Saturday, March 8, 2008

Seronoknya Tinggal Di Kampung

Hari ni first day Cuti Pertengahan Penggal Pertama. Campur Jumaat Sabtu 9 hari jumlahnya. Bestnye.... Walaupun kain kotor berlambak, skrip exam belum bersentuh, tapi hari ni (hari ni je) saya tak nak sentuh benda-benda tu. Dengan sukanya hari ni saya nak buat apa yang saya suka sahaja. Tapi kan, petang ni terpaksa juga buat benda yang saya tak berapa suka. Makan kenduri....
.
Ini benda yang saya suka kongsi bersama anda.
.
Subur menghijau.Siapa tahu pokok apa? Jirannya tu semua tahukan...
pokok mempelam
( Snap dari beranda )



Ada bunga macam ni...


Buah dari jarak jauh


Dari jarak dekat

Wow.... Besarnya. Belum masak dan masih dalam proses pembesaran.
Dah tahu jawapannya? Buah apa?
Limau kasturi ni nak menyelit jugak .
Maklumlah...tunggu masa nak gugur je tu.

Yang tak sempat dijual masa CNY baru-baru ni. Hehehe

Friday, March 7, 2008

Selamat Bersara


Selamat Bersara untuk Kak Nik a.k.a Bonda yang menamatkan perkhidmatan di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu pada 5 Mac 2008. Semoga Bonda sihat sejahtera dan sentiasa didalam keberkatanNya. Terimakasih diatas tunjuk ajar sepanjang saya berada di SMKDAM.

Thursday, March 6, 2008

Aku mengharapkan dia sentiasa mendampingiku, menemaniku, bersama-samaku menyusuri jalan rahmah, sakinah, mawaddah, mahabbah dan mardhatillah.

BBF Award


Terimakasih untuk Angriani kerana turut menyenaraikan cikgu panji sebagai penerima award ini. Saya amat menghargainya....

Wednesday, March 5, 2008

Bertuahnya Kita

Saban hari kita menambah sahabat dan menjalin kemesraan. Saya tidak pernah menyesal menghabiskan masa bersama teman-teman di taman ini. Untuk Combi, terimakasih daun keladi. Saya gembira mengenali anda.....

Monday, March 3, 2008

Minggu Exam

Jawab elok-elok. Sapa gagal kena sekeh!
Skrip jawapan demo ni akan jadi bekalan guru time cuti minggu depan.

Sunday, March 2, 2008

Ikut mood

Walaupun boleh dikatakan setiap hari saya meluangkan masa menjenguk /mengadap blog sendiri dan kawan-kawan senasib blogger, tetapi bukan semua aktiviti a.k.a program yang berlaku dan dilakukan di sekolah telah saya blogkan di blog saya yang tidak seberapa ini. Semuanya bergantung kepada mood atau perkara-perkara yang seerti dengannya. Jadi, jangan ada yang salah faham pulak. Ini blog peribadi saya kan.....

Saturday, March 1, 2008

Ketagih??

<
75%
Boleh percaya ke?










.

Sentuhan Nurani 2 / 2008


Tarikh : 28 -29 Feb 2008
Tempat : SMK Panji


Aktiviti sama seperti Sentuhan Nurani 1. Saya cukup tertarik dengan aktiviti Muhasabah Diri yang dikendalikan oleh pihak PERKIM sebelum tidur lewat malam tadi.

Friday, February 29, 2008

Jom kita...

Membetulkan yang biasa
Membiasakan yang betul
.
.
(Antara kata-kata Pn. Pengetua SMK Panji
yang menarik perhatian saya
pada majlis penutup Bulan Disiplin 2008 pagi tadi)

Terimakasih Daun Keladi



Terimakasih untuk Kak Jie kerana anugerah ini.

