Monday, March 11, 2013

Kerana Mulut

Memang kita dikurniakan mulut untuk bercakap. Walaupun  kita boleh bercakap. tapi pilihlah masa  yang sesuai. Kalau orang tengah bercakap/ berceramah kita pun bercakap, baik takyah susah-susah datang dengar ceramah. Tidur lagi bagus.  Dalam kain sembahyang  bercakap, tengah menadah tangan berdoa pun bercakap, dalam dewan  bercakap, cikgu tengah mengajar dalam kelas pun bercakap, semua tempat tak berhenti bercakap, makcik rasa nak lempang je  memang menyusah dan mengganggu orang sekeliling. Bila mengganggu orang, tak pasal-pasal dapat dosa.

Baik macamana sekalipun kita, kalau bercakap tak kira masa, tak kira tempat, termasuk juga kita dalam kategori orang yang tidak beradab.

Jangan salah faham pula. Bukanlah tak boleh bercakap langsung. Tapi pilih masa, pilih tempat dan bercakaplah perkara-perkara yang baik dan tidak melalaikan kita.

2 comments:

Irfa said...

sy paling bengang org bercakap dlm surau.gannggu org lain solat..baca fatihah pun ulang kali :(

Rumah Kuning said...

irfa,
budak2 sek pun mcm tu. Asyik ingatkan benda yg sama. Tapi tetaaap jugak bercakap.