Sunday, April 29, 2012

16 Tahun Bersama


  
 Semoga tautan kasih antara kita kekal selamanya dan diberkati Yang Maha Esa.






Friday, April 27, 2012

Kembali Semula

Lebih seminggu takde en3. Kalau jiwa tak tenang, benda yang wajib pun tak jadi khusyuk. Apatah lagi benda yang tak wajib. Langsung takde mood nak buat.   Biasa le... hidup ni tak boleh lari dari sedikit sebanyak masalah. Kadang-kadang bila kita tak suka buat sesuatu benda, dah rasa macam masalah. Hehehe takde apa pun. Tutup cerita.
Minggu lepas Sabtu pun sekolah. Lagi le macam tepu je kepala otak.  Betul le....sampaikan bila pergi cari barang yg kita suka pun semua tak berkenan. . Lastnya terbeli mainan kat bawah. Pandai sungguh si Ain memujuk.


Minggu lepas jugak ada berita yang tak berapa seronok didengar. Perancangan ke Jordan pada cuti sekolah nanti  terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Belum ada rezeki untuk menjejak kaki di bumi Jordan nampaknya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan. Jadi, dari KL InsyaAllah  kami akan terus ke Jeddah, Madinah dan Makkah tanpa singgah Jordan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Di sekolah, rakan-rakan guru tengah bertungkus lumus (hehe bertungkus lumus ke?) menyiapkan kertas soalan untuk periksa pertengahan tahun. Kalau tahun-tahun lepas soalan dibeli tapi tahun ini tidak lagi.Mesti bikin sendiri buk.  Saya? Dah siap..... Alhamdulillah.  Kepada murid-murid yang baca blog ini, periksa dah dekat. Baca buku!!!!

Malam tadi singgah Matta Fair di KB Mall. Kerja ambil je pamplet  yang dihulur. tapi takde satu pun yang tersangkut. Makcik rasa macam tak murah pun.

OK lah.... selamat berhari jumaat.
Ada orang tu hari jumaat n sabtu pun kena kursus.

Wednesday, April 18, 2012

Cerita Stokin

Pagi tadi
Ain hanya jumpa sebelah stokin dalam almarinya.
Biasa le benda kecil.
Sebelum keluar rumah, kami selongkar kain yang belum berlipat untuk mencari stokin.
Dalam samar-samar dek mentol lampu yang terbakar saya jumpa sebelah stokin.
Dah tahu, mesti stokin abahnya.Isteri mithali... sentuh je dah kenal. hehehe
Tapi makcik hulurkan jugak kepada si budak tahun 4 itu.
Tak sangka dia pun kenal. "Ini stokin abah"
"Takpelah... hitam jugak. Pakai je lah"
Kami pun keluar rumah dengan budak tahun 4 membawa kasut dan stokin di tangan.
Biasa le...pakai stokin dan kasut dalam kereta. Jimat masa.
Tiba-tiba..... " Ummi!!! stokin abah ni berbelang-belang"
Rasa nak ketawa guling-guling.
Tapi terpaksa le tahan....
Dibuatnya orang tu tak nak pakai dan suruh pusing balik. Tak ke haru...
" Takpe lah...dalam kasut...orang tak nampak pun".
Ni nampak belang-belang kat betis"
"Kalau Ain tak selak, tak nampak...."
Dalam hati...kah...kah...kah....
Sampai sekolah, nasib baik dia nak turun.
Selamat....

Friday, April 13, 2012

Jom ..Melawat Kelantan

Hari ni tak jadi nak jln2 ke Trengganu. Jadi, esok saya nak jadi macam orang luar yang datang melawat Kelantan. Nak jalan-jalan, makan-makan.  Mesti makan -makan sebab makanan kat sini murah. Pastu nak  pergi  kb mall, pantai timur, parkson. Yeayy mesti ada acara beli-beli barang macam rugiii kalau tak beli. Dah datang jauh-jauh, takkan tak bawa balik buah tangan. Lagipun dua tahun lagi baru datang balik. Syok wei.... handbag atas parkson byk pilihan. Hehehe...  Tapikan... orang melawat kelantan naik supermarket ke? Rasanya diorang naik pasar siti khadijah beli keropok, beli serunding dan yang seangkatan dengannya. Alaa...esok tak naik pasar Siti Khadijah pun takpe. Makcik tak kesah. Yang penting Parkson depan pasar tuh.

Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe



Tidur Mesti Cukup

Malam tadi ada program kat sekolah. Makcik bersama seorang lagi kawan diminta mengawal kanak-kanak ribenna peserta program. Senang cakap, makcik kena tidur kat sekolah  malam tadi. Bila dah tidur beramai-ramai tu, macam biasa le, seksa nak memaksa supaya diorang tidur. Asyik bersembang sampai lewat malam. Tak pasal-pasal dengan makcik-makcik tidur lewat.
Dan pagi ni, sedapnya makcik tidur. Hingga tertangguh program kami nak ke Trengganu.

Wednesday, April 11, 2012

Lala Oh Lala, Dimana Dikau?

 Pagi tadi, saya gi Maiden, KK semata-mata nak cari lala. Satu-satunya tempat di negeri Kelantan yang saya pernah jumpa lala ni. Lain-lain tempat tak pernah jumpa.


Kepah macam kat bawah ni memang banyak kat sini tapi rasanya. agak kurang jika dibanding dengan lala idaman hati..Masa dok Perak dulu, boleh je beli lala kat pasar pagi /pasar malam. Sedappp... .Aiyaaa.... Asyik sedap sesaja...ini macam,bila mau kurus?


Sambung cerita, masuk-masuk Maiden terus mencari lala. Macam mengidam je kan. Hehehe. Tapi kan...Sedih...takde lala weh. Yang ada hanyalah siput ni.

Siput ke ni? Siput bagi saya, yang boleh sedut-sedut je. Yang ni tak leh sedut. en suami cakap namanya siput sudu. Dia pernah makan tapi makcik idak le penoh makan lagi seumur hidup. Jadi, dek kempunan tak jumpa lala, makcik beli le jugak siput sudu nih. Balik rumah, terus goreng. Tumis bawang putih, bawang merah, lada, pastu ketuk serai, campak je dalam tuh. Selesai. Eh, bila masa masukkan siput tuh? Pandai-pandailah ya. Rasa? Takleh lawan lala. Nak lala jugak.

OK lah, Selamat Bercuti.





Tuesday, April 10, 2012

Kita Berbeza

Kadang-kadang  apa yang kita suka, orang tak suka.
Orang suka,  kita  pula tak suka.
Kita tak boleh paksa orang, orang pun tak boleh paksa kita.
Kita boleh jadi kita, tapi kita tak boleh jadikan orang seperti kita
Orang juga tak boleh jadikan kita seperti kehendaknya.
Jadi...jangan paksa-paksa.

Sunday, April 8, 2012

Jangan Ganggu Orang, Buat Kerja Kita

Sekeliling kita
Ada yang suka mengata.
Ada yang sinis bila berbicara.
Cakap tidak bertapis banyak juga.
Ada yang kerja sedikit pun mesti berkira. 
Yang kaki komplen pula tak kira lokasi dan masa.
Jadi, untuk hidup yang ceria, takyah le nak ambil kira, berkecil hati dalam semua perkara.
Yang penting jangan ganggu orang, buat kerja kita.

Keluar Masuk Perkara Biasa

Ada yang isi borang/minta pindah dan ada yang minta masuk. Ada juga yang dipindah dan ada yang dibawa masuk.Fenomena biasa bagi cikgu-cikgu seperti saya. Berhampiran sekolah saya, ada dua buah sekolah menengah baru dibuka. Jadi, terdapat beberapa orang guru yang dipindahkan ke dua sekolah tersebut. Ada yang suka dan ada yang tak berapa suka. Bagi saya sendiri, jika diberi pilihan saya taknak lagi berpindah kemana-mana sekolah lain. Tapi kalau dipindahkan, nak buat macamana. Saya menurut perintah. Eh...taksir!!!! Malas nak sesuaikan diri di tempat baru, suasana baru.
Alasan yang takde markah. Hehehe

Friday, April 6, 2012

Jangan Makan Banyak, Nanti Gemuk

Asyik cerita pasal makan je. Mana tak banyak lemak. hehehe... Ini kisah malam tadi. Kami berpizza-pizza an di Kubang Kerian. Lepas makan terus balik rumah. Langsung tak ronda-ronda atau masuk kedai. Bagus kan? Buat yang penting je. Elakkan pembaziran masa dan wang. Padahal...... ..OK lah Selamat berkubang dgn kain baju dan periuk belanga. Jangan lupa hari ni masak sedap-sedap. Makan lagi???





tajuk en3 tak sedap langsung. hehehe

Thursday, April 5, 2012

Kenapa Saya Suka Hari Ni?

Lepas sekolah tadi, makcik ikut kawan-kawan ke restoran Syam. Ada jamuan sikit. Dan tadi  makcik terambik gambar sekeping dua. Dapat le buat modal nak menunjuk kat makcik tuh yang makcik nih makan sedap-sedap harini. Hehehe tak patut...tak patut.. Tapi hari ni makcik tak minum ciku ais.Ciku ais tu kita minum bersama ya. Makcik sana belanja. Hehehe makcik sini tunggu tau.

makan...makan ...makan
Biasanya kami makan tiga beranak tapi tadi kami mkan ramai-ramai.
Seronok sambil bercerita macam-macam.

Wednesday, April 4, 2012

Istimewa di Tasik Raban

Sepanjang ulang alik dari Kelantan ke Perak atau sebaliknya, kami jarang melepaskan peluang untuk singgah di tasik Raban. Mendapatkan ikan pekasam yang enak dan menikmati ikan bakar dan lauk kampung yang memang menjilat jari. Masa mengajar di Perak  dulu, biasanya 2 minggu sekali, kami balik kampung. Jadi, tuanpunya restoran tu dah kenal dan acapkali jugak kami dapat makan free. Al Fatihah untuk bekas tuan punya restoran tersebut yg telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. Sekarang, bila sekali sekala mengunjungi negeri Perak, kami masih setia dengan restoran tersebut. Masih menyengat walaupun saya sudah tidak kenal siapa pemiliknya sekarang.
lala masak lemak, ikan bakar dan ulam. sedappp....
tapi saya tak suka pinggan besi tu.

Tuesday, April 3, 2012

Bukan Tidak Berusaha

Bila dah usaha tapi Allah masih tak izinkan, tak makbulkan,  redhalah dengan ketentuanNya. Lapangkan dada dan  usah bersedih dengan kekurangan diri. Percayalah  perancangan dan ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita.


Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung. Cukuplah....

Saturday, March 31, 2012

Oh Makcik Sudah Tua

Male tadi ambo tubik gi keda rozaimi hak sebelah Sri Intan tengah bandar.Kalu gi kedai rozaimi mestilah check mata. Pahtu, pilih ala kadar dan orang keda suruh tunggu sebetar. Ambo tak tunggu dale tuh, ambo gi kedai sri intan, beli buku sebuah sore. tiga beranak tiga buah. Eh pat buah bennanya sebab ambo ambik dua. Pahtu ambo masuk rozaimi semula, teh/tra paka, bayar dan bermulalah fasa baru.... ambo paka spec mata. Paka taim nak bacca jah sebab ambo rabun dekat. Tak rabun mana pun, kalu bacca tu napak kelabu jah sikit. Hehehe dan lagi tuh. Tak sedak lasung paka spec nih. Serabut la ...pah guano?



Ain kata dia tra paka spec mata saing dia.
Saing dia kata napak supo cikgu. hehehe

Friday, March 30, 2012

Satu...Dua...Tiga...Buang!!!

Kalaupun orang ada duit juta-jutaan, berguni-gunilah banyaknya, takdenya orang nak tabur serata jalanraya untuk kita kutip. Harta orang, lantak dia le nak belanja macamana. Yang awak dok sibuk-sibuk tu apahal. Cer jaga sikit mulut yang comel tuh. Ini asal cakap je mesti ada bunga-bunga hasad. Asal keluar je perkataan dari mulut mesti ada buah  dengki. Semua yang tak elok nak dikaitkan dengan orang lain. Biarlah orang kaya ke, rumah besor seminggu tak abis jelajah ke, kereta limanam bijik ke, yang awak sibuk apasal. Orang bukan pergi berhutang rumah awak, bukan terhegeh-hegeh gi cari makan minum rumah awak. Takde kan? Jadi... DIAM.


