Macam biasa, setiap kali hampir musim cuti sekolah, banyak le orang ngantar kad jemputan. Fuhh... kad jempuan kahwin pun kemain lawa dengan macam-macam petern. Yang pasti dah jarang jumpa kad macam makcik kahwin dulu-dulu. Sekarang ni, kad tiga segi ada, macam bil letrik pun ada. Ada je idea demo ni. Panjang pulak muqaddimah kali ni.
Adapun yang makcik nak cerita (cewahh) kad, pelamin, menu, semua boleh berubah dan tak salah pun jika limabelas kali semeta berubah. Yang tak berubah-ubah dan tak boleh berubah adalah tanggungjawab dan hak suami isteri. Yang ni tak boleh ikut trend semasa dan tak mengira siapa pun kita. Suami ada tanggungjawab, isteri pun ada tanggungjawab. Suami ada hak, isteri pun ada hak. Jangan dok berebut dan jangan dok melepaskan diri. Allah dah tetapkan tanpa boleh diubah kecuali dengan persetujuan pasangan masing-masing. Contohnya (macam ceramah nikah kahwin la pulak) Sambung balik, contohnya sediakan nafkah itu tugas suami. Tidak boleh sama sekali suami melepaskan diri dari memikul tanggungjawab itu dengan apa alasan sekalipun. Isteri kaya ke, isteri pangkat besar ke, suami tetap wajib memberi nafkah kpd keluarga. Jangan sekali-kali minta isteri keluarkan duitnya walaupun berguni untuk beli beras, beli cabai, bawang dan sebagainya. Tapi kalau isteri redha,dengan sesuka hati tanpa diminta telah keluarkan duit untuk semua bayaran tersebut, tidak la pulak menjadi satu kesalahan. Jangan buat-buat lupa sang suami semua. Ingat, di akhirat nanti, bukan hanya ada syurga tapi ada juga neraka.
Perkahwinan ini satu perkongsian ye anak-anak. Ada kasih sayang, belas kasihan, percaya mempercayai, hormat menghormati dan sebagainya. Jangan le kongsi masa senang je, hormat sekali sekala, sayang & kasihan pun ada ketika je. Makcik dah kahwin 20 tahun lebih ( oppsss...lupa nak cakap, siapa yang dah kahwin lebih 20 tahun, tkyah baca) Sambung balik, dalam berumahtangga ni, jangan ada rahsia antara suami isteri. Kalau dah rahsia itu, rahsia ini, lama-lama tidak mustahil porak peranda lah rumahtangga. Macamana nak bahagia kalau kita tak tahu pasangan kita pergi kemana, balik pukul berapa, kalau tak balik, tidur dimana. Lene ko perut kalau pukul 7 tak balik lagi, pukul 10 tak balik lagi, pukul 2 dak lagi, pahtu katakanlah balik pukul 3, takleh tanya pulak dari mana, buat apa pukul 3 pagi baru sampai rumah. Kalau tanya, mengamuk. Bahagia ke hidup berumahtangga lagu tu kira? Maaf la ya. makcik ni kalau masuk bab marah, bab berleter, keno guna loghat klate, baru jeliro.
Makcik rasa, sesuai la sangat makcik pilih tajuk ni sebab cuti ni ramai nak kahwin. Jangan dok i love u, u love me saja. Tanggungjawab besar menunggu sebaik saja mertua dan menantu melafazkan ijab dan qabul. Jangan dok fikir menu itu menu ini, pelamin gitu, pelamin gini je. Cuba kira tanggungjawab masing-masing. Jangan pulak lepas kahwin dok badi lepas tekok.
Satu lagi, makcik nak ingatkan, kita kahwin dengan anak orang kan? Bila anak orang, dia ada ibubapa, adik beradik dan saudara mara. Jadi, kita mesti berhubung baik dengan mereka semua tu.. Dengan kata lain, kita mesti menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti adil jangan dok berat sebelah. Kita ada keluarga, dia pun ada keluarga, Jangan ambil isteri, atau ambil suami, pahtu lantaklah keluarga sakit ke, mati ke, kita tinggal atau buang semuanya. Jangan sampai ibubapa mana-mana pihak berkecil hati dengan kita atau pasangan kita. Tolong ingat ya anak-anak, siapa yang berkorban hingga kita atau pasangan kita jadi seperti sekarang. Bukan pasangan kita kan??? Jangan sampai mak ayah berkecil hati dengan kita. Nauzubillah min dzaalik.
Akhirnya makcik nak pesan, hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya.. Ada manis, ada pahit. Tapi percayalah, Allah tidak uji melebihi kemampuan kita. Setiap masalah ada penyelesaian dan ada jalan keluarnya. Yang penting, jangan hanya menyerah. Andai tiada bahagia kita bersama pasangan, Allah membenarkan kita berpisah. Nauzubillah. Ketahuilah, Allah maha pengasih dan penyayang. Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan tempat kita berserah.
Semoga ketenangan, kegembiraan dan redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita bersama pasangan dan seisi keluarga. Aamiin.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.
No comments:
Post a Comment