Sakit lutut, sakit pinggang, sakit urat dan macam-macam sakit lagi sebenarnya mengingatkan bahawa kita tidak lagi muda belia. Masa umur 17, 20 dulu ada siapa selalu sakit urat? Takde kan.Kalau ada pun sekali sekali time jatuh motor, jatuh longkang. Selain daripada tu, alhamdulillah sihat je kita.
Taknak tulis (membebel) panjang-panjang, senang cerita, selagi nyawa dikandung badan, jom kita cari bekalan, tambahkan tabungan.
Sekian, TQ
Friday, October 12, 2012
Wednesday, October 3, 2012
Doa Kami
Sudah Oktober. Lamanya tak update blog. Lepas habis tanda kertas hari tu, rasa nak berehat panjang. Sebenarnya kepala ni asyik le terfikir budak-budak yang nak periksa. Masih ada lagi yang takde ghupa macam nak periksa.Dah habis ayat cikgu-cikgu dok mintak diorang supaya belajar, belajar, belajar. Tapi... masih ada yang tengah enak bermimpi. Mudah-mudahan dibukakan hati mereka untuk belajar dan melangkah menuju puncak.
Friday, September 21, 2012
Walau Siapa Pun Kita
Berada di puncak atau di dasar
Sama sahaja
Kita ada harga diri
Bodoh bukan selamanya,
Miskin ada kayanya
Buruk ada manisnya
Diam tidak bererti suka, bukan bererti rela.
Tak terlawan, kita cari jalan
Kita semua bertuan
Ada Tuhan
Thursday, September 20, 2012
JPO Oh JPO
Awal pagi Jumaat lepas, kami bertolak ke Kulai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Dua tiga kali tidur dan dua tiga kali jaga jugaklah baru sampai tempat yang dituju. Kami dok di Kulai City Inn yang terletak di paras 4 sebuah bangunan. Kat bawahnya ada pasaraya. Malamnya, jenuh menyusur jalan mencari kedai makan. Mula-mula ke sebelah kanan hotel. Selepas tak jumpa satu pun kedai halal, kami berjalan pula ke sebelah kiri.. Ok jumpa. Bila masuk, rupanya malam tu ada jamuan raya. Bermakna takde jualan malam tu. Hehehe. Kata sepakat diambil, naik supermarket dan beli maggi.Beres.
Esoknya lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke Johor Premium Outlet. Best...best...best.... Lagi best kalau bawak RM10 ribu. Masuk sana masuk sini, cuci mata, cuci poket. Sangat bersemangat...... Nak pergi lagilah.
Pagi Sabtu, dengan longlainya bertolak balik

Thursday, September 13, 2012
Dia Dah Tinggalkan Kita
Hari ni ada potluck di bilik periksa. Seronok makan-makan tapi yang tak bestnya, harini hari terakhir dapat bersama-sama seorang sahabat sebilik yg dapat bertukar ke SMK Zainab 1. Dah lama bersama di bilik periksa, susah senang, suka duka, dah rasa macam adik beradik. Dalam berpeluk cium tu, boleh saya cakap " gi kejap je lah ke zainab tuh, pastu mari sini semula deh" Uwaaa.... Tapi kita sedia maklum setiap pertemuan, ada perpisahan. Ada yang sementara dan ada yang selamanya.
Antara yang terhidang. Menu utama nasi dagang tapi takde pulak dlm gambar.
Ketinggian ikut langsir?
Zun, semoga berbahagia di tempat baru.
Saturday, September 8, 2012
Tiada Lagi Yang Meminta Si Anak Ikan
Inilah sepatutnya santapan tengahari tadi.
Uwaaa.... si comel kesayangan kami ini telah mati tengahari tadi.
Maka aquarium di sudut rumah menjadi kosong sekosong-kosongnya.