Teruknya tuan rumah ni. Pagi-pagi Jumaat buat perangai.
Oklah, dah buang?
Buang le sagala hasad dengki yang ada dalam diri tu.

Tuesday, March 27, 2012

Bulan 3. Patut le

Tarik nafas....lepas
Tarik nafas....lepas.
Tak berapa nak cukup oksigen weh





Friday, March 23, 2012

Bilik Tidur Bak Bilik Hotel

Walaupun rumah kuning tak lawo macam rumah nenek kebaya yang baru siap direnovate tapi makcik selalu berangan utk jadikan bilik tidur makcik seperti bilik hotel. Angan-angan menggunung weh..... tapi semuanya tak mustahil kan,  Mustahil tak mustahil ....pokoknya macamana nak buat??? Semangat nih.  Rasanya apa2 hal pun, mula2 sekali  makcik perlukan sebuah lagi stor. Sebabnya macam-macam benda ada menghuni di bilik makcik yg  sudah selayaknya makcik humban ke dalam stor.. Beg besor gedabak limanam bijik  sesedap je melepak atas almari pakaian makcik, campur pulak dengan  barang-barang en suami yang  macam-macam mak nenek lagi. Barang makcik pun ada jugak. Nasib baik atas katil hanya ada bantal dan selimut je.Kalau tak, harus makcik kena tidur bawah katil. Bab baju pulak satu hal. Yang belum iron memang dok dendiam berlipat dan bersangkut dlm almari, tapi yg dah beriron tersengih di tempat pergantungannya di luar. Nak letak dlm almari, takleh sama sekali sebab nanti diorang kena berhimpit-himpit. Mesti tak pasal2 berkedut le pulak,,,, makcik jugak kena ulang iron..Baju-baju yang dalam almari tu pun, bukan semuanya makcik pakai. Tapi nak bagi kat orang, sayang. Mesti akan terjadi begini...eh ni boleh pakai lagi. yang tu muat lagi. Lastnya, semua masuk dlm almari semula.  Dengan macam-macam barang yang semuanya makcik sayang tu, makin bertambah-tambah le ketidak menjadian bilik makcik  seperti sunway Putra hotel yg diangan-angankan. Memang betullah, kena buat stor sebijik atau makcik humbankan tanpa tatatertib ke dlm mana-mana stor yg telah sedia ada. Pastu baru makcik boleh kemas dan susun cantik-cantik bagai bilik tigapat ratus semalam tuh. Kemudian beli le apa yang patut utk menambahkan seri bilik. Syoknya....mahu rasanya pukul 5 petang dah bersiap nak masuk tidur sebab bilik dah cantik.. Hehehe  Mesti nenek kebaya jealous sebab masa tu dia masih kebizian di office atau tengah merempit atas jalanraya  sambil berkira-kira nak masak apa.

OKlah...cukup-cukup le sesi berangannya.
T kasih

Tuesday, March 20, 2012

Menanti Hari Esok

Macam-macam perasaan bermain di kepala
Apa pun, semoga yang terbaik menjadi milik makcik
dan seluruh warga Panji terutamanya.
Semoga berderet-deret A+ dan A
Uwaaaa......
Tak nak fikir panjang-panjang.
Tengoklah esok macamana

Jom....tidur.

Friday, March 16, 2012

Setelah Sepuluh Tahun

Ketika orang lain berbahang panas
Rumah kecil saya banjir sebanjir-banjirnya
Habis basah  sebasah-basahnya
Dan  kami sudah  pindah
Uwaaa........
Sedihnya.....
Terpaksa pindah.
Pindah  dari dapur yang mempunyai meja makan
Ke dapur yang  terletaknya dapur
Pindah dari bilik air di tingkat atas
Ke bilik air di tingkat bawah.
Dah 10 tahun rumah  ini
Memang patut pun segala gam dan paip  tanggal.
Jadi  kalau lutut makcik pakcik sakit, memang patut pun., Usia makcik pakcik dah berpuluh-puluh tahun.
Eh, ke situ pulak. Takde kaitan langsung.
OK lah.... Assalamualaikum.


