Sunday, February 19, 2012

Punyalah Lama, Makcik Tertipu

Masa kecik-kecik dulu, sebaik  bangun pagi  mesti  pasang radio. Masa tu rumah saya hanya ada radio, takde TV. Jadi sambil mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah, sekali sekala juruhebah  putarkan lagu Arab. Serius...masa tu bila dengar je lagu Arab, ingatkan nasyid memuji-muji Tuhan. Best je dengar walau tak faham sepatah perkataan pun.

Bila masa berlalu dan rumah saya dah ada TV, barulah saya sedar rupanya lagu Arab yang biasa saya dengar zaman kecik-kecik dulu rupa-rupanya lagu cinta yang penyanyinya punyalah seksi seksanya. Masa nyanyi, siap gelek-gelek lagi. Hehehe Memang makcik betul-betul tertipu.

Saturday, February 18, 2012

Semua Ada....Terima kasih

Assalamualaikum
Pagi-pagi dah nak membebel.
Sejak dua menjak ni (potong markah- salah penggunaan bahasa) tiap kali makcik nak kemana-mana luar dari nageri cik siti wan kembang ni, mesti makcik akan google n baca sana sini apa  yang ada kat sana, nak menginap dimana, apa yang murah, apa yang mahal, apa yang special, macam-macamlah. 

Kalau nak berjalan jauh lagilah pulak. Kerja menggoogle je dua tiga hari. Siap cari nak kena bawa apa, nak makan kat mana, beli barang kedai mana, nak kena naik bas ke, sewa teksi ke. Dan yang syoknya, semua tu ada dicerita siap dengan panduan-panduan dan petua-petuanya. Sungguh berguna terutamanya kpd makcik yg dok ceruk kg ni.. Terima kasih kepada  yang sudi berkongsi cerita setiap kali makan angin atau berjalan dalam atau luar negara.  Dari info itulah makcik buat persediaan,  buat perancangan supaya  perjalanan makcik  menjadi lebih menarik dan tidaklah kelam kabut mahupun ribut.

Sekali lagi terima kasih untuk semua.

Friday, February 17, 2012

Siapa Tak Siap Kerja Sekolah, Kena Denda

OK tak kalau murid-murid tak siap kerja sekolah, cikgu denda. Ok le kan.... asalkan jgn denda yg bukan-bukan. Ke tak Ok?  OK le tuuu....sebagai peringatan, lain kali mesti buat.
Sebagai ibu prihatin,(perasan le tu) tiap-tiap mlm makcik tolong budak tahun 4 ni buat kerja sekolah. Tapi kan, bukan semua subjek makcik tahu. Sedar diri di situ.hehehe  Nasib baik ada pakcik google. Ia banyak membantu makcik. Yang terkini makcik diminta oleh si kecik kat bawah ni utk senaraikan 10 peribahasa berserta maksudnya. Dedulu ada buku peribahasa tapi dah berzaman tak guna. Mestilah  dah jadi abu di  tempat pelupusan sampah. Makcik terus dptkan khidmat pakcik google  dan hasilnya bukan setakat 10, berpuluh-puluh pun boleh makcik senaraikan. Kacang je.... Barulah tuan punya kerja sekolah boleh tersenyum.


Dunia Akhirat Kita Nak

Kelmarin, ada  sambutan Maulidur Rasul di sekolah.  Ada ceramah, kuiz, selawat dan bersambung pulak dgn majlis perpisahan PK Ko yg naik pangkat jadi PK Pentadbiran  dan PK Petang yang jadi PK HEM. Kedua-duanya akan berpindah ke SMK Badang. Majlis berakhir dengan jamuan nasi di kantin sekolah. Berselera kanak-kanak ribena  makan nasi berlaukkan gulai kawah. Lupa nak snap gambar diorang.

Nampaknya warga sekolah semakin sibuk. Biasa la kan... macam-macam program telah dan  akan dijalankan. Antara yg sempat saya catat masa taklimat guru baru-baru ni:

Ahad 19 Feb (lps sek) - Masyuarat kecemerlangan SPM & PMR
19 Feb (ptg) - Bermula latihan rumah sukan
26 Feb - Bermula kelas tambahan lepas sek.
27 Feb - Ada program utk pemimpin pelajar.
28 Feb - Pelancaran Program Guru Penyayang.
28 Feb - Ceramah AADK
5 Mac - Program LPPN bersama pelajar ting 4
6 Mac - PKBS 1 bermula
3 Mac - Sek  ganti
3 Mac (ptg) - Mesyuarat PIBG

Semua ni utk awak ya.....murid-murid sekelian.
Jgn buat-buat lupa, USAHA JADI YANG TERBAIK.


Dan semoga  mendpt ganjaran setimpal dari Yang Maha Esa.

Wednesday, February 15, 2012

Ikan Tongkol Portfolio

Balik sekolah, terus ke dapur. Keluarkan ikan. Selepas digaram kunyitkannya, goreng. Kemudian, terfikir...kuahnya takde. Terus kupas bawang, tumbuk dan masukkan dlm ikan tadi. Dah layu dan naik bau, tuangkan kicap.Jadilah ikan tu lembab-lembab sikit. 
ok...siap. Gandingkan dgn sambal belacan. Fuhhh sedapnya. 
Hairan...kenapa sedap sangat.
Oh...patut le sedapppp. Rupanya hari ni tak pergi kantin. Bila lapar, semuanya jadi sedap.

Ikan tongkol je pun.
Kalau awak masak macam ni dan rasa tak sedap. Itu tandanya awak belum  lapar.
Jadi, tunggu lapar dulu baru makan.
Gerenti sedap.

Ain: ummi, cikgu suruh buat portfolio.
Malam ni berportfolio lah makcik.

Monday, February 13, 2012

Wahhh...Dia

Pagi tadi dia hantar SMS.
Cerita Cikgu Nasir dalam  New Straits Times hari ni muka surat 14.
Saya reply : Sekolah saya tak langgan NST.
Maka saya terkelip-kelip cari NST guna telefon.
Alhamdulillah.... jumpa.

 

Friday, February 10, 2012

Merapu Pagi Jumaat

Kelmarin, Khamis.
Bangun pagi, terkejut ada tetamu aka kawan bermalam dalam kereta depan rumah. Masa sampai, diorang tak sampai hati nak kejutkan kita sebab dah tengah mlm......kesian.
Tengahari baru tahu ada taklimat lepas waktu sekolah.  Sebenarnya dah diumum hari sebelumnya tapi saya tak perasan.
Lepas taklimat, balik rumah selesaikan apa yang patut. Kemudian terus ke TH Kota Bharu. Malangnya,  masa  sampai, pintu dah ditutup dari dalam walaupun masih ada yg tengah berurusan. Masa tu baru pukul 3.30. Memang hari Khamis TH tutup cepat ke? Ehhh...Siap bagi soalan.
OKlah, Nak gi basuh kain kat sungai  le pulak. Esok sekolah ganti. Jadi, hari ni kena kerja lebih masa. Masa cuti hari tu kemain lagi seronoknya. Hari ni, rasakan....  hehehe jom ke sungai basuh kain....

Kerana Kita Sayang Mereka

Dalam dunia sekarang, kita tak mampu nak sekat anak-anak kita dari berjumpa dan bergaul dengan bermacam jenis manusia yang sudah tentu bermacam-macam gaya dan cara hidup. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita nak  mereka jadi anak yang baik  dan hamba Allah yang taat walau dimana mereka berada dan dengan siapa mereka bergaul.
Sebolehnya kita nak anak-anak kita jadi seperti ikan yang tetap tawar walau berada di lautan yang masin. Kita nak mereka baik tingkahlaku, tahu halal haram dan tidak sekali-kali mengabaikan amal ibadat walaupun ketika berada dalam kelompok orang-orang yang tidak mengambil berat soal tersebut.  Jadi, macamana kita nak mengelakkan mereka dari menjadi masin atau  terpengaruh dengan tingkahlaku dan cara hidup orang-orang di sekeliling yang kadang-kadang tidak sama/bertentangan dengan ajaran dan didikan kita? Tidak lain tidak bukan ianya memerlukan tunjang dan perdu yang teguh agar pengaruh atau badai yang menggila sekalipun tidak mampu menggoyah ketahanan dan keimanan dalam diri anak-anak kita.
Akhirnya, untuk kuat dan teguh, semai dan tanam sekarang secara berterusan....usah tunggu sehingga anak-anak kita menjadi buluh.



Tuesday, February 7, 2012

Baju Saya Saiz S

Baru balik dari rumah seseorang.
Ada meeting kat sana.
Rumahnya...fuhh  besar, luas, simple, comel....gabungan semua tu lah
Dengan kata lain, memang wowww ..... menarik tertarik.
Balik-balik  rumah,
Terus nampak berkulat, kelabu, berdebu, Entah apa-apalah
Rasa nak cat baru,  perabut baru, langsir baru....semua nak baru.
Hehehe
Macam tak bersyukur je.
Tak baik kan?
OK...OK
Syukur dengan apa yang ada.
Syukur sangat-sangat.