Tuesday, September 4, 2012
Ubat Oh Ubat. Kenapa Tak Sedap
Hari ni ada temu janji dgn Dr di HUSM. Dalam hati, malasnya hanya Allah yang tahu.. Tapi terpaksa jugak pergi bila mengingatkan ubat yang mesti dimakan setiap hari. Takkan nak beli di farmasi. Bukan murah... Yang buat saya sedikit seronok, hari ni saya jumpa dengan Dr Melayu. Dah lama saya tak nampak kelibat mereka. Dan hari ini dgn selamba je saya cakap dgn doktor tu yang saya selalu ponteng makan ubat. Hehehe. Memang betul. Buat apa nak tipu.
Thursday, August 30, 2012
Ajaib Lagi
Dulu dah pernah cerita pasal pokok ajaib di sini.
Kelmarin, dengan terujanya makcik memetik buah ajaib yang sangat lebat di belakang rumah.
Entah bila dia berbunga dan berbuah makcik pun tak tahu. Tengok-tengok...dah masak ranum merah menyala.
Kelmarin, dengan terujanya makcik memetik buah ajaib yang sangat lebat di belakang rumah.
Entah bila dia berbunga dan berbuah makcik pun tak tahu. Tengok-tengok...dah masak ranum merah menyala.
Segar dari ladang.
Jgn percaya dengan perkataan ladang ini sebab pokoknya hanya tiga batang
dan yang berbuah selebat-lebatnya hanya sebatang..
Tuesday, August 28, 2012
10 Syawal
Sudah 10 Syawal. Raya sudah, sekolah pun dah buka. Percubaan SPM pun dah bermula.
Sejak akhir-akhir ni, malas pulak nak update blog. Cerita-cerita pasal raya pun takde.
Sebenarnya raya 2012 ni meriah macam tahun-tahun lepas jugak. Alhamdulillah ramai tetamu jauh dan dekat yang berkunjung rumah kuning. Terimakasih semua dan harap maaf jika tersalah dan terkurang juadah atau layanan. Al maklumlah makcik takdak bibik, takdak anak dara besar yang boleh membantu angkat cawan, basuh pinggan, lap meja. Kadang-kadang sampai makcik pun konfius, eh..eh...aku ni bibik ke tuan rumah. Hehehe punya le bersinsing lengan sorang-sorang kat dapur. Nasib baik dapur kecik, takyah lari ke hulu ke hilir. Padahal masak dan bancuh air je pun.
5 Syawal, makcik bertiga beranak ke KL. Dok di Sunway Putra 2 mlm. . Rasa macam tak cukup je 2 mlm tu tapi Ahad dah sekolah. Nak taknak, terpaksa jugak balik pagi Sabtu tuh.
Biskut raya ada lagi nih. Masa raya hari tu, makcik rasa biskut-biskut tu tak berapa sedap. Balik sekolah tadi, makcik makan sebijik setiap jenis yg ada atas meja, sedap pulak rasanya. 2 minggu lagi, mesti laaagi sedap. Berbaloi makcik beli. Bukan belilah, buattt. Hehehe
Minggu akhir sebelum raya, seronoknya makcik mengalahkan ain. Sebabnya makcik terima satu-satunya kad raya untuk tahun ni. Mesti awak pun jeles kan. Makcik terima kad raya dari blogger tersohor iaitu KUJIE Terimakasih kak. Terimakasih banyak-banyak.

Sunday, August 19, 2012
Saturday, August 11, 2012
Budi Bahasa Budaya Kita
Kelmarin, masa en suami tengah beli air kelapa di pasar Ramadhan. Ada seorang lelaki bertanya kepada penjual. Penjual kalau tak silap saya ada tiga orang. Saya nampak dengan jelas kerana menunggu suami tidak jauh dari situ. Opss berbalik kpd pertanyaan lelaki tersebut. Dia tanya : Isi nyiur ni lembut ke? Salah seorang penjual tu jawab: KALU NAK LEMBUT, RENDAM DENGAN SOFTLAN BOLEH DUA MALAM, LEMBUTLAH. Fuhhh... power sungguh jawapan itu. Tapi Alhamdulillah lelaki yang bertanya tetap cool. Tabik spring untuknya..