Kami pindah makan-makan, minum-minum kat sini.



Pengadil dah nak tiup wisel penamat.
Cuti dah nak abes.....
Ada org tu belum habis tanda kertas.

Thursday, March 15, 2012

Orang Kita



Dah nama pun blogger, semua benda nak diambik gambar. hehehe kalah wartawan

1. JANGAN WAKAF@TINGGALKAN TELEKONG DAN SEJADAH
    ( TIADA ORANG BASUH DI SINI ) HARAP BEKERJASAMA.

2. Dapat pahala weh!

3. Basuhlah, dapat pahala

4. Mu lah basuh.

Begitulah catatan di dalam sebuah surau yang saya singgah dalam perjalanan balik dari Port Dickson Selasa lepas. Surau tersebut kecik je saiznya dan catatan tersebut betul-betul berada di bahagian hadapan surau. Sungguh mengganggu....... Itu kisah dalam surau.

Dalam tandas, lagi tak terjangkau dek akal. Biasa le kan, sebelum solat ramai yang berduyun menuju ke tandas. Tandas perempuan ada 3 semuanya. Semua yang masuk, beratur elok. Bagus...takde berebut-rebut walaupun ramai. Saya pun beratur le kat depan salah satu tandas. Depan saya ada seorang gadis. Di belakang saya, ada beberapa orang lagi.
 Orang yang beratur di hadapan 2 tandas berdekatan dah tigapat orang masuk dan keluar, yang tandas depan saya tak keluar-keluar sejak saya datang. Orang depan saya dah merungut bla bla bla. Pastu dia ketuk pintu. Orang yang menunggu di tandas sebelah pun menyampuk: Eeeee apa dibuatnya, lama benor. bla blabla..... Dalam hati saya, sakit perut le kot, tak keluar- keluar.
Yang tak terjangkau dek akalnya, pastu bunyi orang dalam tandas tu bercakap/bersembang guna  telefon. Orang yang menunggu di luar termasuklah saya punya le bengang. Nak bertelefon, keluar le dulu. Punya le ramai orang tertahan-tahan nak kencing  Boleh pulak dia menyembang bertelefon dalam tu.
Akhirnya keluar le jugak Minah tu. Teruja nak tengok rupanya. Oh....Comel......macam orang cerdik pandai je rupanya. Rasa nak cakap je kat dia masa tu : Kak, jgn pentingkan diri sendiri.

Kata seorang makcik yang beratur di belakang saya : Eeee macam-macam perangai orang .

Wednesday, March 14, 2012

Separuh Masa Kedua

Tak syok sangat pun. Lepas posing-posing kat Dataran Merdeka hari tu, rehat kat hotel kejap, pastu ronda The Mall. Dah tahu dah kat mana nak dituju. Hehehe. Mlmnya gigih menanda kertas dan esoknya ronda jln TAR.Petangnya sambil menunggu Ain bermandi manda, makcik baca novel Ombak Rindu yang dah berbulan beli tapi tak baca2. Bila dah mula baca, susah pulak nak berenti. Kali ni Ain yang berkali-kali ngajak masuk bilik, tapi maknya pulak yg  kejap le...kejap le sebab taknak berenti baca  kisah Izzah dengan Hariz. Rasanya berganda-ganda lebih sedap dari   filemnya. Malam kedua, masih Berombak Rindu dan esoknya lebih kurang jam 11.30 pagi, kami bertolak balik KB  

 
Nasi goreng seafood di Port Dickson. First time jumpa nasi goreng seafood macam ni.