Dan mesti sedar
ukur baju di badan sendiri..

Saturday, February 4, 2012

Mood Takde Mood

 Belek-belek, pilih-pilih dan keluarkan sepasang baju dari almari.
Turun bawah untuk ambik tudung yang sepadan dengan baju yang dipilih.
Terserempak dengan periuk berbaki kuah sup semalam lalu membasuhnya.
Tiba-tiba : Saya gi sorang je lah.
Saya : Takpe ahh...
Naik atas, berinternet yg sekejap ok dan sekejap putus. Menyampahsss.....


Ainnn...... jom kita keluar.

Friday, February 3, 2012

Yang Pasti....Giliran Kita Akan Sampai

Assalamualaikum.
Kelmarin tengah ngajar-ngajar dlm kelas, tiba-tiba tercerita pasal mati. Saya cakap le kat budak-budak dlm kelas tu. Akan sampai masanya, orang datang  ramai-ramai kat rumah kita. Pastu dlm perjalanan datang/ dlm perjalanan balik, orang akan tanya : Eh, ramai-ramai ni nak gi mana?
Orang yg ramai-ramai tu akan jawab: Nak gi rumah Fatin/Syazwani/ Amirul (saya sebut nama budak-budak dlm kelas tu). Dia meninggal malam tadi.
Uwaaaa...diorang menjerit ramai-ramai.
Saya menyambung: Suka ke tak suka, bersedia atau tak bersedia, masa tu akan sampai. Giliran kita akan tiba.

Dan semua yang berada dalam kelas tu mendiamkan diri.

Tuesday, January 31, 2012

Nasib Badan

1.
Ummi : Ain, tutup TV, ngaji Quran pulak.
Ain : Kejap la... nak tengok kartun ni.
Ummi : Dari tadi lagi Ain tengok TV. Tutup le.....ngaji pulak.
Ain : Kedekutlah ummi ni.


2.
Ain : Ummi, Ain nak mandi swimmming pool.
Ummi : Petang ni le kita mandi. Sekarang ni panas lagi.
Ain : Boleh le...
Ummi : Panas lagi ni. Petang ni le.
Ain : Ummi ni kedekutlah.


3.
Ummi : Bersiap cepat. Kita nak gi Kota Bharu.
Ain : Ain taksir gi.
Ummi : Ain nak dok rumah sorang-sorang? Ummi ngan abah nak gi lama.
Ain : Ummi kedekuttt.

Semua  situasi dibantainya kedekut. Sikit benorlah vokeb budak Ain nih.

Tuesday, January 24, 2012

Cerita Seminggu

 Assalamualaikum. Lama tak update blog.
Cuti CNY  lepas, adik ipar kawin. Jadi boleh tahan jugak makcik menyibukkan diri.
Tak sempat nak update blog.
Padahal makan je lebih, kerja tak seberapa. Hehehe
Siapa berani cakap gitu, nampak tak gunting kat bawah?. Nak makcik gunting mulut???

Inilah pengantinnya. Adik bongsu en. suami.

Lepas je kenduri hari tu, makcik tak tunggu-tunggu lagi. Terus  cuti-cuti Malaysia. 
Awal pagi Selasa lepas, kami tiga beranak terus ke KL. Dua malam berada di sana.
Pemandangan dari Sunway Putra Hotel

Berendam memang takleh tinggal

Suka le tu....
Maknya yang tak berapa nak suka sebab terpaksa melangut tepi kolam berjam-jam.
Dari KL perjalanan diteruskan menuju  ke N9. Singgah Seremban kejap pastu terus ke Kuala Pilah. Acara diteruskan dgn melawat Muzium Diraja Sri Menanti.

 Bersama Prof Dr Hj.Muhammad Fauzi, isteri dan anak-anak melawat muzium.

 Model bergaya dalam muzium.

Seterusnya, kami dibawa  oleh Prof Fauzi ke rumahnya.
 Model tak berbayar posing depan pagar rumah.


 Sebaik sahaja  pintu pagar dibuka, makcik betul-betul terpegun.
Wowww...........
 Ada sebuah masjid

 Rumah Darat


 Rumah ??? ( maaf...tak ingat rumah apa)

 Rumah Darat dari pandangan sisi.


 Dan rumah ketiga. Tempat kami tiga beranak bermalam.
Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, suasana aman damai ....
Oh seronoknya berada di sini.


 Comel......melengkapkan lagi 3 buah rumah yang unik itu.


  Ini pun sangat memikat hati.

 Macam-macam barang antik ada

 Siapa kenal benda ni?
Betul-betul rasa seperti berada di sebuah muzium.