Thursday, February 28, 2008

Hujan Rahmat

Sejak bendera dan poster berlumba-lumba memanjat tiang di seluruh pelusuk bandar dan kampung akhir-akhir ini, boleh dikatakan setiap hari hujan turun di kg saya. Walaupun turunnya tidak menentu, kadang-kadang malam, kadang siang, kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang, namun turunnya hujan pada musim yang biasanya kering kontang ini bukan saja menyuburkan pokok, tetapi juga menyejukkan banyak perkara di musim yang biasanya berganda-ganda panasnya ini.
.
Kalau disana-sini kedengaran percakapan atau ucapan yang berapi-api daripada orang-orang besar sehinggalah kepada orang-orang kecik, harapan saya semoga hujan ini (wuduk lagi mujarab) akan menyejukkan hati-hati yang kepanasan itu.
.
P.S : Please...Jgn bersengketa antara kita

Tuesday, February 26, 2008

Salahkah Saya?

Semua kenalkan?? Benda yang bawah tu menjadi ranggup tertanggal dari tempat yang sepatutnya. Nak kena lekat balik ke?? Setakat ni saya simpan je. Kalau ada polis/JPJ yang tahan, akan ku tunjukkan kepadanya. Hehehe

Sunday, February 24, 2008

Cikgu Panji Menang

Pertama sekali (gaya sambil membetul microfon atas pentas) terimakasih kepada penganjur, Cik Kelat , para juri iaitu Cik Kelat, Cik Kelat dan ketua juri Cik Kelat kerana memilih saya sebagai pemenang Pertandingan Pengujian Minda yang julung-julung kali diadakan ini. Saya amat terharu dengan kemenangan ini dan sekali lagi terimakasih untuk semua.

Saturday, February 23, 2008

Kenapa ber'blog'??

Malam tadi cikgu panji dapat tahu seorang anak saudara yang tengah belajar di Plymouth, telah memiliki blog sendiri. Sebelum ni cikgu panji hanya mengunjungi friendster miliknya ( dan friendster milik k nor juga, en me5in juga). Cikgu panji mengambil sebahagian dari entry pertamanya untuk dikongsi bersama di sini. ( Kredit untuk anak saudaraku Paihz )

Why do I blog?

1. The environmental influences? A lot of people around me
have their own blog/s. Ayah Su, Ciksu, friends and even
my 5 years old cousin has her own blog. Amazing isn’t it?

2. 70% of my life evolve around the Internet. For your info,
my computer is just a few inches from my bed, either I
look at it or the computer itself looks at me. So, why
don’t I start blogging? Some might say that I should get a
‘real life’! (meaning mix with others, involve in outdoors
activities ect). Yeah, my other life is the remaining 30%.
It is more than enough, I guess.. huhuhu..

3. Some of my friends gave special request upon me on
writing something beneficial to others. Actually, I’ve been
thinking about this idea for quite a long time. How
can I give benefits to others if I can’t even mind my own
business. Then, I came out with this idea, writing about
my own monologue (see my blog’s title) and at the same
time giving knowledge input to others..

4. I can do the dakwah in my own way. Narrated ‘Abdullah
bin ‘Amr: The Prophet said, “Convey (my teachings) to
the people even if it were a single sentence,and tell others
the stories of Bani Israel (which have been taught to you),
for it is not sinful to do so. And whoever tells a lie on me
intentionally, will surely take his place in the (Hell) Fire.
”(Sahih bukhari. Volume 4, Book 56, Number 667:).

5. Practise my skills (inter/intrapersonel, language, writing,
ect.). Hopefully.. If you find anything which may be wrong,
ambiguous, and ect. in term of facts, ideas, grammar,
language used.. feel free to give the positive and negative
comment(s). Hopefully, I can become competence improve
myself from time to time.