Dik, jangan suruh mak masukkan softlan dlm isi nyiur tau
Friday, August 10, 2012
Berfikiran Positif
Kadang-kadang, kita senyum sampai ke pipi tapi orang buat senyum paksa je.
Kadang-kadang dah berselisih nasib baik tak berlanggar bahu, tapi ada orang buat tak nampak.
Kadang-kadang salam kita bersambut, tapi orang tak tengok pun muka kita.
Terfikir jugak...ada kita buat salah ke?
Tak perlu pening-pening kepala. Berfikiran positif adalah lebih baik.
Mungkin orang tu tengah ada masalah sampai dah tak boleh senyum, dah tak nampak orang atau dah tak sempat nak tengok muka orang.
Biarkan.... tak perlu fikir yang bukan-bukan.
Bila masalahnya selesai, InsyaAllah dia akan pulih seperti sediakala.

Kita senyum je
Sunday, August 5, 2012
Sudah 16 Ramadhan
Alhamdulillah, sehingga hari ni baru sekali makcik sekeluarga terlajak hingga tak sempat sahur. Tersilap teknik sebenarnya. am pada tepon makcik, entah bila terubah kpd pm. Maka tak berkokoklah dia pada masa yang diinginkan. Makcik pun sedaplah tidur sampai subuh. Nasib baik makcik kecik sorang ni boleh puasa sampai waktu berbuka. Cuma, bulan puasa ni, selera makcik kecik dgn selera makcik selalunya tak sama. Dia dengan selera ala-ala western sikit. Makcik dengan selera cerok kampung negeri Cik Siti Wan Kembang.
Buah ni pun makcik kecik yang beria nak makan.
Wednesday, July 25, 2012
Heroin Beli Kuih Basi
Ini cerita sebelum Ramadhan.
Punya teruknya makcik nih. Kejap jadi Sharmin, kejap jadi Alisa, pastu Intan, pastu Zahlia, Farah. dan ramai lagilah. Jadi, nak tak nak masa tu makcik memang budget heroin. Kalau dah namanya heroin, mestilah cantik.Hehehe. Begitulah penangan bila dah gila novel. Masa tu, blog pun dah tak berapa nak layan. Ada je masa terluang, mesti teringat-ingat nak membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Hehehe. Tapi, bila masuk Ramadhan ni, makcik dah insaf. Dah tak berapa gila novel lagi. Baca jugak le sikit-sikit.
Ini nak cerita pasal makcik beli kuih di PARAM petang tadi.(Dah 4 hari kita puasa ya. Kejap je) Sebenarnya makcik jarang beli kuih muih ni. Bulan-bulan puasa ni kurang berminat.makan kuih. Tapi petang tadi, makcik pergi memang dengan tujuan nak cari kuih. Ada kawan-kawan en suami nak datang. Banyak jugak makcik beli sebab yang nak datang pun ramai. Diorang datang lepas terawih. Jadi makcik pun buka le nak hidang. Tengok-tengok.... semua dah basi. Sejuk-sejuk je melayang RM23.00. Perasaan? 1@#$%^&&**( Sabar je lah... Nasib baik terbeli jugak 3 biji murtabak raja. Itulah yang menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah.
Punya teruknya makcik nih. Kejap jadi Sharmin, kejap jadi Alisa, pastu Intan, pastu Zahlia, Farah. dan ramai lagilah. Jadi, nak tak nak masa tu makcik memang budget heroin. Kalau dah namanya heroin, mestilah cantik.Hehehe. Begitulah penangan bila dah gila novel. Masa tu, blog pun dah tak berapa nak layan. Ada je masa terluang, mesti teringat-ingat nak membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Hehehe. Tapi, bila masuk Ramadhan ni, makcik dah insaf. Dah tak berapa gila novel lagi. Baca jugak le sikit-sikit.