 Sesi makan-makan lagi

 
 Dan lagi-lagi 

Sepanjang perjalanan dari KL  ke Port Dickson dan baliknya dari Port Dickson ke KL seterusnya Gerik sampailah KB, makcik punya le gigih menanda/catat perangkap laju yang dikabor oleh papago yang setia itu.  (Dari KB ke KL, makcik tak catat sebab makcik kejap tidur, kejap jaga, kejap tidur lagi. hehehe.)Nak tahu berapa jumlahnya? Tapi tak tahu le betul ke tak. Makcik ada jugak mintak pakcik sebelah buat eksperimen. Masa papa kabor ada perangkap laju kat depan, cer try takyah slowkan keter. Nak tahu betul ke tak ada perangkap laju tuh. Kalau betul ada, mesti kita akan terima kad jemputan aka samannya. tapi pakcik ni tak nak pulak menerainya.  Jumlah perangkap laju yang makcik tanda hasil pemberitahuan oleh papago sepanjang perjalanan itu  adalah  42. Banyaknya wei...... 

Monday, March 12, 2012

Separuh Masa Pertama

Sabtu
Seawal 8.30 bertolak ke Negeri 9.
Malam, zzzz....letih
 Ahad, menghantar mempelai di Port Dickson



 Dalam perjalanan balik, singgah berjimba di KL




gemuknya makcik nih

 Masih berpuashati dengan Sunway Putra Hotel



Separuh masa kedua mesti lagi best.
Harap-harapnya lah. Tunggu.....


Sunday, March 11, 2012

Sebenarnya Kita Lemah

Walaupun kadang-kadang mulut mengalahkan guruh. Hehehe
Kita boleh minta orang buat itu, buat ini, jadi begitu, bukan begini. Tapi, yang diminta, yang disuruh belum tentu akan buat seperti yang kita kehendaki. Sebetulnya, kita hanya mampu menyampaikan. Yang memberi hidayah adalah Allah, pemilik sekalian alam. Jadi, usah kesal, usah kecewa bila terjadi perkara-perkara yang kita tidak kehendaki, dilakukan oleh orang-orang yang telah kita nasihati berkali-kali, berlori-lori.

Saturday, March 10, 2012

Usah Aniaya Diri Dengan Menyiksa Fizikal Dan Memendam Rasa

Setiap orang ada masalah sama ada kecik atau besar. Ada masalah anak, masalah suami, masalah isteri atau pun diri sendiri yang bermasalah. Itu belum dicampur lagi dengan masalah di tempat kerja. Seboleh mungkin, kita hendaklah selesaikan dengan cara yang terbaik. Taknaklah sampai terputus ikatan, ya tak?

Dalam menangani masalah ni, perkongsian dengan orang-orang terdekat dan terpilih adalah amat perlu. Dengan kata lain, bila kita tidak dapat selesaikannya  sendiri, jangan pendam dan menganiaya diri sendiri dengan alasan malu terutamanya. Malu nanti orang tahu anak kita bermasalah, malu orang tahu isteri kita bermasalah atau malu orang tahu suami kita bermasalah.

Seperti saya cakap tadi, kongsi masalah kita. Pilih orang baik yang mampu menyimpan rahsia. InsyaAllah, diri yang teraniaya dan  kepala yang berserabut memikir seorang diri akan ringan bila kita meluahkan masalah kpd orang lain. Mudah-mudahan orang yang mendengar itu punya jalan untuk selesaikan masalah kita.

Jika suami isteri tak boleh berbincang, suami takleh ditegur, isteri ikut suka hati kepala sendiri, suami keluar rumah tigapat  malam tanpa diketahui isteri ke London kah, ke Paris kah, isteri/suami  tak jaga keaiban pasangan, sanggup menengking walau dimana berada  tak kira di hadapan siapa, anak melawan mak ayah macam musuh atau banduan, memang masalahhhh...... Anda mesti sedar, anda memang mempunyai masalah.

Jadi, cari jalan......

Friday, March 9, 2012

Dulu Seronok, Sekarang Lagi Seronok

Padahal tak faham sangat pun lagi.  Dengar je 13%, ayoyo..... banyak baik.
Yang betul-betul makcik  faham, SPBA batal dan  SSM kekal dengan ditambah baik
Selebihnya, nantilah makcik baca.  Hari ni Jumaat, banyak benda makcik nak buat.
Eh, SPBA yang dah dibatalkan  tu pun makcik belum  faham.
Hehehe

OK Selamat