Basikal pun banyak. Tetamu yang datang boleh berbasikal di sekitar kampung.
Ain ngan abahnya tak melepaskan peluang meronda menggunakan basikal ini.

Esoknya, selepas makan pagi kami meneruskan perjalanan ke Taiping, Perak. Petangnya macam biasa terjun kolam dan pagi esoknya melawat Zoo.

Dapat berendam. Suka le.....


Lawatan sambil belajar???


Penat berjalan, posing...

Posing lagi....
Dah habis satu pusingan, kami bertolak balik. 
Alhamdulillah, kelmarin sampai di rumah jam 5 ptg  selepas 5 hari 4 malam meninggalkan rumah kuning.


***Terima kasih kpd Prof Dr Hj Fauzi, isteri dan anak-anak kerana menyediakan tempat tinggal yg istimewa utk kami bermalam. Juga kerana makan minum yg sangat  menyelerakan sepanjang kami berada di Kuala Pilah.
***Terima kasih juga kepada En Othman (abg Man ) dan isteri kerana  mengambil dan menghantar serta menjamu kami sekeluarga. Mee udang sangat yummyyy..........





Saturday, January 21, 2012

Sayang Kawan....Doakan Mereka

Doakan kesejahteraan kawan. Selalu tak? Tahniah kpd yang mengangguk. Nampaknya anda kawan yang baik. Tapi kalau setakat selalu jumpa, manis mulut tapi kedekut nak doakan kawan, adakah boleh dikategori kawan yang baik? Bagi saya, tak selalu jumpa pun ok la kot. Tapi setiap kali jumpa mesti cakap yang elok-elok dan yang lebih penting sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat.


Tolong ketika dia susah juga.....

Friday, January 20, 2012

Memang Nak Bijak

Assalamualaikum....Dah Jumaat.
Makcik nak membebel kejap. Ringkas je. Hehehe
Bijak......Semua orang nak jadi bijak.Kalau boleh kita nak semua anak pinak, saudara mara  dan rakan taulan kita bijak semuanya. Bagus... satu harapan dan doa yang baik. Bila dah bijak, mudah-mudahan  ianya dapat digunakan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara dengan meletakkan agama di tempat yang paling utama. Tapi sayugia diingat, penyalahgunaan kebijaksanaan  boleh mendtgkan penderitaan yang bukan sedikit.Yelah kan.... kesan kejahatan yang dilakukan si bodoh tidak sehebat  kesan kejahatan yang dilakukan sang bijak pandai.

Jadi, tolong titik beratkan pendidikan agama kpd anak-anak kita..
 Selamat berkenduri kendara.

Wednesday, January 18, 2012

Sayangi Mulut Comel Kita

Assalamualaikum  adik kakak semua
Cakap sembarangan orang tak suka,
Akan  menyebabkab berlaku sengketa
Usah cakap ikut sedap mulut dan telinga.
Jangan main agak-agak, rasa-rasa sahaja.
Kalau tak jelas, zip mulut kita,
Sayangilah dia supaya tidak menyusahkan sesiapa terutama tuannya..
Akhir sekali, maafkan saya jika ada yang terasa.



Tuesday, January 17, 2012

Tahu...Mesti Usaha

Pagi tadi baru tahu lepas sekolah ada taklimat.
Masa taklimat, Tuan Pengetua umum cuti TBC adalah seminggu. Yeayyy......
Telefon  en suami minta belikan makanan tengahari..
Jadi, tengahari tadi kami berpizza-pizza saja. (tiap kali suruh beli makanan, mesti pizza..pizza..pizza.....haihh)
Malam, bermee-mee pula.
No nasi di rumah kuning hari ni
Boleh kurus ke???
Mega lawak  punya soalan.  Hehehe abaikan.


nota kaki :
Banyak sebab untuk jadi gemuk.
Nak kurus mesti dengan usaha.

Monday, January 16, 2012

Sehati Sejiwa

Pagi tadi,
Antara kawan-kawan sebilik, saya yang paling awal sampai. Sebaik sampai terus ke ruang belakang iaitu tempat penyimpanan alatan   seperti lesung batu dan periuk belanga. periksa. Lebih kurang dua minit lepas tu, saya dengar  macam ada orang masuk. Saya jengukkan kepala dan nampak seorang kawan.
Saya : Zu, mari le sini kejap (Ada benda nak tunjuk. Rahsia....sebab tu menyorok kat belakang).
Dia  pun datang......
Eh....kita pakai baju sama la. kah kah kah ....
Lepas tu bunyi pulak ada orang masuk.
Zu : Kak Dah, mari tengok ni. Tadaaa.... kami bergaya ala ala model 60 an.
Baju sama??? kah kah kah
Kemudian datang pulak seorang lagi kawan. Kami bertiga masih lagi di bahagian  belakang.
Kak Dah : Zun, mari tengok ni kejap. Diorang pakai baju sama.
Zun pun datang......
Ehhh....Zun pun pakai baju sama. Kah kah kah.... Nasib baik tak retak bilik.
Tanpa dirancang, tiga daripada empat orang kawan sebilik pakai baju corak sama.


