Sunday, May 3, 2015

Ke Bagan Lalang Pulak Kita

Berhujung minggu di n 9 lagi. 
Petang jumaat, sepupu menelefon ngajak keluar makan di Bagan Lalang. Makcik kabor tak payah le, nyusahkan dia je dengan anak-anak kecik. ( Satu hal lagi, makcik  dah janji ngan ain nak keluar mkn kambing bakar. Yang ni idak le teman kabor ngan sepupu ) Tapi bila dia beria-ia mengajak, makcik pun bersetuju la mengikut ke Bagan Lalang. Pukul 8 lebih baru bertolak sebab sepupu dari Seremban  Dipendekkan cerita, bila sampai di kedai yang dituju; kalau tak silap Senandung Malam Seafood namanya, punya la ramai manusia. Terpaksa menunggu dan lama jugaklah berdiri sebelum berjaya dapat meja. Terserempak pulak dengan jiran sekampung. Katanya dah sejam  dia menunggu, tak dapat-dapat lagi makanannya. Tapi memang ramai bebenor orangnya pun.  Akhirnya, selepas dua kali sepupu terpaksa membeli mainan untuk anaknya di kedai sebelah, barulah kami dapat  makanan.
Inilah rupanya.
Siakap 3 rasa memang A. Sangat sedap.
Yang lain-lain tu sedap jugak, tapi tak capai tahap A di tekak makcik
 Walau apa pun, Alhamdulillah, syukur.

Oppssss, ada satu yang tak syok. Kenapa diorang guna gelas plastik????


sepupu, terima kasih daun keladi.

No comments: