Sejak 2, 3 hari lepas makcik dok ingat dan tunggu 15 hb. Banyak pulak peristiwa pada tarikh tersebut. Calon SPM periksa P.Islam 15 hb. Annual dinner pun pada tarikh tu jugak. Lagi satu.... 15hb adalah birthday makcik. Entah kenapa, tang birthday tu sentiasa dalam fikiran. Sebelum tido mlm tadi, check fB, whatsapp, takde sapa pun ingat birthday makcik. Bangun tidur pagi tadi, semangat lain macam walaupun kaki masih sakit. Maklum le, hari ni birthday kita.
Sekejap tadi, selepas semua calon SPM masuk dewan, sekali lagi makcik check fB, whatsapp, wechat semua. What??? Sapa pun tkdak bagi ucapan. Macam mustahil je. Takkan la ain pun tak ingat.
Termenung kejap. Ohhhh..... baru teringat, rupa-rupanya birthday makcik 15 Jan. Bukan 15 Nov. Kwang...kwang..... Nak birthday dua kali setahun la pulak!!
Ok. Lupakanlah birthday cake. Diet...diet..
No comments:
Post a Comment