Inilah rupanya baju kami hari ni
Mesti awak pun berkenan. Hehehe

Pesanan Ikhlas Dari Penaja

Amboi  mbong.... jangan le berkira sangat....Nampak benar  tangkai jering, tahi hidung masin. Kita takkan jadi miskin  hanya kerana  berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain. Percayalah.....Esok esok kalau kita susah, InsyaAllah orang  pulak tolong kita. Awak nak rasa ke, masa awak susah nanti, orang biarkan je. Mesti tak nak kan? Jadi, jgn le nak sedekah seringgit dua pun terketar-ketar. Opsss sorry seribu lori.


Sunday, January 15, 2012

Tiap Detik, Tiap Saat Umur Kita Bertambah

PadaMu ya Allah, hamba yang lemah ini memohon
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai ladang yang di akhirat kelak bakal ku kutip hasilnya.
Amin.


Hari ni birthday saya
Syoknya..... kalau dapat benda yang boleh disangkut kat bahu tu. .
Sungguh bermata duitan makcik  ini. Hehehe 


Saturday, January 14, 2012

Sabtu Yang Biasa


 

Lepas subuh bermalas-malasan atas katil
Makan minum. Nasi goreng, tea o  je pun. Takde banda lain ke?
Lipat kain
Iron baju
Kemas rumah.
Gaduh-gaduh berebut remote TV ngan ain.
Kejap tadi jadi guru bahasa arab juga kpd murid tahun 4 itu.
Memang biasa le kan?
Lepas ni nak gi Kota Bharu kejap.
Nak shopping barang-barang luarbiasa biasa jugak
Sekian, entry biasa-biasa dari rumah kuning.
Nasi Goreng Biasa yang dimasak pagi tadi

Friday, January 13, 2012

Entry Tertangguh

Pic 3 Jan lepas. Hari pertama persekolahan 2012.Tahun baru, uniform baru. Azam pun mesti baru. Takmau malas-malas macam tahun lepas. Takmau bergame dan berkartun sampai tak ingat buku. Bila periksa mesti usaha sampai dapat nombor yg cantik-cantik seperti 1, 2 atau 3 bukannya  cantik seperti 22, 33 atau pun 44 dan 55.

Makcik ni dah tahun 4. Cepatnya masa berlalu. Dah cerdik sikit. Dah boleh tolong senduk nasi, angkat gelas,angkat pinggan. Dan dah boleh jadi kawan ummi.



Rumah sapa le semak molek ni? Tak kesah...
Rumahku Syurgaku.

Syukur

Sekali pun tidak kaya raya  tapi  kita tidak papa kedana. Anda yang tengah baca blog ini pun tidak papa kedana juga  kan?  Kalau papa kedana, mana mungkin  anda melayari internet. Mesti telefon takde, komputer takde, laptop pun takde. Makan sedap-sedap pun  sudah tentu takde. Jadi, kita semua mesti bersyukur dengan semua nikmat yang kita miliki ini. Syukur dengan hati, syukur dengan lidah dan dengan anggota badan juga.  Kecil besar, banyak sikit yang kita miliki, jangan disalahguna, nikmatilah bersama-sama pada jalanNya.

Thursday, January 12, 2012

Bijak......Bijak

Sebaik sahaja menamatkan perbualan telefon dgn en suami yg masih dlm perjalanan balik dari sekolah..
Ain : Ummi, abah sapa mana dah?
Saya : P. Chepa.
Ain : Lepas P. Chepa mana pulak?
Saya : Padang Tembak.
Ain : Lepas Padang Tembak?
Saya : Pulau Belanga.
Ain : Lepas Pulau Belanga?
Saya : Dusun Durian.
Ain : Lepas Dusun Durian?
Saya : Tak tahu eh......
Ain : Lepas Dusun Durian, rumah kita. Lepas rumah kita makan nasi. Lepas makan nasi, tidur. Hehehe


Nota kaki : macamana nak tidur. Ummi ada sebukit kain kotor yg perlu dibasuh dan sebukit kain bersih yg perlu dilipat.