Friday, June 15, 2012

Tak Cantiklah!!!

Pagi tadi, saya ke pasar pagi. Dah banyak minggu tak meronda cari lauk pauk dan pucuk-pucuk ulam segar. Sukaaa.... Macam-macam ada.  Dalam suka suka tu, ada jugak yang tak sukanya. Tiap kali pergi pasar, mesti akan terserempak dengan makcik-makcik atau kakak-kakak yang ganasnya berpakaian. Kalau budak-budak  pakai ketat, singkat  macam tu, ok lagi. Ini makcik-makcik pun masih pakai gitu.  Tak sesuai langsung. Kita yang tengok pun rasa malu. Kak, makcik.... tak cantiklah pakai macam tuh.





Tuesday, June 12, 2012

NikmatNya Tidak Terkira

Terlintas jugak dihati nak cerita perjalanan umrah saya yang baru berlalu. Tapi, selepas  dicongak dikira tak perlu rasanya saya berkongsi secara detail di blog ini. Cukuplah saya  katakan ianya terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya.  
Dengan kaabah di depan mata, solat dan doa dengan deraian air mata.......Hinanya diri ini.
Semoga ini bukan kesempatan yang terakhir.






"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?"

Saturday, May 26, 2012

Doakan Kami

K L -- JEDDAH -- MADINAH -- MAKKAH

Doakan semoga saya dan suami
 dikurniakan kesihatan yang baik
dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna 
serta dipermudahkanNya segala urusan

Terima kasih

Friday, May 25, 2012

Untuk Mereka

Assalamualaikum
Kemain seronok bercuti ya? Terutama kepada yg takde kelas tambahan. Jangan tinggal terus buku-buku dalam beg tu. Nanti bersarang sang tikus/lipas.Ulangkaji, buat kerja yg cikgu bagi. Semua tu untuk diri kita. Kalau awak pandai, bijak, bukan orang kat New York tu yang dapat manfaat. Hehehe dah start nak berleter. Takpe, sekali sekala. Orang yang berjaya tu, bukan usaha sehari dua atau tiba-tiba je terus berjaya. Mereka dah usaha  sejak 20/30 tahun dulu, masa mereka belajar  macam awak sekarang. (Dah terbayang muka anak-anak Panji  itu). Dah berapa kali saya cakap, kejayaan tidak datang bergolek. Cuba awak tengok abang-abang, kakak-kakak SPM tahun-tahun lepas, ada ke yang malas, yg tak buat kerja sekolah, yg melawan, yang ponteng lulus dengan cemerlang? Takde kan!!!  Jadi, awak mesti usaha mulai sekarang untuk kejayaan dan kesenangan 10, 20, 30 tahun akan datang. Sekarang ni takpe la, bangun pagi tadah tangan mintak duit dengan mak bapak. Takkan 10/20 tahun akan datang nak  mintak dgn mak bapak lagi. Patutnya masa tu,  awak yang bagi kpd mereka. Awak ingat senang ke nak cari duit jika takde ilmu. Semua nak kawin kan?  Orang lain bagi susu kpd anak-anak, awak nak bagi air sejuk?  Air sejuk pun kena bayar. Jadi,  sebelum menyesal, usaha mulai sekarang. Untuk diri awak, keluarga awak.

Sekian.

Acapkali
Murid : SAya baca sokmo blog "Rumah Kuning".
Saya : Ya ke?

Jadi, en3 di atas untuk mereka.

Antik

Barang antik mahal ya dak? Cuba google kereta antik, motor antik, semuanya takde yang tidak mahal, melainkan mahal-mahal belaka.. Sebenarnya makcik nak cakap kat sini, makcik pun dah masuk kategori itu jugak. Buktinya, bercakap mesti ada bukti. Kelmarin  makcik makan lauk ikan singgang. Orang antik je yg minat lauk tu. Tidak dpt disangkal lagi. Hari ni pulak, breakfast dengan pisang rebus. Sudah terang lagi bersuluh, hanya orang kategori antik je yang minat. Kiranya makcik ni........ malaslah nak sambung, nanti ada orang mengata. Hehehe

Sedapnya....kalah pizza .

Thursday, May 24, 2012

Selamat Bercuti

Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba. Yeayyy.... kita dah cuti  Kalah budak-budak.  Maka, balik sekolah tengahari tadi memang dengan penuh semangat. Mood cuti la katakan. Tambah-tambah skrip periksa dah habis ditanda.  Lega........ 

Lauk yang berjaya dimasak  sebaik tiba di rumah  tghri tadi.
Budu dan kuncu-kuncunya je pun.

Wednesday, May 16, 2012

Hari Ni 16 Mei

 
Macam tahun-tahun lepas juga, ada ucapan, main-main kat padang, persembahan kat dewan, makan-makan yang macam-macam dan semestinya posing sana posing sini. Tahun ni cikgu-cikgu SMK Panji pakai batik sekolah baru. Siap ada bau kedai lagi.  Ada yang baru jahit malam tadi, ada yang baru siap kelmarin. Yang pastinya, ramai pakai baju baru yang belum dibasuh termasuklah makcik. Makcik hanya sempat basuh tudung yang merah menyala tu je.


Senyummm....
Selamat Hari Guru

Sunday, May 13, 2012

Beringat Sebelum Habis

Merujuk kepada tajuk ( cewah...) memang semua dah faham.
Makcik nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
Duit berguni pun akan habis jika kita belanja ikut nafsu.
Apatah lagi jika duit yang ada tidak seberapa.
Mesti ingat tu.



Saturday, May 12, 2012

Tajuk... Bebas

Lenguh duduk baring, lenguh baring duduk, kejap guna dua mata, kejap guna empat mata. Puas bersila (org laki je bersila, org pompuan bersimpuh hehehe ) dok atas kerusi, puas dok atas kerusi, bersimpuh kat lantai. Tarik nafas.......
Kita lihat dari sudut positif je ya. Yang negatif negatif tu bo layan.
Nasib baik boleh duduk, boleh baring. Kalau salah satu takleh, apamacam?
Kalau takleh bersila, bersimpuh, tak ke kena hangkut kerusi bangku  mana kita pergi. Kan???
Nasib baik kita ada kerja yg kena tanda-tanda kertas nih, kalau  kerja angkat batu, angkat simen tengah panas kelip kelip tuh, apa rasa?
Takyah banyak itu ini wahai tuan rumah kuning. Tanda je kertas tu sampai abes. Time gaji, senyap je, time tanda kertas, bisinggg.
Tuan rumah pun jawab : Bukan apa, kalau tak bising, ngantuk. Hehehe

Wednesday, May 9, 2012

Ibu Pun Kena Denda

Pada suatu hari, seorang budak sekolah rendah ( tahun 4 ye) marah-marah cerita kat ibunya.
Satu kelas kena denda. Opsss ada sorang yang tak kena denda iaitu ketua kelas.
Ibunya pun mulalah teruja nak tahu cerita aka sebab sekalian kanak-kanak itu kena denda.
Si anak pun bercerita.
"Gini, masa cikgu tu nak masuk kelas, dia jumpa dengan ketua kelas. Dia pun suruh ketua tadi pergi ambil barang di bilik guru. Ketua yang taat itu pun pergilah ke bilik guru.
 Bila guru masuk ke kelas,  semua orang bangun tapi ketua kelas yang biasanya bagi salam, kan takde. Penolong pulak tak biasa, jadi dia senyap je...tak cakap Assalamualaikum cikgu.. Jadi semua orang berdiri je. Cikgu tu pun marah. Terus suruh semua orang berdiri. Dah lama berdiri, cikgu tu suruh semua orang tulis ayat ni :
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam. Nak tahu berapa dia suruh tulis? 200 kali.
Macamana ni, sakit dah tangan ni tapi tak siap-siap lagi". Panjang lebar si anak bercerita.
Emaknya dah naik hantu. "Tak payah buat!!!!
Anak : Kalau cikgu marah.
Emak : Nanti mak suruh ayah telefon cikgu besar.
Pada petangnya mulalah si ayah mendail no rumah guru besar sekolah itu. Berkali-kali mendail tapi  tak dapat dihubungi. No lama kot. Esoknya si anak  pergi sekolah dalam kerisauan sebab denda tersebut belum disiapkan.

Sebaik sahaja pulang dari sekolah esoknya, Maaaak..... sebab tak siap denda tu, cikgu tambah lagi 50. Jadi 250. Uwaaaa.