6. Sharing is caring.

7. Make friends. Why not?

.
Sebenarnya Cikgu Panji pun selalu terfikir, untuk apa cikgu panji menghabiskan masa dan tenaga(sebenarnya sejak menerjunkan diri ke dunia blog ini, tiada hari berlalu tanpa blog...kecuali talian bermasalah atau cikgu panji sendiri bermasalah. Hehehe) menggodek blog yang entah apa-apa ini.
.
Yang pasti, kepuasan berada di dunia blogging ini sukar untuk digambar dan ditulis dengan kata-kata. Di sini cikgu panji mengenali ramai sahabat yang sentiasa memberi nasihat, peransang, doa dan sebagainya bila sahabat-sahabat blogger menghadapi sebarang masalah.Di sini cikgu panji berkawan, bercerita,meluahkan perasaan, berkongsi minat, berkongsi ilmu (hatta cara memasak maggi),menambah pengetahuan dan macam-macam termasuk merelease tension.( Tapi belum lagi menjadikan blog sebagai tempat menambahkan pendapatan seperti suami).
.
Cikgu Panji amat bersyukur mengenali Kak Jie(ini cikgu saya...byk ilmu yg c panji terima dari kak jie), Combi, Norz, Angriani, Kak G, Kelat, Ab. Budin, Kak Long Zura, Eya Ahmad, Mama Ranggie, Toknabe, Pokcik a.k.a Zouls, Abqary, Arsaili, Uncle J, Abang Long, Cikscarlet, Cikgu Saril, Ahmad, Ira, Eriyza, Lawa dan semua yang sentiasa menceria dan mengunjungi blog ini sama ada dengan meninggalkan jejak atau tidak.
.
Ketahuilah, Cikgu panji amat menghargai persahabatan ini dan jutaan terimakasih untuk semua.


.
P.S - Nak tahu siapa yg memperkenalkan c panji ngan dunia blogging ni?? Di lain siaran le pulak.. (Mcm le ada orang yg kisahhh) Takpe, ini blog saya. Terpulangle, saya nak buat apa....hehehe

Online dimana-mana











Dimana-mana pun boleh online.Seronoknyeee
TQ...TQ

Friday, February 22, 2008

Kisah Benar

Beberapa minggu lepas, ada seorang mamat berurus niaga secara online dengan suami cikgu panji (SCP). Mamat ini pada mulanya menghubungi SCP untuk membeli satu barang yang diiklankan di blog SCP. Jadi, bila mamat ini memasukkan duit ke dalam akaun, maka barang tersebut pun segera diposkan ke alamatnya. Dan seperti biasa, keesokannya barang tersebut telah sampai ke tangan mamat tadi.
.
Nak dijadikan cerita, tiga / empat hari selepas itu, mamat tersebut kembali menghubungi SCP mengadu bahawa dia kesuntukan wang. Jadi, dia ingin memulangkan balik barang yang dibeli itu kepada SCP walau pun menurutnya dia teramat sayang dengan barang tersebut. Dia meminta SCP memasukkan balik duit bayaran barang tersebut ke akaunnya dan dia berjanji akan menghantar /pos balik barang yang telah dibeli kepada SCP.
.
Tanpa berlengah, SCP telah memasukkan semula bayaran barang tersebut ke dalam akaun mamat tadi.Tapi.... nama pemilik akaun adalah berlainan dengan nama yang diberitahu sewaktu awal perkenalan. Lalu SCP disahkan oleh mamat tadi bahawa nama tersebut adalah dirinya yang sebenar. Maka, curiga kembali hilang.
.
Selepas urusan tersebut, rakyat malaysia cuti umum dan mamat tadi berjanji akan menghantar /pos barang tersebut bila cuti umum berakhir.
.
Nak dijadikan cerita, mamat ini telah menghubungi kembali SCP kerana ingin menjual satu barang yang kononnya amat disayangi. Alasannya, dia terlalu kesempitan kerana isterinya sakit dan dimasukkan ke hospital. Menurut mamat ini, dia memerlukan wang untuk bayaran bil hospital isterinya. Mulanya SCP enggan membeli barang tersebut kerana tidak mengetahui bentuk dan keadaan barang yang nak dijual. Tetapi setelah berderet-deret SMS dihantar dengan tawaran harga yang amat istimewa dan memikirkan mamat ini dalam kesempitan/kesusahan, maka sekali lagi SCP telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Mamat ini telah berjanji untuk menghantar barang yang dibeli SCP ini bersama barang pertama tadi.
.
Selepas itu, bermulalah penantian SCP dari sehari ke sehari untuk mendapatkan dua barang tersebut. Penantian tersebut nampaknya masih berterusan hinggalah kini. Acapkali,bila dihubungi, mamat ini amat liat untuk menjawab. Bila dijawab, alasannya sibuk dan tak sempat untuk menghantar barang-barang tersebut. Sebenarnya, SCP seakan sudah berputus harap untuk mendapatkan barang-barang tersebut. Secara logiknya, takkanlah setelah berminggu-minggu, mamat ini masih tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk ke pejabat pos bagi menghantar barang-barang tersebut kepada SCP. Memang tidak masuk akal langsung.
.
Setakat hari ini, barang SCP diperolehi oleh mamat ini secara free ( bayar dulu,pastu minta duit balik ). Duit SCP juga diperolehi oleh mamat ini dengan tidak menghantar barang yang dijanji. Licik....licik. Kesian SCP. Barang lebuhh, wang lesap....
Tapi mamat itu lagi kesian. Barang dan duit yang diperolehi tidak seberapa tapi memikul dosa sampai bila-bila.

P.S : Rilex..rilex...Allah nak uji le tu... tambah lagi pahala kita.

Thursday, February 21, 2008

Award Dari Eya




Terimakasih untuk eya kerana mengingati cikgu panji.
Sesungguhnya saya amat menghargai anugerah ini.

Monday, February 18, 2008

Hatiku Berbunga

Sekarang ni kan musim panas. So bungaku bertaburan
di kelopak hati. Ala...biasa le, bunga kertas.
Amat cantik bila tiba musim kontang begini.
Sukanyaa... Tengok le sendiri....










Friday, February 15, 2008

Sentuhan Nurani 1/2008

PROGRAM SENTUHAN NURANI 1 / 2008
Tarikh : 14 - 15 Feb 2008
Tempat : SMK Panji
Peserta : Pelajar Perempuan 5 SN, 5KJ, 5A dan 5B
Para peserta bersama ahli PERKIM


Makan Malam


Halaqah al Quran

Antara aktiviti lain yang diadakan ialah praktikal wuduk,
bengkel solat dan Qiamullail.
Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut.
Terima kasih di atas kerjasama pihak PERKIM.



Special Award

Terima kasih yg tidak terhingga
untuk chef selebriti 'pemes' Norzailina Nordin
kerana anugerah ini.

Wednesday, February 13, 2008

Kenapa ni?

MySpace Smiley Sign Generator

Apa masalah problemnye??
Banyak lampu dan rakan2 nya kat umah teman ni tak berkaran.
Uwaa... Nasib baik ada gak lampu yang menyala.
Kalu dak mesti ore kata ambo tak bayar bil.

Monday, February 11, 2008

Sedapnya

Sukar dijumpai
Buah kundang ( gemiao?? )

Saturday, February 9, 2008

Dapat Award Lagi..


Terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk Pokcik a.k.a Zouls kerana pemberian muga ni. Nampaknya bertambahlah award dalam almari Cikgu Panji. Sekali lagi terima kasih. Sekarang saya nak serahkan pula award ni kpd :
Cikgu Saril
Mamaranggie
Eya
Amirahsyuhada

Kesian awak....







Masih layak lagi ke untuk dipanggil bonsai kalau dah berserabut 'kucabara' macam ni? Uwaa...kesian awak. Bila agaknya tuan awak yang sibuk tu dapat luangkan masa untuk make up rupa awak dan rakan-rakan.
Tunggu je la........