Rupa je cantik tapi.......
Saturday, July 21, 2012
1 Ramadhan
Alhamdulillah kita masih bernafas di bulan yang penuh keberkatan ini..
SELAMAT BERPUASA
dan
Saturday, July 7, 2012
Malang Tak Berbau
Dalam pukul 3 petang tadi, Ain bising lapar...lapar...lapar. Makcik pun turun kat bawah, ambik tepung gandum, bawang, telur dan ikan bilis. Bancuh semuanya lalu mula menggoreng. Satu kuali dah masak dan semasa makcik nak memasukkan bancuhan seterusnya ke dalam kuali yang tengah panas itu, tiba-tiba bekas yang mengandungi bancuhan itu terlepas dari pegangan dan menjunam ke dalam kuali. Minyaknya yang panas itu tertumpah di atas tangan dan terkena juga bahagian perut dan peha makcik. Uwaaa....panas dan pedih rasanya. Terus makcik meluru ke bilik air yang berdekatan.
Dengan menjunamnya bancuhan itu bersama bekas-bekasnya ke dlm kuali, maka tamatlah acara menggoreng petang ini. Sekarang, makcik tengah berujikaji. Makcik lumurkan semua bahagian yang terkena minyak panas tadi dengan minyak kambing gurun. Orang cakap minyak tersebut mujarab untuk kes-kes seperti ini. Jadi, sekarang makcik sendiri yang menjadi bahan ujikajinya.Kita tengoklah nanti bagaimana hasilnya.
Kuat jugak makcik menjerit tadi.

Friday, July 6, 2012
Siapalah Kita
Sepanjang jadi cikgu, bermacam-macam jenis anak murid yang saya jumpa. Ada yang baiknya "takleh tek" kata orang Kelantan dan ada juga yang tak makan saman, tak dengar kata. Saya juga dah jumpa anak-anak dari keluarga yang kaya-raya rumah bak istana, kereta jika dicampur empat lima biji kereta cikgu, tak mampu beli sebiji kereta bapak mereka.
Yang fakir miskin pun ramai juga. Ada yang pengsan dek terlalu lapar dan ada yang hanya jumpa nasi sekali sekala. Bayangkan, ada anak-anak yang terpaksa mengikat perut di sekolah ketika rakan-rakan enak berbelanja dan menjamu selesa. Di rumah pula tiada apa yang boleh dimakan untuk menghilangkan lapar yang menggigit-gigit perut mereka...
Pengajarannya, syukur dengan apa yang ada. Usah komplen tak puashati sesaja. Ingat, kaya miskin kita adalah ujian Yang Maha Esa. Jadi, usaha, doa, tawakkal, selebihnya biarlah Allah yang tentukannya.
Tuesday, July 3, 2012
Oh Cikgu
Khamis lepas, pagi makcik pergi sekolah, baliknya tengahari Jumaat. Bukan le makcik tidur kat sekolah. Tapi, dari sekolah petang khamis tu, makcik terus ke Min House Camp. Anak-anak panji ada kem Celik Minda Al Quran kat situ. Lepas solat Isyak malam tu, makcik pergi Taman Kelip-kelip. Naik bot dalam gelap gelita semata-mata nak tengok kelip-kelip. Nasib baik kelip-kelipnya banyak. Cantik pulak tu. Esoknya, masa kanak-kanak panji bersiap-siap nak pergi solat jumaat, makcik lari
balik rumah. Sampai-sampai kat rumah, terus tidur tak sedar diri. Ada ke orang
tidur tapi sedar? Hehehe
Pagi Sabtu, pergi Min House Camp lagi dan makcik balik selepas majlis penutup. Ahad sekolah seperti biasa. Uwaaa... lepas sekolah ada kelas tambahan. Lepas sekolah hari Isnin ada mesyuarat dan hari ni lepas sekolah ada taklimat guru. Fuhhh.......
