Friday, February 17, 2012

Siapa Tak Siap Kerja Sekolah, Kena Denda

OK tak kalau murid-murid tak siap kerja sekolah, cikgu denda. Ok le kan.... asalkan jgn denda yg bukan-bukan. Ke tak Ok?  OK le tuuu....sebagai peringatan, lain kali mesti buat.
Sebagai ibu prihatin,(perasan le tu) tiap-tiap mlm makcik tolong budak tahun 4 ni buat kerja sekolah. Tapi kan, bukan semua subjek makcik tahu. Sedar diri di situ.hehehe  Nasib baik ada pakcik google. Ia banyak membantu makcik. Yang terkini makcik diminta oleh si kecik kat bawah ni utk senaraikan 10 peribahasa berserta maksudnya. Dedulu ada buku peribahasa tapi dah berzaman tak guna. Mestilah  dah jadi abu di  tempat pelupusan sampah. Makcik terus dptkan khidmat pakcik google  dan hasilnya bukan setakat 10, berpuluh-puluh pun boleh makcik senaraikan. Kacang je.... Barulah tuan punya kerja sekolah boleh tersenyum.


No comments: