Harini kali pertama Ain mendapat lesen dari kami untuk ke rumah kawan sekelasnya,Syahirah (anak kawan kami juga sebenarnya). Ayahnya pernah mengajar bersama semasa kami suami isteri mengajar di SMK Dato' Ahmad Maher dulu. Emaknya pula pernah mengajar bersama saya di SMK Panji. Ain cakap kawannya buat birthday party. Yang dijemput BFF je. Kelass kau Ain..... Jadi selepas habis kelas tambahan pagi tadi, ibu Syahirah akan jemput mereka di sekolah. Bawa balik dan seterusnya akan hantar ke sekolah semula untuk kelas tambahan petang nanti.
Kali pertama ke rumah kawan tanpa kami. Maka berjela-jelalah amanat dan pesanannya. Kena begitu kena begini, jangan itu jangan ini. Yang empunya diri, eemm emmm mengangguk sesaja. Mau tak mengangguk, harus berputih mata tak dapat lesen. Ngeeee
Tak sabar nak dengar cerita Ain petang nanti.
Jom makan tengahari.
3 comments:
pesan jgn tak pesan
anak2 bawak nama kita sbg ibubapa
kalau buat perangai x elok, nnt yg disebut 'mak ayah tak ajar'
tak gitu?
sedap lauk tu,ada pulop budu yg tak tahan tengok,adus
hehehe.... mesti Ain senyum lebar dapat lesen
irfa,
normal la kan... bimbang takut langgar macam2 rumah orang. hehe
MystoryPic,
Teruja.... nak bergumbira dgn kawan2 di luar dari sekolah.
Post a Comment