Ayahnya terus mendail no guru besar. Tapi....sampai sudah tak dapat dihubungi

Lastnya.... mak dan anak bergotong royong menyiapkan denda tersebut.
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
250 X. Banyak weh.....
 

Fuhhhh..... apa rasa  ibu-ibu sekalian.

Monday, May 7, 2012

Jauhnya Mencari Nasi Kandar n Laksa

Biasanya kalau nak  jalan-jalan, cepat je makcik berkemas. Tapi sabtu lepas, macam berbelah bagi nak pergi ke tak. Pagi tu, siap basuh kain lagi. Kemudian baru berkemas dan bertolak ke Pulau Pinang. Bawa kereta pun betul-betul makan angin. Takde laju-laju. Pukul 3 lebih, sampai di pulau. Perkara pertama yang dibuat adalah makan nasi kandar. Makan sesaja, bila le nak kurus.  Pastu, baru cari hotel. Ingat nak dok Seri Malaysia tapi dah penuh le pulak.  Nampaknya jodoh kami kuat dengan USM. Dapat le dok di guest housenya. OK sesangat...tenang dan  tenteram je dok dalam tu. Lain kali kalau pergi PP, nak dok situ lagi lah. 
Lepas berehat  dalam sejam, acara meronda bermula. Mula-mula ke sunshine. Jalan-jalan cuci mata dan lapangkan kepala. Kemudian ke Giant pula.  Sedapnya laksa kat situ weh. Semangkuk lebih makcik makan  Ain tak abes, makcik taknak  le membazir. Jadi, makcik makan lagi. Hehehe  Dari Giant, terus ke Bukit Jambul dan last sekali ke  Queensbay Mall. Banyaknya meronda. Hasilnya, dapat le barang sikit sorang. Tang ni, lagi syok dari laksa kat Giant tadi. Hehehe. 
Malamnya, tiga-tiga beranak  tidur  lena dan esoknya, kemas kain baju, terus balik KB.

 Kayu nasi kandar. Nampak macam nasi dagang.

 Yang ni sangat sedap.

Sunday, April 29, 2012

16 Tahun Bersama


  
 Semoga tautan kasih antara kita kekal selamanya dan diberkati Yang Maha Esa.






Friday, April 27, 2012

Kembali Semula

Lebih seminggu takde en3. Kalau jiwa tak tenang, benda yang wajib pun tak jadi khusyuk. Apatah lagi benda yang tak wajib. Langsung takde mood nak buat.   Biasa le... hidup ni tak boleh lari dari sedikit sebanyak masalah. Kadang-kadang bila kita tak suka buat sesuatu benda, dah rasa macam masalah. Hehehe takde apa pun. Tutup cerita.
Minggu lepas Sabtu pun sekolah. Lagi le macam tepu je kepala otak.  Betul le....sampaikan bila pergi cari barang yg kita suka pun semua tak berkenan. . Lastnya terbeli mainan kat bawah. Pandai sungguh si Ain memujuk.


Minggu lepas jugak ada berita yang tak berapa seronok didengar. Perancangan ke Jordan pada cuti sekolah nanti  terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Belum ada rezeki untuk menjejak kaki di bumi Jordan nampaknya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan. Jadi, dari KL InsyaAllah  kami akan terus ke Jeddah, Madinah dan Makkah tanpa singgah Jordan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Di sekolah, rakan-rakan guru tengah bertungkus lumus (hehe bertungkus lumus ke?) menyiapkan kertas soalan untuk periksa pertengahan tahun. Kalau tahun-tahun lepas soalan dibeli tapi tahun ini tidak lagi.Mesti bikin sendiri buk.  Saya? Dah siap..... Alhamdulillah.  Kepada murid-murid yang baca blog ini, periksa dah dekat. Baca buku!!!!

Malam tadi singgah Matta Fair di KB Mall. Kerja ambil je pamplet  yang dihulur. tapi takde satu pun yang tersangkut. Makcik rasa macam tak murah pun.

OK lah.... selamat berhari jumaat.
Ada orang tu hari jumaat n sabtu pun kena kursus.

