagi. Sampai PPD, tu dia...Dah penuh dewan dengan cikgu-cikgu yang nak ambil result periksa.. Biasanya takde la penuh macam tu. Rupanya hari tu diumumkan juga result STPM ( 6 Rendah ). Dah ambil result, tengok lebih kurang, kami pun balik sekolah. Buat analisa ikut kelas, cari calon cemerlang dan sebagainya..
Alhamdulillah peratus kebanyakan subjek meningkat dari tahun sebelum ni dan GPS pun semakin mengecil aka meningkat. Syukur sangat-sangat. Tahniah kepada calon yang berjaya dgn cemerlang. Tahniah juga kpd semua guru SMK Panji.
8 comments:
hehehe......semua kalut pg2 lg...tahniah pd yg berjaya n guru2 seknya jugk
haha!! gelak saya ngan en suami tu ..
Tu dia.. Kalut sampai mcm tu sekali.. ekekeke
ibuhani,
celik mata terus ingat sekolah. dlm mamai2 dah tersilap tengok jam. nasible...
cikgu rashid,
nasib baik belum sampai sekolah. kalau tak, mesti pakcik "jaga" ingatkan pencuri.
Esah,
sekali sekala. hehehe
kah kah kah
penah kena..solat subuh jam 5.00 pagi sbb igtkan dah kul 6.00 huhu.sian anak bujang sbb kena solat subuh 2x
irfa,
ain pun marah sbb katanya kacau dia tidur. hehehe
Post a Comment