Kelas tambahan bererti makan di luar
Mesyuarat pun bererti makan di luar
Taklimat jugak bererti makan di luar.
Dapur langsung tidak berasap.

Tuesday, June 26, 2012
Penakut Dari Dulu Sampai Sekarang
1. Hari ni rombongan pemantau dari JPN datang SMK Panji. Pagi pagi lagi dah sampai. Macam biasa le makcik ni allergic bab pantau memantau nih. Terus jiwa makcik jadi kecik walaupun body besar. Hehehe Nasib baik mereka tak masuk masa makcik tengah mengajar. Syukur......
2. Tengah tengok kiri kanan, kiri kanan dengan kereta berderet tepi jalan, tiba-tiba ada pemandu berjiwa cemerlang gemilang bagi isyarat aka bagi laluan supaya kita dapat keluar atau masuk, oh seronoknya. Rasa nak angkat tangan 10 minit tanda terima kasih. Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal kerana kebaikan budi pekerti itu.

Saturday, June 23, 2012
Gila Novel
Dalam mencari Travelog Cinta Abadi dan Bukan Sekadar Resepi tulisan Roza Roslan, terbelilah juga novel Dari Milan ke Maran tulisan Norhayati Berahim. Lepas habis baca novel tu, eh...sedap pulak baca novel nih. Ingatkan zaman muda remaja dulu je minat novel, rupanya dah pangkat makcik-makcik ni pun masih lagi seronok baca novel. Maka sepanjang minggu lepas tiga empat kali makcik masuk kedai buku. Hasilnya terbelilah pula Bicara Hati tulisan Damya Hanna dan Awak Suka Saya Tak? tulisan Melur Jelita.
Bahaya jugak, gila novel nih. Asyik nak mengadap dia je.
Bahaya jugak, gila novel nih. Asyik nak mengadap dia je.
Travelog Cinta Abadi dan Bukan Sekadar Resepi pun best jugak..
Yang tak bestnya,
Ain : Ummi, bila nak masak resepi-resepi ni? baca je.
Ummi : ??? nanti le....
Thursday, June 21, 2012
Di Mana Dia Di Mata Dan Hati Kita?
Kadang-kadang anak lelaki lupa, orang no satu sampai bila-bila pun adalah ibu.
Dan acapkali anak perempuan lupa, orang no satu selagi bergelar isteri adalah suami.
Ampunkan kami ya Allah
Dan acapkali anak perempuan lupa, orang no satu selagi bergelar isteri adalah suami.
Ampunkan kami ya Allah
Friday, June 15, 2012
Tak Cantiklah!!!
Pagi tadi, saya ke pasar pagi. Dah banyak minggu tak meronda cari lauk pauk dan pucuk-pucuk ulam segar. Sukaaa.... Macam-macam ada. Dalam suka suka tu, ada jugak yang tak sukanya. Tiap kali pergi pasar, mesti akan terserempak dengan makcik-makcik atau kakak-kakak yang ganasnya berpakaian. Kalau budak-budak pakai ketat, singkat macam tu, ok lagi. Ini makcik-makcik pun masih pakai gitu. Tak sesuai langsung. Kita yang tengok pun rasa malu. Kak, makcik.... tak cantiklah pakai macam tuh.
Tuesday, June 12, 2012
NikmatNya Tidak Terkira
Terlintas jugak dihati nak cerita perjalanan umrah saya yang baru berlalu. Tapi, selepas dicongak dikira tak perlu rasanya saya berkongsi secara detail di blog ini. Cukuplah saya katakan ianya terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya.
Dengan kaabah di depan mata, solat dan doa dengan deraian air mata.......Hinanya diri ini.
Semoga ini bukan kesempatan yang terakhir.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?"
Dengan kaabah di depan mata, solat dan doa dengan deraian air mata.......Hinanya diri ini.
Semoga ini bukan kesempatan yang terakhir.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?"
Sunday, June 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)