Wednesday, April 18, 2012

Cerita Stokin

Pagi tadi
Ain hanya jumpa sebelah stokin dalam almarinya.
Biasa le benda kecil.
Sebelum keluar rumah, kami selongkar kain yang belum berlipat untuk mencari stokin.
Dalam samar-samar dek mentol lampu yang terbakar saya jumpa sebelah stokin.
Dah tahu, mesti stokin abahnya.Isteri mithali... sentuh je dah kenal. hehehe
Tapi makcik hulurkan jugak kepada si budak tahun 4 itu.
Tak sangka dia pun kenal. "Ini stokin abah"
"Takpelah... hitam jugak. Pakai je lah"
Kami pun keluar rumah dengan budak tahun 4 membawa kasut dan stokin di tangan.
Biasa le...pakai stokin dan kasut dalam kereta. Jimat masa.
Tiba-tiba..... " Ummi!!! stokin abah ni berbelang-belang"
Rasa nak ketawa guling-guling.
Tapi terpaksa le tahan....
Dibuatnya orang tu tak nak pakai dan suruh pusing balik. Tak ke haru...
" Takpe lah...dalam kasut...orang tak nampak pun".
Ni nampak belang-belang kat betis"
"Kalau Ain tak selak, tak nampak...."
Dalam hati...kah...kah...kah....
Sampai sekolah, nasib baik dia nak turun.
Selamat....

Friday, April 13, 2012

Jom ..Melawat Kelantan

Hari ni tak jadi nak jln2 ke Trengganu. Jadi, esok saya nak jadi macam orang luar yang datang melawat Kelantan. Nak jalan-jalan, makan-makan.  Mesti makan -makan sebab makanan kat sini murah. Pastu nak  pergi  kb mall, pantai timur, parkson. Yeayy mesti ada acara beli-beli barang macam rugiii kalau tak beli. Dah datang jauh-jauh, takkan tak bawa balik buah tangan. Lagipun dua tahun lagi baru datang balik. Syok wei.... handbag atas parkson byk pilihan. Hehehe...  Tapikan... orang melawat kelantan naik supermarket ke? Rasanya diorang naik pasar siti khadijah beli keropok, beli serunding dan yang seangkatan dengannya. Alaa...esok tak naik pasar Siti Khadijah pun takpe. Makcik tak kesah. Yang penting Parkson depan pasar tuh.

Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe



Tidur Mesti Cukup

Malam tadi ada program kat sekolah. Makcik bersama seorang lagi kawan diminta mengawal kanak-kanak ribenna peserta program. Senang cakap, makcik kena tidur kat sekolah  malam tadi. Bila dah tidur beramai-ramai tu, macam biasa le, seksa nak memaksa supaya diorang tidur. Asyik bersembang sampai lewat malam. Tak pasal-pasal dengan makcik-makcik tidur lewat.
Dan pagi ni, sedapnya makcik tidur. Hingga tertangguh program kami nak ke Trengganu.

Wednesday, April 11, 2012

Lala Oh Lala, Dimana Dikau?

 Pagi tadi, saya gi Maiden, KK semata-mata nak cari lala. Satu-satunya tempat di negeri Kelantan yang saya pernah jumpa lala ni. Lain-lain tempat tak pernah jumpa.


Kepah macam kat bawah ni memang banyak kat sini tapi rasanya. agak kurang jika dibanding dengan lala idaman hati..Masa dok Perak dulu, boleh je beli lala kat pasar pagi /pasar malam. Sedappp... .Aiyaaa.... Asyik sedap sesaja...ini macam,bila mau kurus?


Sambung cerita, masuk-masuk Maiden terus mencari lala. Macam mengidam je kan. Hehehe. Tapi kan...Sedih...takde lala weh. Yang ada hanyalah siput ni.

Siput ke ni? Siput bagi saya, yang boleh sedut-sedut je. Yang ni tak leh sedut. en suami cakap namanya siput sudu. Dia pernah makan tapi makcik idak le penoh makan lagi seumur hidup. Jadi, dek kempunan tak jumpa lala, makcik beli le jugak siput sudu nih. Balik rumah, terus goreng. Tumis bawang putih, bawang merah, lada, pastu ketuk serai, campak je dalam tuh. Selesai. Eh, bila masa masukkan siput tuh? Pandai-pandailah ya. Rasa? Takleh lawan lala. Nak lala jugak.

OK lah, Selamat Bercuti.





