Tuesday, October 21, 2014

Air Dingin.

Untuk pengetahuan adik kakak sekalian (macam le ramai orang baca blog ni) Air Dingin adalah satu tempat yang terletak di Tumpat, Kelantan. Iaitu tempat asal nasi air dingin yang masyhur itu.  Makcik cakap masyhur sebab di KB ni, kebanyakan kedai makan dan kopitiam ada jual nasi ini. Di tepi-tepi jalan pun ada. Di tepi jalan sekitar Panji ni, rasanya 3 tempat ada jual nasi air dingin. Dan jangan tak tahu, tiap pagi nasi ini diterbangkan ke KL. Ianya dijual dengan siap berbungkus macam pic di bawah. Lauknya gulai kuning ikan tongkol atau gulai ayam dan sambal. Itu sahaja. Takde sayur, takde ulam tapi menjadi kegilaan ramai termasuklah makcik. Ok setakat ini sahaja. Makcik bukan duta nasi air dingin ye.


Untuk breakfast ye. Jangan le cari tengahari atau malam

4 comments:

Irfa said...

x pasti penah rasa ko dok
balik baru ni make hok cop kak chik tu, sedak jugak. mokcik jual tu kata demo ambik naik kapal ke kl jugak
simple je tp sedak

Rumah Kuning said...

irfa,
yg tk bestnya cepar benar naik harga. Sekarang ni dah RM3 sebungkus.

Irfa said...

kuar kt INSTAGRAM baru ni
kaknohnasiberlauk
lagi gelemer lah, rega pun dah naik
tp xpelah, naik kapal terbang mesti lah rega lain..janji kualiti sama
ok je

Time Traveller said...

Pagi2 makan breakfast macam ni mmg terbaik la :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/12/jordan-part-4-river-trekking-wadi-al.html