Tuesday, April 10, 2012

Kita Berbeza

Kadang-kadang  apa yang kita suka, orang tak suka.
Orang suka,  kita  pula tak suka.
Kita tak boleh paksa orang, orang pun tak boleh paksa kita.
Kita boleh jadi kita, tapi kita tak boleh jadikan orang seperti kita
Orang juga tak boleh jadikan kita seperti kehendaknya.
Jadi...jangan paksa-paksa.

Sunday, April 8, 2012

Jangan Ganggu Orang, Buat Kerja Kita

Sekeliling kita
Ada yang suka mengata.
Ada yang sinis bila berbicara.
Cakap tidak bertapis banyak juga.
Ada yang kerja sedikit pun mesti berkira. 
Yang kaki komplen pula tak kira lokasi dan masa.
Jadi, untuk hidup yang ceria, takyah le nak ambil kira, berkecil hati dalam semua perkara.
Yang penting jangan ganggu orang, buat kerja kita.

Keluar Masuk Perkara Biasa

Ada yang isi borang/minta pindah dan ada yang minta masuk. Ada juga yang dipindah dan ada yang dibawa masuk.Fenomena biasa bagi cikgu-cikgu seperti saya. Berhampiran sekolah saya, ada dua buah sekolah menengah baru dibuka. Jadi, terdapat beberapa orang guru yang dipindahkan ke dua sekolah tersebut. Ada yang suka dan ada yang tak berapa suka. Bagi saya sendiri, jika diberi pilihan saya taknak lagi berpindah kemana-mana sekolah lain. Tapi kalau dipindahkan, nak buat macamana. Saya menurut perintah. Eh...taksir!!!! Malas nak sesuaikan diri di tempat baru, suasana baru.
Alasan yang takde markah. Hehehe

Friday, April 6, 2012

Jangan Makan Banyak, Nanti Gemuk

Asyik cerita pasal makan je. Mana tak banyak lemak. hehehe... Ini kisah malam tadi. Kami berpizza-pizza an di Kubang Kerian. Lepas makan terus balik rumah. Langsung tak ronda-ronda atau masuk kedai. Bagus kan? Buat yang penting je. Elakkan pembaziran masa dan wang. Padahal...... ..OK lah Selamat berkubang dgn kain baju dan periuk belanga. Jangan lupa hari ni masak sedap-sedap. Makan lagi???





tajuk en3 tak sedap langsung. hehehe

Thursday, April 5, 2012

Kenapa Saya Suka Hari Ni?

Lepas sekolah tadi, makcik ikut kawan-kawan ke restoran Syam. Ada jamuan sikit. Dan tadi  makcik terambik gambar sekeping dua. Dapat le buat modal nak menunjuk kat makcik tuh yang makcik nih makan sedap-sedap harini. Hehehe tak patut...tak patut.. Tapi hari ni makcik tak minum ciku ais.Ciku ais tu kita minum bersama ya. Makcik sana belanja. Hehehe makcik sini tunggu tau.

makan...makan ...makan
Biasanya kami makan tiga beranak tapi tadi kami mkan ramai-ramai.
Seronok sambil bercerita macam-macam.

Wednesday, April 4, 2012

Istimewa di Tasik Raban

Sepanjang ulang alik dari Kelantan ke Perak atau sebaliknya, kami jarang melepaskan peluang untuk singgah di tasik Raban. Mendapatkan ikan pekasam yang enak dan menikmati ikan bakar dan lauk kampung yang memang menjilat jari. Masa mengajar di Perak  dulu, biasanya 2 minggu sekali, kami balik kampung. Jadi, tuanpunya restoran tu dah kenal dan acapkali jugak kami dapat makan free. Al Fatihah untuk bekas tuan punya restoran tersebut yg telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. Sekarang, bila sekali sekala mengunjungi negeri Perak, kami masih setia dengan restoran tersebut. Masih menyengat walaupun saya sudah tidak kenal siapa pemiliknya sekarang.
lala masak lemak, ikan bakar dan ulam. sedappp....
tapi saya tak suka pinggan besi tu.

Tuesday, April 3, 2012

Bukan Tidak Berusaha

Bila dah usaha tapi Allah masih tak izinkan, tak makbulkan,  redhalah dengan ketentuanNya. Lapangkan dada dan  usah bersedih dengan kekurangan diri. Percayalah  perancangan dan ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita.


Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung. Cukuplah....